Ya sebagaimana yang kita tahu dunia sekarang memang berkembang dengan pesat sekali… kalau dulu, kita hendak berhubung sesama kita sama ada dekat atau jauh hanyalah melalui surat yang ditulis dan diposkan, setelah itu masa sudah berubah dengan peredaran zaman, lalu telefon diciptakan setelah itu, zaman semakin berubah dan terus berubah malah ada yg telah ketinggalan dengan kemodenan dunia ini…

Pada masa ini, saya ingin menyentuh tentang yahoo messenger atau dikenali sebagai YM, adalah satu alternatif yang digunakan secara meluas oleh segenap manusia yang mengikuti arus perubahan semasa,  yang bukan hanya dapat berbual secara menaip, malah dapat juga kita dpt menggunakan voice dan camera…

Walaubagaimana pun, sesungguhnya apa sahaja perubahan, ada baik dan buruknya, Zaman sekarang majority pelajar sama ada peringkat rendah atau menengah malah universiti sekali pun memang tidak ketinggalan dalam menggunakan ym ini…. tidak kiralah di mana  jua seseorang itu berada, malah didalam hutan sekalipun asalkan ianya mendapat liputan internet, nescaya mereka akan dapat berhubung dengan sesiapa sahaja melalui ym ini….

Malah memang tidak dinafikan, yahoo messenger ini memang akan menyebabkan seseorang itu lagha atau lalai jika terlebih menggunakannya… dan amat meampau sekali, bg mereka yang menyalah gunakan program ini…

sepertimana yang kita tahu, lalai memang sesuatu yang ditakuti oleh setiap orang kerana ianya akan membawa kehancuran kepada seseorang itu… kerana banayak benda yang boleh dikaitkan dengan lalai :

1. Lalai terhadap perkara yang membahayakan dan mendatangkan murka Allah (SWT), memandang kecil terhadap dosa, tidak bertaubat dan tidak takut langsung dengan dosa. Dia sebenarnya dalam bahaya. Justeru, hati-hatilah!

2. Lalai terhadap perbuatan yang boleh menyelamatkan diri daripada azab Allah (SWT) iaitu tidak mengamalkan apa yang terkandung dalam rukun iman dan Islam. Malah, kadangkala sesetengah pula tidak tahu mengenai Rukun Iman dan Rukun Islam.

3. Lalai untuk menggunakan peluang iaitu tidak menggunakan umur dan waktu yang diberi Allah (SWT) sebagai modal untuk mencipta kebaikan dunia dan keuntungan di akhirat.

Umur diberi kepada manusia dengan percuma, ia sangat mahal sehingga banyak tempat dalam al-Quran Allah (SWT) bersumpah dengan waktu dan umur.

Tetapi kita manusia tidak tahu mengisi umur dan masa dengan amalan berharga. Itulah yang dinamakan lalai merebut peluang, lalai untuk berterima kasih terhadap tuan yang memberikan umur kepada kita, kerana jika tidak lalai pasti kita isikan dengan aktiviti berguna.

4. Lalai terhadap kualiti hati, iaitu diri tidak tahu keadaan hatinya, sama ada sakit atau sihat. Malah disebabkan lalai, diri tidak mengetahui hatinya hidup subur atau mati.

Apabila lalai, dia bersikap tidak peduli terhadap hatinya, tidak pernah memikirkan untuk memberikan rawatan terhadap hatinya. Justeru, hati yang keras menjadi bertambah keras, sukar menerima pendapat, nasihat dan tunjuk ajar.

5. Lalai terhadap musuh dan perangkap syaitan yang tidak pernah lalai terhadap mangsanya, terdiri daripada manusia. Syaitan sentiasa mencari peluang untuk memperdayakan manusia, tanpa berasa letih pada bila-bila masa, tetapi apabila manusia lalai, saat itulah peluangnya untuk menggoda manusia.

Tetapi tahukah anda, lalai yang paling bahaya ialah apabila orang mula menjadikan dunia sebagai matlamat atau tujuan kehidupan, sedangkan dunia adalah alat yang digunakan sewajarnya bagi mendapatkan habuan di akhirat.

Ingatlah didalam al-quran ada menyentuh perihal lalai ini didalam ayat 179, dari surah al-A’raaf, Allah  memberi takrif mengenai lalai:

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi) neraka jahanam kebanyakan daripada jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya, dan mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya, dan mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang yang lalai.”

Sekian sahaja dari saya mengenai apa yang berkaitan dengan perihal ym dan halal… semoga apa yang dihuraikan oleh saya ini, amat memberi kesan kepada kita semua.. wallahuaalam…