2 Jun 2008 lepas iaitu semalam, telahku habiskan masa dan tarikh itu di Amman Jordan, setelah kira2 dua jam lebih berada diatas bas… lalu aku sampai di Amman… Tujuan utama ku ke Amman adalah untuk ke MSD mengambil cop pengesahan dari pengarah akan tetapi beberapa masalah telah timbul yang menyebabkan borang dan surant itu tidak dapat disahkan oleh kerana telah tercicir dari fail…. haluanku telah bertukar… aku pergi kesana bersama lan kidar dan secara tak langsung untuk menemaninya.

Disana aku berjumpa dua org lagi sahabat dari mu’tah ini, setelah habis kerja, lalu kami berbincang untuk pergi makan bersama, sebelum itu kami ke embessy untuk menghantar surt jemputan.

bila perut dah sememangnya berkerong itu makin berkeroncong geraklah kami mencari teksi untuk ke mecca mall mencucuk duit ku untuk dibayar rusum jamiah dan disitulah kami mencari makan… fuh.. sememangnya makanan di tempat kami pergi itu sedap2 belaka, dalam sedap itu memang mahal2 belaka, tak apa! tak dak masalah! dah abes exam dah bila lagi nak makan makanan yang sedap sikit… yn tak tahan nyer harga kesemua apa yg dimakan itu 25.10jd mmg mahai…

Menu :

Sizzlin Chicken

Sizzlin Beef

Shredded Beef

Lepas je kami makan, lalu kami bertolak ke carefour merayau2 disitu sambil mencari beberapa barang yang boleh dibeli, dan yang langsung tidak ada dimu’tah ini… habes jer jalan, kami segera bertolak ke mukhtar mall untuk melepaskan hasrat seorg kawan tu.. dier mmg excited nak main bowling.. lalu kami berempat pergilah kesana, 1st tempat yang kami pergi tu sememangnya bowling cour tuh ler…

inilah kali kedua aku main bowling dalam hidupku, 1st aku main di mecca mall bersama seorang kawan itu pun dier belanja, dan inilah yang 2nd aku main.. dalam permulaan aku main aku mendapat amat sikit jatuhan pin… kalau nak dibandingkan dengan org lain… segan giler aku kat diorg… tapi tak per kata ore kelate : ” Hero Dok Gaduh “… lama kelamaan makin meningkat mata jatuhan pin aku dan menempatkan aku ditempat yg kedua tertinggi… harga bayaran kalau kita main bowling ni di mecca mall mmg 3jd dan di mukhtar mall 2.50jd. mmg kalau nk diikutkan murah mmg di mukhtar mall murah tapi perjalanan naik teksi yang menyebabkan masa dan duit untuk bayaran teksi pun habis jugak…

Apapun hari 2 jun 2008 makin gelap dan malam kami singgah di restoren mcD untuk makan aiskrim dan makan ayam disalut tepung bersama potato sebelum bertolak balik ke mutah… tepat jam 10.15 malam, nasib baik bas nasih ada untuk kami blik ke mu’tah dan itupun bas penghabisan untuk 2 jun 2008…

Alhamdulillah dalam masa yang sama sejauh mana pun kita hepy kita nak lepas perasaan kita juga mesti ingt akan Allah taala… Ameen.. wassalam…