Sepertimana yang anda semua ketahui, seluruh dunia punyai bhasa tertentu, dan dalam setiap negara mempunyai bahasa nya yang tersendiri dan agak berlainan lahjahnya pada setiap negeri…

Begitu jugalah MALAYSIA yang mempunyai 14 buah negeri dan dalam setiap negeri terdiri dari pelabagai jenis kaum. walaubagaimanapun MELAYU adalah rakyat majoriti teramai di MALAYSIA. Manakala, di Malaysia mmg mempunyai Bahasa ibunda tersendiri iaitu Bahasa MELAYU dan juga sekarang di kenali dengan Bahasa MALAYSIA,

Disini saya cuba menyentuh perihal bahasa ammiah yang digunakan di kelantan, mmg bahasa kelantan ini amat unik dgn percampuran pelbagai bahasa contohnya bahasa arab dan inggeris.

Mari belajar bahasa kelantan.

mari kito pakak ngaji bahaso klate.


1. Kona = Belok (digunakan semasa membelok kearah kiri dan kanan)

2. Pecar = Silau

3. Bedo’oh = Bersangatan

4. Jolo ko = Betul ke

5. Gocoh = Bergaduh

6. Ngoya = Berkhayal

7. Kubey lana = Bersepah

8. Gapo / gho diyo / = Apa

9. Bakpo = Kenapa

10. Betak = Lambat

dan begitu juga bahasa kelantan mempunyai ta’akid atau kata penguat bagi sesetengah perkataan yg digunakan :


1. Masin Perrak ( Masin )

2. Pahik lepey ( Pahit )

3. Manih Leting ( Manis )

4. Mase Purit ( Masam )

5. Gelak Gelemak ( Gelap )

6. Pedah Menenga ( Pedas )

7. Panah Ngetok ( Panas )

8. Comel Lothey ( Comel )

9. Puteh Sepo ( Putih )

10. Hitey Legey ( HItam )

beginilah uniknya bahasa yang digunakan dikelantan…. kalau anda ada persoalan tentang bahasa kelantan sila tinggalkan komen anda, dan tunggulah sehingga versi penambahan perkataan bagi bahasa kelantan ini…