Kerana mulut manusia bertanya

Kerana mulut manusia berjaya

Kerana mulut manusia berani

Kerana mulut manusia berhati-hati

………………………………………………………

Kerana mulut badan binasa

Kerana mulut ada yang kecewa

Kerana mulut ada berkecil hati

Kerana mulut ada yang mencuit hati

………………………………………………………

Mulut dicipta untuk mengisi

Perut, dengan rezeki

Mulut dicipta untuk berzikir

Menyebut nama Ilahi

………………………………………………………

Mulut dicipta untuk berbakti

Kepada insan-insani

Jagalah mulut dari mengeji

Jagalah mulut dari mencaci

………………………………………………………

Jagalah mulut dari mengata

Jagalah mulut dari menghina

Kerana mulut musuh ditemui

Kerana mulut teman berkecil hati

………………………………………………………

Kerana mulut ada yang menangis

Kerana mulut hati terguris