Sehari demi sehari masa berlalu begitu cepat sekali sehinggakan diri ini tidak sedar akan masa yang berlalu, dengan ilmu yang sedikit sebanyak insyaallah makin bertambah dan tidak berkurang disamping ibadah-ibadah yang dilakukan…

1hb Jun 2008, maka tamatlah sudah fasal kedua pengajianku di universiti mu’tah ini… madah pengahabisan untuk fasal ini amat menggerunkan dan merisaukan kami pelajar malaysia yang mentasjil… apa pun susah senang jerih perih tetap kami lalui dengan tenang walaupun ada sedikit kerisauan didalam hati untuk berimtihan nihaie..

Apapun hari ini sudah pun berlalu dan sudah pun tamat, maka  masa menunggu result keluar pun tiba menentukan najah ataupun tidak… walau apa pun aku tidak terdaya lagi berbuat apa-apa melainkan berdoa dan bertawakkal kepada Allah semoga kami semua lulus dan najah…

Pada saat ini juga aku dan kengkawan yang lain yang sudah pun menamatkan pengajian nya difasal thani ini akan mula bercuti, ada yang blik ke malaysia, ke syiria ke mesir dan kemana aja termasuklah aku yang sudah lama mengidamkan untuk ke mekah insyaallah akhirnya akan tercapai pada 11 Jun 2008 nanti insyaallah…. mmg kalau nak diikutkan hati, mmg sudah tidak sabar lagi aku ke mekkah bagi mengerjakan umrah…

Jam sekarang telah pun menunjukkan tepat jam 2.45am 2hb JUN 2008…