Archive for September, 2009

Raya Datang Lagi…. :D

Assalamualaikum…. Salam Aidilfitri…

Baru jer lepas jenguk2 intai2 kemeriahan blog Kak Han terasa jeles lak dihati nak memetik2 keyboard2 laptop ni.. nak jugak berkongsi kemeriahan raya bersama2 semua… pejam celik sekejap jer sebualan ramdhan berlalu kekadang berasa tak puasa berpuasa, tapi alhamdulillah kita masih dapat teruskan dibulan syawal lak, berpuasa enam hari dibulan syawal pun banyak gak ganjarannya… nak banyk lagi teruskan puasa ni, dibulan2 lain sebagai amalan sunat kita seharian…

Wah… best nyer duk mesia nih… almaklumla senang pulak nak dapat tenet ni… sambung jer kat hp dah dapat tenet… tak sangka la plak, telepon yg dibeli 2 tahun lepas terbukti dapat menolong saya dalam mengconnect internet nih… hikhikhik ( iklan la plak )… 😛

Haa.. kali nih berkat jenguk2 blog kak han dapat la gak idea na kongsi raya bersama2… hihik jom layan…. zasssssssssssssss 😀

raya pertama bersama kuarga

20092009141ni lah kuarga ku diraya pertama.. masih ada yg tak masuk nih.. maklumla kan umah kecik dak muat la plak spacenya nak isi semua sekali hikhikhik 😛

20092009139haaa.. ni pun ya gak… aikkk masalahnya mana lagi sorang??? sapa erk tak der tu??? saya la kot adussssssss kena amik gambar la plak…

20092009144 ni kuarga abg yie semuanya cumel2… alhamdulillah 😀

20092009151kuarga kak yah.. tidak mementingkan warna tema hikhik pon best lawa….

20092009133abg pu dan anaknya tema unggu tahun ni…

20092009157abg syah yg duk kat tgh tu… hihihi nak ngumpat sikit.. disebabkan malu nakk bergaya… dier menyorok lak diantara abg yie dan abg soh sepupu kami… 😀

santai raya pertama

20092009129

semua duk bg komen kat juru kamera ker tu??

20092009130 merah dan putih masuk gak tu….

20092009134sementara menunggu nak amik gambar ni…

20092009135juru kamera kita sedang amik gambar, walaupun dgn hp yg tak berapa nak mahal hihihihi

20092009137alahai nagis la plak dier.. lama sgt menunggu amik gmbr ke???

20092009138bangun2 tukar orang len lak nak amik gambar asyik korang jer apo laaaaa…

20092009158inilah aku hikhik posing depan keter org jer la… keter sndiri dak der agih hukhuk :((

20092009161besor2 dah kawan2 aku nih semua hikhik…. semoga kekel persahabatan kita.. ameen

majlis BBQ bersama adik beradik kelolaan abe man…


21092009164macam sedap jer ayam tuh.. hehehe biarpun hangus sikit, tapi tetap best… tgk la sapa  chef nyer hikhik 😀

21092009162waaaaaaaa!!!! naper hangus tu???

21092009165aik napa plak aku duk mcm tuh…. aduss wat malu jer… tak per2 sekali skla pose..

21092009181 muka2 tak malu jd ppelakon jer dorg nih wahahah

21092009195last pic utk dikongsi….

dahhhhhhh abes gak raya kali ni…. wavai…

Syawal….

Wah, alhamdulillah sempat gak postkan entry kedua selepas entry terbaru sebelum nih… sebagaimana org len yang sibuk menulis bab ramadhan, ketinggalan plak aku nak menulis bab Ramadhan yang bakal berakhir tak lama lagi… apa pun ingin aku kongsikan sedikit cerita kisah taubat seorang hamba di bulan Ramadhan…

Kisah ini diceritakan oleh seorang ulama’ akan kisah seorang lelaki kenalannya yang biasanya cuai dalam mengerjaan surahan2 agama. kadang juga cuai dalam urusan solat lima waktu. Tiba2 pada suatu dibulan ramadhan ia nampak berubah, memakai pakaian yang kemas, cantik dan berwangian. beliau tekun kerjakan sembahyang dan beribadat kepada Allah bahkan solat2 yyang ditinggalkan sebelum ini pun diqada’nya.

melihat perubahan itu, eman dekatnya bertanya : apa geraangan yang membuatkan kamu sedar akan kewajippanmu sebagai seorang muslim? lalu lelaki itu menjawab, Bulan ini adalah bulan taubat, bulan berkat dan bulan rahmat. Semoga Allah memaafkan dosa2ku dengan kurniaanNya.

Tidak lama kemudian lelaki itu meninggal dunia, Ulama’ tadi bermimpi menjumpainya dan bertanya : Bagaimana sambutan Allah terhadapmu? Ia menjawab : Allah telah mengampunkan segala dosaku kerana aku menghormati bulan ramadhan.

Pemoga kita juga tergolong dalam golongan yang diampunkan dosa olehnya dibulan berkat ini… ameen… 😀

Panajang bercerita tentang ramadhan beralih pula kebulan SYAWAL… ya walaupun terasa semacam terlalu awal nak postkan entry nih… rasanya tak der masalah kerana lepas ni susah dah buat diri nih nak mengadap tenet nih almaklumlaaa… tenet tak der kat kampung, so guunakan kesempatan yang ada nih untuk postkan terus kelebihan bulan syawal nih kepada semua…

Sebaik jer terbenam matahari diakhir ramadhan maka bermulalah syawal, tak daat dibayangkan kegembiraan umat islam kketika berbuka puasa di last ramadhan menunjukkan perjuangan menahan hawa nafsu berjaya, mereka merasakan nikmat yang tidak terhingga setelah dapat menunaikan kewajipan ramadhan yang berkat. kegembiraan ini hanya terasa bagi mereka2 yang mengerjakan ibadah ini dengan penuh keimnana wahtisaban dengan mengerjakan amalan2 sunnanya. walaubagaimana pun kegembiraan itu tidak boleh deselitkan dengan lupanya kita akan ibadah2 yang patut kita kerjakan selepas itu, kerana kita mesti ingt tidak pernah ada istilah pencen untuk beribadah dan mengerjakan amal kebajikan bagi orang2 yang ingin berjumpa dengan Allah swt, dengan qalbun salim ( hati yang bersih ).

Dalam bulan syawal juga banyak amalan yang perlu dikerjakan oleh uat islam untuk melengkapkan diri dan menyempurnakan pahala2 yang diperolehnya selama bulan ramadhan samada amalan yang wajib ataupun sunat.  antaranya ialah :

–  Zakat Fitrah.

–  Menyambut Aidilfitri. ( menghidupkan hari raya aidulfitri dengan bertakbir ).

–  Solat Aidilfitri.

–  Berpuasa di bulan syawal. ( selama enam hari ).

Rasulullah bersabda mafhumnya : Barangsiapa yang mengerjakan puasa dibulan ramadhan, kemudian diikuti     dengan puasa enam hari dibulan syawal, maka yang demikian itu menyamai dengan puasa sepanjang masa.

Ibnu Umar berkata bahawa Rasulullah bersabda mafhumnya : Barangsiapa yang mengerjakan puasa dibulan ramadhan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari dibulan syawal, maka ia telah keluar dari semua dosa-dosanya seperti baru lahir dari perut ibunya. ( hadith riwayat muslim )

Ya… sebagaimana dibulan Ramadhan bulanSyawal juga punyai kisahnya yang tersendiri, disini cuba saya ceritakan sedikit sebanyak kisah keringanan siksa kubur orang yang berpuasa dalam bulan Syawal….

Sufiyan At-Tauri menceritakan tentang kawannya : saya tinggall di mekah selam tiga tahun, ada seorang lelaki yang selalu datang ke baitul haram ketika waktu zohor dia tawaf dan solat di kaabah. sehinggalah satu masa dia telah memberi salam dan saya menyahutnya dan terus mengenali satu sama lain. sehinggalah suatu masa beliau sakit dan telah memanggil saya lalu berkata : kalau saya meninggal dunia, tolong mandikan saya olehmu sahaja, solatilah dan kebumikan saya, jangan kaau tinggalkan saya seorang diri didalam kubur pada waktu malam itu, bahkan bermalamlah kau berdekatan dengan kuburku dan ajarkanlah saya kalimah tauhid ketika ditanya Malaikat Munkar dan Nakir. Ketika beliau meninggal dunia lalu aku kerjakan apa yang diwasiatkan kepadaku, ketika aku dalam keadaan tidr dan sedar, tiba2 terdengar suara ( hai Sufian At-Tauri, tidak perlu engkau mengajar mayat ini dengan kalimah tauhid…

Sufian bertanya , KENAPA DEMIKIAN??? lalu dijawab, kerana dia telah berpuasa dibulan ramadhan dan berpuasa pula enam hari dibulan Syawal, lalu aku terbanguun dan tidak menjumpai sesiapa pun disitu, akuterus berwuduk dan tidur semula, mimpi itu berterusan sehingga tiga kali, maka aku tahu bahawa itu petunjuk dari Allah dan bukannya mainan syitan yang dilaknat.

Aku balik dari kuburnya sambi berdoa kepada Allah supaya mendapat pertolongan dariNya untuk mengerjakan puasa dibulan Ramadhan dan mengerjakan enam hari puasa di bulan syawal….  Maka Allah memekbulkannya…

Inilah sedikit sebnyak ilmu yang dapat saya kongsikan bersama, dan insyaallah kita akan berjumpa lagi dilain waktu dengan isi kandugan yang baru…. mungkin ketika itu saya dah pun berada di bumi jordan meneruskan perjalan menongkah arus dalam mencari secubit ilmu untuk dijadikan segantang dan terus dijadikan sepikul… insyaAllah…

Wallahua’alam…