Salam Ukhuwwah pengikat kata penghubung bicara… kepada sidang pembaca dan pengarang disini tinta teratak robek mula berbicara walaupun tidak seberapa cerdik dan pandai dalam berpujangga…

Gersang Bumi Tanpa Hujan,

Gersang Langit Tanpa Awan,

Gersang Laut Tanpa Ombak,

Gersang Minda Tanpa Ilmu,

Gersang Hati Tanpa Iman,

Gersang Jiwa Tanpa Amal…

Kehidupan ini ada permulaan ada penghujungnya… setiap aper yang berlaku adalah qada’ dan qadar dari Allah s.w.t… dalam meniti arus kehidupan sememangnya ada seketika waktu duka gembira sedih, riang dan sebagainya yang terdapat didalam hati sanubari setiap makhluk yg bergelar insan atau hayawanun naatiq… demi menjalani kehidupan sememangnya banyak arus dan liku-liku yang perlu kita harung renangi dan terokai…. demi menggapai impian kita…. dalam kehidupan seharian dan sepanjang kehidupan tidak kira seumur kita berada di muka bumi allah ini.. banyak pahit dan manis nya…. oleh yang demikian… seharusnya kita sedar akan kehidupan kita.. dan meletakkan kehidupan ini selalu diatas dan bukannya kekal pada tahap yang sama… walaupun hidup ini seumpama roda yg berpusing… seharusnya kita lari dari memegang perkataan itu sebagai prinsip dalam kehidupan kita… kita harus berubah dan berhijrah keparadigma yang lebih baik… semoga kehidupan hari inilebih baik dari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini…
Hayati lah kehidupan kita.. ianya ada pada lima jari kita yang membawa seribu erti yang tersirat…. jari pertama dumulai dgn kelingking setrus penamat ibu jari…. cuba genggam tgn anda dan halakan kelangit.. dan ucapkan allahuakbar…. itu lah keesaan allah… wassalam….

Advertisements