Betullah Kata Poksu,

Bila hati kosong tanpa iman
hidup pun jadi tunggang langgang..
bila diri bersarang dengan dosa
kerja yang dibuat semua jadi huru hara..

Betullah Kata Poksu,

Bila kita selalu tolong orang
belum tentu lagi diwaktu susah orang akan tolong kita..
Bila orang tahu kelemahan kita
orang sentiasa akan memperbodohkan kita..
kita tak tahu kenapa kita jadi macam tu..
bila kita kenal Poksu baru kita tahu dosa itu penyebabnya..

Betullah Kata Poksu,

hidup ini jangan peduli kisah orang..
perbetul diri kita dulu..
bila dah kenal diri kita baru senang nak kawal nafsu..
nafsu itu yang buat kita jadi tak tentu..
Rasa bangga masuk u rupanya hidup kita kosong tanpa ilmu..

Betullah Kata Poksu,

hidup kita telah banyak dijajah ilmu dunia..
ilmu Allah langsung kita tak ambil kisah..
sebab tu kita lupa pada Allah SWT
tak faham Al-Quran pun lansung kita tak kecewa..

Betullah Kata Poksu,

Solat 5 waktu tiang agama..
bukan senang-senang Allah nak terima
kena bersih diri kita dulu baru solat kita sempurna..
faham bacaan solat tu baru dapat rasa nikmatnya..
terasa Allah SWT itu dekat dengan kita..

Betullah Kata Poksu,

Allah SWT sentiasa menguji kita..
sebab nak tengok ketulinan iman keyakinan kita sebagai hambanya..
kadang kita rasa kecewa pun ada..

Poksu cakap redha ya..

kita ambil wuduk kita solat minta kekuatan darinya..
buat pertama kali airmata kita mengalir keranaNYA..
kita tak minta lebih selain keampunan dariNYA..

Betullah Kata Poksu,

banyakan istifar dan zikir sebagai peganti bicara..
kadang setan cepat alihkan pandangan kita untuk buat dosa kalau sedetik kita lupa pada Allah SWT yang Maha ESA .

sebab tu hari-hari Poksu ingatkan kita

Betullah Kata Poksu,

dunia dah nak sampai penghujungnya..
tanda-tandanya semakin ketara.. Poksu selalu kata perbetulkan amalan kita..
ambil peluang dekat dengan Allah SWT..
kalau kita mati pun kita telah beramal kerana takut akan azab api neraka walau kita tahu, kita tak layak kesyurga..
Cuma mencari Redha DariNya .

Betullah Kata Poksu,

Syurga itu terlalu indah mengalir dibawahnya sungai-sungai menjadi kediaman bagi mereka yang beriman..
Sejuk terasa dihati bagikan dinginNya dimalam hari
semua itu kita baca dalam Al-Quran
Neraka itu terlalu azab untuk kita bayangkan..

kita takut kalau ia menjadi tempat persinggahan..
sebab tu kita pesan pada Rob’bul izati kalau kita kembali pada dosa silam..
Maka nyawa kita dicabut tuhan..biarpun sebelum ajal..
Supaya tidak banyak dosa yang kita lakukan lagi.

Sebab itu Rob’bal izati sayang kan kita cepat diambilnya Nyawa kita .
Umor lum lagi cecah 63 tahun terkadang 17 sudah diambil nya kembali Nyawa kita.
supaya kita tidak kekal kekal kekal berlaku kan dosa dosa berterusan .

Ya Allah..Ya Tuhan Ku .

Biarpun diri ini teruji dengan pelbagai cubaan
Jangan sekali kau palingkan hatiku dari mengingatimu..
hidup dan matiku hanya keranamu..

Amin Ya Allah Ya Rob’bal’alamin .