Assalamualaikum…..

Bismillah pembuka bicara,

disini saya membuka ceritera,

kisah PPC saya nak cerita,

anak2 kelate adalah penghuninya.

( 1 )

Orangnya pendiam pemalu sekali,

menjadi rebutan ramai sekali,

diamnya amat dimusykili,

abe jey, itulah nama empunya diri.

( 2 )

Hak! Hak! Hak! suka sokmo,

setiap kali kecek mesti suko,

menjadi penyeri hati yang duko,

Ayie @ lelabi meme cerio sokmo.

( 3 )

Din rambo nama gelaran,

orangnya lurus teguh pendirian,

dalam belajar payah diduga,

kekadang lulus kekadang berkelana.

( 4 )

Nik Mohd Farid cute orangnya,

Bucah pulok nama glamornya,

genting tumpat memang asal dirinya,

orang tua tema baginya.

( 5 )

Didalam bilik dirinya bertapa,

Mat We empunya dirinya,

sekali jenguk tengah membaca,

dua kali jenguk gitar disisinya.

( 6 )

Nik Zaim pulak tak leh nak kata,

bila bercakap selalu nak menang,

berbijok pulok memang dirinya,

pok nik nama gelaran orang.

( 7 )

Bachok daerah sempadan Kota Bharu,

tempat asal si Hadi kalau nak tahu,

seorang wartawan CNN yang selalu diburu,

membawa berita kesegenap penjuru.

( 8 )

Faisal pula memang tinggi orangnya,

privacy gaya hidupnya,

belajar di Jordan bertahun-tahun,

rupanya stesen minyak menjadi pilihan.

( 9 )

Datangnya dari ulu kelantan,

mencari ilmu hingga ke Jordan,

ayah pen terkenal dengan nama samaran,

selalu fruss dalam memilih pasangan.

( 10 )

Berlesung pipit pemalas orangnya,

dalam belajar tak tahu apa,

Bani ni mmg dah nak kena,

asyik dok depan latop semata…

……………………………………….

Beginilah lagak beginilah gaya,

mencari ilmu di merata dunia,

kalau nak dikomen serba tak kena,

pandai lah fikir nak buat cam mana.

……………………………………….

Zaman sekarang tak da apa nak dicerita,

cuma nak sentuh satu gelagak manusia,

pelajar kelate Mutah Jordan empunya cerita,

pelbagai gaya hidup mereka.

……………………………………….

Bayt Pasir Puteh Clarks memang dah lama,

ditubuhkan kira-kira 15 tahun lama,

tempat berteduh berkongsi cerita,

semoga persahabatan yang tebina kekal lama.

……………………………………….

Setakat ini sahaja idea saya,

kalau nak ditambah boleh sahaja,

semoga puas hati orang yang terkena,

kalau nak dimarah pun takkan kemana nya…

……………………………………….

hehehe…

……………………………………….

Hasil Nukilan ;

Warkah Cyber…