pada suatu hari, seorang kawan ku dari JOrdan sangat beria untuk membeli sepasang kasut kepada kakaknya @ entah ler kepada saper yang pasti ianya tentulah akhawat yang kami tidak kenal siapa dier…

( dalam pertanyaan ??? )….

dengan excitednya dier telah mencari kasut tersebut… lalu ternampaklah satu pasang kasut yang mmg berjenama dan kononnya made in italy.. fuhhhhh dengan bangganya juga dier telah membawa balik kasut tersebut dengan megah sekali kononnya kasut itu mmg berjenama…

kalau lah korang semua tengok dari segi jenamanya mmg amat bangga kalau memakainya… kasut ini juga banyak kelebihannya jika dipakai oleh akhwat maklumlah… kasut nih boleh dijadikan senjata bagi akhawat yang dikacau oleh lelaki jalanan.. kasut ini juga kalau dipakainya memang amat kuat bunyinya dan amat sesuai bila dipakai semasa majlis sukaria… kerana bunyi yang kuat…. dan juga boleh dijadikan alat music…

kasut ini dikenali dengan nama terompah yang berjenama GUCCi made in Italy…