Keluarga ialah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau pengambilan anak angkat.

Di Barat, keluarga didefinisikan sebagai satu kumpulan manusia yang mempunyai hubungan darah atau pertalian sah seperti perkahwinan dan pengambilan anak angkat. Banyak ahli antropologi berpendapat istilah “darah” perlu difahami secara metaforik kerana banyak masyarakat bukan Barat mempunyai konsep berkeluarga yang tidak bersandarkan “darah”.

Dewasa ini terlalu ramai pasangan yang dahagakan dan mengharap untuk melihat keluarga mereka menjadi sebuah keluarga yang bahagia, tetapi pada masa yang sama kita dapati angka perceraian semakin meningkat dan berleluasa. Anak-anak menjadi mangsa dan terbiar di sana sini. Jumlah anak-anak yang meninggalkan rumah juga kian berganda.

Kita tidak bermaksud untuk mencari siapakah yang bersalah dan siapakah yang patut dipersalahkan atau pihak mana yang bertanggungjawab untuk semua kegagalan tersebut, tetapi yang pastinya setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya dan setiap penyakit ada penawarnya, maka marilah kita sama-sama mencari punca dan permulaannya kepada masalah ini, agar kita sama-sama dapat membentuk sebuah keluarga bahagia di dalam rumahtangga masing-masing, Insya-Allah.

alhamdulillah dalam jangkamasa yang tidak lama dan tidaklah agak sekejap telah masuk 10 bulan diri ini berada di bumi Jordan, rindua terhadap keluarga tercinta sangat menebal sampailah sekarang pun rindu itu masih belum terubat…. tidak lupa juga aku amat yakin akan diri ini, mak mesti menunggu kepulangan seorang anaknya yang berada berjauhan darinya…

hari ini, 4hb Jun 2008 Rabu, rindu itu terubat sedikit kerana kami telah dapat berbual secara live dan dapatmelihat mukadiantara satu sama lain…dengan menggunakan yahoo massengger aku dapat berhubung dgn mak dan adik beradik lain secara live… perasaan ini amat seronok sekali… mmg tidak ada apa yg leh menghalang keseronokan itu terutamanya bila dapat melihat wajah mak yang ceria sekali…

semenjak pemergian aku kebumi Jordan ini, keluarga aku makin bertambah dgn kehadiran baby2 comey didalam keluargaku… dan hari ini aku mmg tidakmahu terlepas dari mengenali mereka, sebelumini aku hanya asyik menanyakan perihal mereka nama mereka, sihat ke mereka, wajah mereka seakan siapa? dan bermacamlagi.. tapi dgn adanya alam cyber ini… aku dapat melihat mereka secara live… apapun terima kasih alam cyber… hehehe🙂