Hari ini 10hb Jun 2008, dalam sejarah aku sepanjang berada di bumi Jordan ini, semasa perjalananku ke Airport Queen Alia, untuk menghantar seorang kawan balik ke Malaysia untuk bercuti pengajian musim panas.

Semasa perjalanan dari mu’ah ke amman, semasa separuh perjalanan kesana tetiba jalan dilitupi kabus ( habuk pasir ) yang amat tebal.. sehinggakan jalan tidak dapat dilihat dengan terang… dan sepanjang perjalanan itu, sebanyak 6 kemalangan berlaku antara kereta dan kereta, kereta dan trailer dan macam-macam lagi… sehinggakan jalan ditutup untuk laluan…

kabus yang meliputi jalan-jalan sepanjang perjalanan kami ke airport memang dari padang pasir di tepian sepanjang jalan yg kami lalui.. dari situlah jalan menjadi begitu sesak… habuk-habuk melitupi keseluruhan kenderaan yg dinaiki… kami perlahan-lahan bergerak bagaikan bergerak didalam litupan asap yg tebal…

alhamdulillah apa pun… kami selamat sampai ke airport dengan aman sekali. dan kawan kami dapat pulang dengan selamat ke tanah air…

p/s : dipublish lewat iaitu 22hb Jun 2008.

kesesakan lalu lintah di seberang jalan amman ke mutah.. kerana berlakunya xcdent dibeberapa tempat.

ribut pasir…

jalan masuk ke airport yg dilitupi habuk…

beginilah gambaran sepanjang perjalanan dari mutah ker airport amman jordan…