Termenung seketika…

Mengingatkan kedhaifan diri,

Mencalar jiwa yang gersang,

Tandus dalam timbunan ilmu,

Mundur disebalik pembangunan,

Kosong daripada rahmat Ilahi…


Termenung seketika…

Bila digelar kelam di dalam gelap,

Terpancar jarum-jarum cahaya,

Mencucuk dan menggetar kerisauan,

Mengembalikan nostalgia gemilang,

Seorang yang punyai mauqif telahpun berubah…


Termenung seketika…

Dimana hidayat disekat,

Dengan fasad yang bergelumang,

Hati yang lalai dari Zikrullah,

Engkau hadir menggoyah qalbu,

Mencungkil baki sirna yang terpendam…


Termenung seketika…

Kini aku kembali kepadaNya,

Berteleku menghadap Rabbunnas,

Sendu tangisan mendayu di bening malam,

Kian mula menjati,

Amalan seorang yang rindukan ketenangan…