Archive for May, 2008

Ejaan Arab di Melayukan…

==> Yaasin Atau Yasin???

Sekejap tadi aku telah terbaca seseorg kawan telah menegur ejaan bahasa ku.. yang mana bila bahasa Arab di melayukan… Komen itu telah menyentuh salah satu perkataan dari entry2 yang telah aku masukkan  iaitu perkataan Arab yg telah dieja melayukan : Istikarah dan Istiqharah… istikharah apa maksudnya dan betulkah istiqharah bermakna jahanam??? terima kasih kepada beliau komen yang sungguh bernas itu… apakah ejaan sebnar bagi surah yasin??? yaasin atau yasin??? kalau nak diikutkan didalam quran mempunyai surah yaasin atau yasin begitu jugalah pada nama seorang lelaki islam iaitu yasin atau yaasin ada juga digunakan untuk nama nabi. yang aku hendak tahu… adakah ejaan arab yg dimelayu ini harus dipertikaikan??? dari segi maknanya.. sbb kalau nak diikutkan  silap ejaan arab mmg boleh kekadang boleh jugak boleh membawa lain dari segi maknanya… dan adakah ejaan bhasa melayu itu pun akan menyebabkan lain dari segi maknanya???

Begitu juga didalam perkataan contohnya : untuk memberi ucapan seperti Seorang kawan telah mngucapkan kepada kawannya yang lain : selamat pengantin baru dan semoga berbahagia hingga ke anak cucu… bukan semoga berbahagia ke akhir hayat..’ ada seseorang pernah menegur akan bahasa yang digunakan ini,  kenapa perlu guna hgga ke anak cucu bukan hingga ke akhir hayat???

Aku terfikir2 sendiri, adakah orang kita sudah mula menolak atau tidak faham akan ciri-ciri tersurat dan tersirat yg kaya dlm bahasa Melayu? Aku tidak fikir sama sekali adakah kalau hanya menyebut semoga bahagia ke anak cucu.. menyebabkan pasangan itu berbahagia setakat ke anak cucu, maka selepas itu mereka pun bercerai-berai dan menderita!? Begitu???

Ungkapan ‘berbahagia ke anak-cucu’ bagi aku sudahpun serasi membawa maksud ‘sampai bila-bila’ ataupun ‘selama-lamanya’. Ianya semata-mata melengkapkan rima apabila didahului dgn ungkapan ‘Selamat pengantin baru, semoga berbahagia ke anak cucu’.

Sama halnya dgn ungkapan ‘Selamat hari lahir, panjang umur , murah rezeki’.

Kedengaran juga pendapat seorang ustaz mengenai ungkapan ‘Aku naik saksi..’ dalam terjemahan kalimah syahadah. Katanya ‘nak naik ke mana?’. Habis tu bagaimana dgn ‘naik marah’ ? ‘naik radang’ ?, ‘naik angin’ ? jatuh hati ? ‘kalah mati’ ?

Persoalan aku, adakah kita tidak lagi perlukan nilai estetika bahasa, justeru semuanya mahu secara langsung, secara terus? Tidak perlukah lagi kiasan, simpulan bahasa atau yg seumpamanya melainkan semua literal belaka? Jika ada seorang bapa berkata kepada anaknya ‘besar besok jadilah orang berguna’ , maka besok jugalah anak itu akan besar , dan besarnya pula seperti Big Show yang sememangnya BESAR!!.

Dengarlah nasihat orang tua, mereka dulu yg makan garam. Maka menjawablah golongan ‘tak reti bahasa’ ini, jangan makan garam banyak sangat nanti kena darah tinggi!

Yang kurik itu kundi
Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa

Dan mungkin nanti ada yg berkata, dalam dunia serba pantas ini, kita tidak punya banyak masa untuk berkias ibarat. Kalau jimat masa yg dihujahkan, maka baiklah kita semua menggunakan bahasa atau tulisan seperti dlm sms mahupun ‘chatroom’;
Selamat menjadi ‘camat’, kerja jadi keje, semua jadi sume, lain jadi len dan macam-macam lagi .

Apa itu Solat Istikharah ???

Didalam kehidupan kita banyak yang kita ragu-ragu untuk memutuskan sesuatu perkara tidak kiralah dari benda yang kecil sehingga yang besar. Seseorang yang menghadapi sesuatu soal yang bersifat mudah, sedang ia sendiri masih ragu-ragu mana sebaiknya dilakukan, maka disunatkan mengerjakan solat yang bukan termasuk wajib.
Solat itu boleh saja di waktu mengerjakan sunat Rawatib atau Tahiyatul-masjid dan boleh pula di waktu malam atau pun siang, sedang bacaan sehabis Al-Fatihah dapat dipilih sekehendaknya. Solat ini adalah sebaiknya juga dilakukan sebagai amalan sunat seharian kita.

Istikharah sebenarnya berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud meminta pilihan yang baik. Biasanya solat istikharah dilakukan apabila seseorang itu ingin melakukan sesuatu perkara tetapi dia tidak pasti apakah perbuatan atau tindakannya itu membawa kebaikan ataupun tidak kepada dirinya.

Maka untuk itu, dituntut baginya supaya melakukan solat sunat istikharah. Pelaksanaannya sama dengan solat-solat sunat yang lain. Dalam sebuah hadis daripada Jabir bin Abdullah berkata, Rasulullah s.a.w. pernah mengajar kami cara untuk meminta petunjuk Allah Taala dalam beberapa urusan yang penting.

Baginda bersabda, Apabila salah seorang di antara kamu menghendaki pekerjaan, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian ia berdoa: Ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dengan pengetahuan-Mu, dan aku minta diberi kekuatan dengan kekuatan-Mu. Aku minta kemurahan-Mu yang luas, kerana sesungguhnya Engkau yang Maha Kuasa sedang aku tiada berkuasa. Engkau mengetahui sedang aku tidak tahu, dan Engkau Maha Mengetahui yang ghaib.

Sesungguhnya manusia diciptakan oleh Allah Taala dalam keadaan lemah. Kelemahan yang ada pada manusia itu menyebabkan apa jua rancangan dan tindakan yang kita lakukan kadang-kadang sudah diyakini baiknya, tetapi belum tentu baik bagi Allah Taala. Begitu juga apa yang kita rancang dan kita lakukan sudah diyakini kesan buruknya, tetapi belum tentu buruk menurut penilaian Allah. Dalam hal ini kita harus mengakui bahawa daya fikir dan akal manusia sangat terbatas. Untuk itu kita dianjurkan beristikharah.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Kamu diwajibkan berperang, sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi (pula) kamu suka kepada sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah jualah yang mengetahui, sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah: 216)

Sebenarnya amal ibadah yang mengandungi unsur-unsur tilikan dan bergantung kepada mimpi semata-mata bukanlah daripada ajaran Islam. Malah Nabi s.a.w. tidak pernah mengajar umatnya agar mencerap petunjuk Allah menerusi mimpi. Fenomena menilik nasib atau jodoh melalui mimpi di kalangan masyarakat kita, lebih-lebih lagi bagi sesetengah wanita perlu diperbetulkan semula. Amalan ini dikhuatiri boleh menyebabkan berlakunya dosa syirik kepada Allah s.w.t.

Hal ini kerana manusia bukanlah tuhan yang boleh meramal apa yang berlaku. Perbuatan meramal atau menilik mimpi adalah amalan dan budaya jahiliah yang sangat ditegah oleh Islam. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Wahai orang yang beriman, bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib adalah semata-mata amalan kotor daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Al-Maidah: 90)

Perlu dijelaskan di sini bahawa tidak semua mimpi manusia itu benar. Mimpi manusia biasa pada kebiasaannya adalah mainan tidur yang berpunca daripada pengaruh iblis dan syaitan yang datang mengganggu.

Kita tidak boleh menyamakan antara mimpi manusia biasa dengan mimpi para nabi dan rasul-rasul. Mimpi bagi nabi dan para rasul adalah wahyu dari Allah Taala. Kisah Nabi Ibrahim a.s. sebagai contoh, telah diperintah oleh Allah untuk menyembelih anaknya, Ismail a.s. yang datang melalui mimpi baginda. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

Maka apabila anak itu sampai (kepada peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi, bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai bapaku, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insya-Allah ayah akan mendapatiku daripada orang-orang yang sabar. (Al-Soffat: 102)

Kesimpulannya mimpi kita itu tidak mengandungi kebenaran mutlak. Kemungkinan kebenaran yang terlihat itu lebih berdasarkan kepada kebetulan sahaja atau unsur-unsur daripada mainan syaitan yang bertujuan untuk menyesatkan manusia. Itulah sebabnya, jangan menyandarkan segala keputusan kepada mimpi. Sebaliknya berfikirlah dengan lebih rasional.

Dalam kes di atas, seandainya pertimbangan akal diletakkan pada tempat yang sewajarnya, maka memadai dengan sedikit soal selidik dan mengkaji latar belakangnya sudah dapat menentukan ciri-ciri pasangan yang menepati kehendak Islam. Maka ketika itu, dia tidak perlu lagi beristikharah dan terus menerus menunggu mimpi. Atau sekiranya beliau berada dalam situasi antara dua pilihan, yang satu berakhlak mulia sedang yang kedua kurang baik agama dan akhlaknya, maka pilihannya ketika itu sewajarnya kepada yang pertama. Kaedah pertimbangan dan penilaian seperti itu tidak perlu melalui solat sunat istikharah.

Mimpi itu bukanlah satu-satunya jalan yang memimpin manusia kepada petunjuk Allah s.w.t. Kadang-kadang petunjuk Allah Taala datang melalui buah-buah iman yang masuk menyerap ke dalam hati sehingga menerbitkan keyakinan dan rasa hati yang kuat melalui keyakinan untuk memilih salah satu di antara beberapa pilihan.

Jika kita mempunyai kecenderungan untuk memilih salah satunya, maka itu merupakan isyarat kuat daripada Allah. Pilihlah dulu terimalah seadanya, kemudian solatlah istikharah dan ketika itu pohonlah kepada Allah Taala moga pilihan kita tersebut tepat dan terbaik yang boleh membawa kebaikan dunia dan akhirat. Hal ini diperjelaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam sebuah doa yang bermaksud:

Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini, baik bagi agama dan kehidupanku dan hari kemudianku, maka berikanlah ia kepadaku, dan mudahkanlah ia bagiku, dan berkatilah ia kepadaku. Jika Engkau mengetahui bahawa pekerjaan ini buruk bagiku, buruk bagi agamaku, penghidupanku dan hari kemudianku, maka jauhkanlah aku daripadanya, dan berikanlah bagiku kebaikan di mana pun juga adanya, kemudian jadikanlah aku orang yang redha dengan pemberian itu. – (Riwayat Bukhari)

Niat Solat Istikharah

Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta’ala

Doa Solat Istikharah

“Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini……..baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu.”

Islam tak dapat diukur berdasarkan tingkah laku ummah

Islam sebenar tidak boleh diukur dengan apa yang orang Islam hari ini lakukan. Jika Islam hendak diukar dengan tingkah laku umat Islam hari ini, maka akan rosaklah Islam itu. Cuba kita lihat pada orang Islam yang melancong ke merata dunia. Apa yang mereka lakukan? Sikap dan pakaian mereka yang tidak melambangkan budaya Islam yang sebenar.

Oleh kerana itu, apa dilakukan di negeri-negeri umat Islam di Timur Tengah, tidak semestinya melambangkan Islam sebenar. Semua orang tahu sama ada orang Arab atau bukan Arab, tidak boleh menjadi cermin kepada Islam yang sebenar. Kelakuan ramai orang Islam hari ini, kebanyakannya jauh menyimpang daripada tuntutan Islam sebenar.

Demikian juga dengan negara umat Islam sama ada di Timur atau di Barat. Keadaannya sama sahaja. Selagi negara tidak melaksanakan Islam dengan sebaik-baiknya, selama itu negara-negara itu tidak boleh dianggap Negara Islam yang sebenar. Perlu kita fahami bahawa, negara umat Islam suatu ketika dahulu, semuanya patuh dan tunduk kepada Islam, sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w. memerintah Madinah.

Maka berubahlah negara Madinah, Makkah dan seluruh Semenanjung Tanah Arab menjadi Islam sehingga ke hari ini. Kedudukan negara Arab yang lainnya, sebuah demi sebuah menjadi negara Islam. Maka tertubuhkan kerajaan Islam pada zaman sahabat, tabiin yang digelar Khulafa ur-Raashidin, Daulah Umaiyah, Daulah Abasiyah sehingga kepada kerajaan Islam terakhir Khilafah Uthmaniyah yang tamat pada tahun 1924. Semuanya kerajaan-kerajaan ini melaksanakan pemerintahan berasaskan hukum-hukum Islam. Pada 1924, berlaku tragedi di mana musuh-musuh Islam dapat mengatasi dan menguasai kekuasaan Islam, seterusnya menukarkannya kepada pemerintahan sekular.

Dasar sekular tidak memberikan ruang penting kepada agama untuk menjadi asas pemerintahan, undang-undang Islam diketepikan dan undang-undang ciptaan manusia diterima pakai. Maka Berlaku perang dunia pertama dan kedua, yang berakhir dengan kemenangan pihak Barat yang memusuhi Islam. Umat dan negara Islam dijadikan harta rampasan Barat. Wilayah umat Islam difaraidkan sesama kuasa Barat, di antara mereka, Indonesia dijajah oleh Belanda, Tanah Melayu dijajah British, demikian juga negara Arab, kebanyakannya jatuh kepada kuasa Barat.

Penjajah yang menguasai negara Islam menukar keseluruhan sistem pemerintahan dan undang-undang kepada sistem mereka. Sejak daripada itu, meskipun negara umat Islam yang dijajah sudah merdeka kini, termasuk negara-negara Arab, pengaruh penjajahan masih menebal. Barat tidak akan memerdekakan sebuah negara umat Islam, melainkan dipastikan dahulu, negara tersebut mesti berkiblat dan berundang-undangkan Barat.

Pelbagai tekanan dan ugutan dilakukan ke atas pemerintah baru negara umat Islam, supaya mereka ditabdir dengan kehendak Barat dengan tidak mengembalikan perundangan Islam asal. Buktinya jelas. Misalnya Algeria yang suatu ketika dimenangi oleh Parti Penyelamat Islam (FIS) pada pilihan raya umum, tetapi dibatalkan oleh pemerintah yang disokong Barat. Palestin, di mana Hamas yang menang dalam pilihan raya secara bebas dan demokrasi, tetapi dinafikan Barat, khususnya Amerika Syarikat. Kuasa memerintah dan ekonomi disekat.

Justeru umat Islam perlu memahami dan bangun bersatu di bawah perjuangan Islam bagi membolehkan Islam yang syumul dilaksanakan seperti yang dikehendaki Allah SWT. Kayu ukur sebenar untuk mengukur Islam dilaksanakan atau tidak, adalah menerusi al-Quran dan as-Sunnah. Selagi kehendak kedua-dua ini tidak dilaksanakan, maka selagi itulah Islam yang sebenar belum terlaksana. Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. menyebut (mafhumnya): “Pada suatu zaman nanti, umat Islam akan berhadapan dengan pelbagai percanggahan yang banyak, ingatlah ketika itu, pemerintah dengan al-Quran akan berpisah dan janganlah kamu berpisah daripada al-Quran.”

Ertinya Nabi pernah memberi peringatan bahawa pada suatu zaman selepas baginda, pemerintah tidak lagi berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah, hukum al-Quran terpisah dan diketepikan oleh pemerintah. Nabi mengingatkan kita, jangan sesekali kita terpisah daripada al-Quran, kerana itu maka, perjuangan untuk mendaulatkan Islam menjadi suatu keperluan untuk diperjuangkan sehingga akhirnya

Pening Memikirkan!!!

Hari demi hari, jam demi jam, minit demi minit, saat demi saat dan detik demi detik masa berlalu begitu aja… seumpama tiada apa yang berlaku didalam diri kita sedangkan masa itu amat pantas bergerak meninggalkan kita dan tidak akan kembali lagi… Namun begitu kita masih tidak sedar, lena didalam buaian ulitan manja kehidupan seharian yang mana kita habiskan sebegitu sahaja…

Aku hanya mampu untuk berakata-kata bercereka, berpujangga dengan ayat-ayat yang dapat diluahkan dari akal yang berfikir… tapi adakah aku mampu mengubah segala apa yang diperkatakan ku ini??? aku yakin aku mampu tapi hanya dgn istiqamah yang tinggi dan bukan hanya berkata-kata untuk memuhasabahkan diri sendiri…

Semakin hari, semakin bnyak usia ku bertambah, semakin banyak dosa yang dilakukan malah kekadang semakin kurang amalan dan ibadahku… hari ini, aku terfikir dan termenung sejenak dimanakah harud ku letak diri ini??? aku adalah seorang pelajar??? aku seorang pendakwah??? aku seorang harapan bangsa dan agama??? siapakah diri ini sebenarnya kalau nak difikirkan???

Kekadang aku lalai, aku tidak sedar bahawa aku ini adalah seorng pelajar yang mana aku harus sebarkan ilmuku… seperti mana kata pepatah Ilmu Tanpa Amal Umpama Pohon Yang TIdak Berbuah… jadi dari situ sememangnya kita semua adalah seoarng pelajar, sejauh mana pun kita berajaya dan sejauh mana pun kita melangkah, kita harus belajar dan wajib untuk belajar.. begitu jugalah masalah… sejauh mana pun kita lari dari masalah kita, nescaya kita tidak dapat lari dari masalah itu…. orang kurang siuman??? orang yg telah meninggal dunia??? mereka pun punyai masalah tersendiri… dan itu adalah masalah mereka…

Muhasabah diri, teguhkan peribadi, pelihara maruah diri, yakin akan diri, usha untuk memartabatkan Quran dihati, nescaya kendiri akan diberkati….

Di hari imtihan ke-3

Hari ini masuk lah 26 hb mei 2008 iaitu hari isnin, hari ini aku dah masuk imtihan ketiga untuk fasal ni, madah pada hari ini ialah madah Abasi Syair… Madah nih adalah yg boleh dikatakan killer bg aku n beberapa org lagi pelajar malaysia yg tasjil… tambah pulak dgn doktor yg begitu syadid…

Pengalaman aku belajar madah abasi syair untuk fasal nih begitu banyak jerih dan perihnya… boleh dikatakan setiap hari bila ada jer madah tuh kami bertiga pelajar malaysia akan berdebar… bukan kerana apa, doktor selalu soal kami dan mintak kami baca, itu tidak kesah lagi yang tak tahan doktor siap suruh kami tahlil @ syarah kembali syair2 yang telah kami baca itu… itu lah lumrah nyer… Pada masa yang sama aku lah yg selalu kena kt doktor time baca jer mesti aku kena… Apapun tak per jer kena berani mencuba…

Ada lagi… madah ni jugak salah satu madah yang aku tak faham bila belajar, sebab banyak sangat syairnya bukan itu jer… bila doktor mintak syarahkan dalam masa yang sama dier minta kita salin apa yg dier syarahkan kembali… kami pelajar malaysia rasa mmg tidak mampu untuk menulis dgn betul dan cepat.. mesti kami ketinggalan bila doktor suruh menyalin…

Imtihan awal ( Terukkkkk) Imtihan Thani ( Terukk ) dan imtihan nihaie ( Tak tahu macam ner )… ni ha baru nak masuk bab imihan Nihaie, itu tadi baru jer intro… k, imtihan nihaie nih aku paling blur.. sbb nya doktor langsung tak bagi tahu apa yg masuk… kami belajar satu buku durusiat dan satu lagi buku qasidah, dalam durusiat tu kami hnya belajar half jer. tapi yg qasidah mmg abes kitorg belajar, dalam qasidah tu kami belajar seramai 6-8 org penyair antaranya :

Buhturi

Mutanabi

Abi Tamam

Abu Ala’a Al Ma’ri

Abu Nawas

Basyar bin Burd

DLL

Kalau nak dikira-kira sebanyak 250-300 bait syair kitorg kena hafal.. tapi mmg aku mengaku kami tidak mmpu untuk hafal sebanyak itu…

Macam biasa, pael arab…. aku mmg agak tergamam bila tengok arab jawab selalunya panjang berjeler @ berpage-page dia jawab tak tahu lah apa yang diorg jawabkan…. sekali tengok jawapan diorg mmg rasa gak jeles dihati, maklum la kan bahasa dirg boleh la diorg mengarang…. tapi yang jadi masalahnya… walaupun dah mmg bhasa arab nih bahasa diorg, ada lagi arab yg meniru ( ghasyish )… aduih.. itu lah lumrah diorg tak kira laki atau perempuan…. dah la mereka nih main tibai jer letak buku merata kekadang siap buat lapik duduk lagi… dan time imtihan plak siap letak kat kaki dan yang paling aku terkejut siap belek-belek buku tu dgn kaki demi meniru…. AllahuAkbar….. Apa nak jadi dgn bangsa arab skrg??? patut lah mungkin kesan jahiliah masih melekat kat budaya diorg… itu lah yg semungkinnya….

Kahwinkan Anak @ Tunaikan Haji???

Sekiranya wali Allah swt ini Yakni si ayah memiliki harta yang cukup untuk menunaikan haji dan mengahwinkan anak perempuannya maka mesti baginya mengahwinkan anak perempuannya sebelum menunaikan ibadat haji.

Kewajipan ini juga bergantung sejauh mana kesediaan si anak dan pihak lelaki dalam hal ini. Sekiranya si ayah hanya memiliki sedikit sahaja harta maka perlu dilihat kepada keperluan yang mana lebih utama.

Sekiranya dengan tidak mendahulukan perkahwinan si anak, kemungkinan terdedah kepada perbuatan haram maka dalam keadaan ini , wali nya si ayah wajib mendahulukan perkahwinan anaknya.

Salah satu syarat wajib haji ialah cukup perbelanjaan. Dalam keadaan ini si ayah tergolong dalam kategori tidak memenuhi kewajipan haji.

Dewasa ini, dengan adanya teknologi maklumat, dunia tanpa sempadan dan segala macam kecanggihan dan pencapaian menjadikan wali si ayah merasakan tugasan mereka selaku orang yang bertanggungjawab menjaga dan menguruskan perempuan di bawah jagaannya semakin ringan.

Manakan tidak, mereka menyerahkan supaya diwakil kan wali kepada pihak lain sedang kan kita semua ada lah hamba hamba Allah dan wali wali Allah ,yang wajib mengwalikan anak nya ,untuk keberkatan dan kasih sayang allah swt ini , itu lah umor ,masa,waktu ,saat yang diberikan oleh Allah sesama hidup kita untuk belajar ilmu Al-quran ,percakapan Allah swt ini ,

Tapi malang nya dan sedih nya pada akhir akhir ini ,manusia mula lalai dan lupa tanggungjawab nya sebagai hamba dan wali Allah swt ini ,dihabiskan umor,waktu,masa dan saatnya dengan sia sia hingga mereka tidak tahu mana yang diwajibkan oleh mereka terhadap allah swt ini ,hingga kan ada diantara kita tidak kenal siapa tuhan nya ini ALLAH itu ?.
maka akibat dari sini juga berlaku banyak perceraian dan tidak kebahagian rumahtangga dialaminya ,yang akhirnya mengsusah kan pihak ibu dan bapanya juga ,

Bergitu juga dengan mas kahwin yang bergitu mahal seperti menjual seseorang ,sedang kan kita mesti utamakan kasih sayang sesama manusia melihat di atas kemampuan masing masing jangan sampai ada pembaziran dan tertangguhnya perkahwinan itu kerana terhalang di sebabkan perkara perkara yang tidak baik dan tidak di restui oleh Allah swt .

untuk kita mendapat kebahgian dan keradhaan dari Nya .

Firman Allah SWT yang kepada kita yang masih berNyawa ini bermaksud:

” Dan kahwinkanlah orang bujang daripada kalangan kamu dan orang yang layak berkahwin daripada kalangan hamba-hamba allah yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka daripada limpah kurniaan-Nya kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya,kekayaan Nya, lagi Maha Mengetahui.

Surah al-Nur: Ayat 32 .

Hadis-hadis Rasulullah SAW juga menyarankan agar majlis perkahwinan diadakan mengikut kemampuan seseorang. Semua ini dijelaskan agar pihak tidak melihat perkahwinan mengikut adat malahan perlu dilihat mengikut Ahlak prinsip Islam, yang mementingkan keredaan dan keberkatan.

Home Sick… :(

Ya Allah kenapalah tetiba jer hari ini aku terasa sangat nak balik kampung, ingat sangat kat family terutamanya mak…. Bila lah agaknya aku boleh balik ke malaysia nih agaknya…. Bulan Jun  ni dah ramai yang blik ke malaysia bercuti… tinggal lah kami yang masih melekat dijordan nih untuk amik soifi iaitu short sem untuk musim panas,

Yang tak tahan, bulan lapan lepas soifi lagi ramai yang balik ke malaysia untuk bercuti dan beraya di malaysia… adussss…. sedey rasa nya tak leh balik…. mungkin yang tinggal kat sinih hnya la aku, nik, ayie, mat din, miqdad, mat we,  bucah, fendi dan dua tiga orang lagi… bucah ni pun tak pasti lagi balik ker tak… tah tah tgk jer dier dah tak der rupanya dah kat mesia…

emm…. apa agaknya aku nak buat masa diorg tak der nanti??? mesti boring yang amat untuk kami… maklumlah kan dah ramai yang balik… lain lah kalau bnyak duit… mesti leh la gak g jalan2… ke syiria ker, mesir ker best jugak…

Tapi tak apa, yang penting insyaallah 11hb Jun 2008 nanti aku puas hati dapat jugak ke mekah buat umrah…. terubat lah jugak rindu aku kat kampung nanti…. Apa pun kepada kengkawan yang dapat balik berkhirij terutamanya abe jey n zul selamat pulang dengan hepy… dan kepada kengkawan yang blik bercuti tuh.. jangan lupa plak bawak oley-oley dari mesia bila mai sini nanti…. SELAMAT JALAN ROMEO…. hehehehe