Archive for August, 2008

Keluhan Hati…

Keluhan Hati…

Hari ini hati ini merasa resah gelisah, dengan keluhan hati yang mengatakan dimanakah diri ini berada sekarang??? Apakah tujuan sebenar diri ini berada diperantauan ini??? Adakah semua ini hanya untuk menaikkan nama sahaja dimata masyarakat bila kita berada diperantauan dengan bertopengkan menyambung pelajaran ke peringkan lebih tinggi… tidak kira dimanapun kita berada….

Keluhan Hati…

Hati ini merasakan, adakah diri ini mampu membalas jasa kedua ibu bapa, yang telah banyk berkorban demi membesarkan kita, yang diimpikan anak yg soleh… tapi toleh balasan terhadap mereka…

Keluhan Hati…

Dan…. tetiba jer terdetik dihati ini.. menanyakan…. dimanakah ayahku??? dimanakah beliau berada??? betulkah diri ini sudah bergelar seorang anak yatim??? sedih hati ini menanyakan diri sendiri??? sudahkah aku membalas jasa kedua orang tuaku??? kenapakah bapa ku meninggalkan diriku begitu awal??? sehinggakan aku tidak dapat buktikan didepan matanya kejaanku… tetiba diri ini menanyakan kemanakah ayahku pergi???

Oh Ayah!!!

Kau seorang pejuang rupanya…

ku rasa sungguh bertua…

takkan ku kesali takdir ini..

suatu hari nanti,

bumi Allah ini akan bersih jua dari najis mungkar dan dosa…

Ayah tentu gembira,

Ayah tentu bersyukur…

Oh ibu, Biarkan Ayah pergi…

jangan bekalkan ia dengan airmata,

tapi…. dengan doa penuh dijiwa…

Ayah akan ku buktikan segala jasa dan keringat…

aku anak Ayah,

anak pejuang….

Keluhan Hati…

Sesekali hati ini merasa cemburu, melihat teman semuanya berayah… bermanja bermesra kasih berpadu… menikmati hidup bahgia dan tiada gundah… beginilah senandung anak pejuang…

Sekilas Pandang….

Sekilas Pandang…

Pelbagai perkara telah kita lalui, tidak kira dalam kehidupan kita mahupun keluarga, sahabata dan masyarakat, begitu juga agama dan bangsa…

Sekilas Pandang…

Kita sering kali mengabaikan umur kita yang seringkali melampaui kehidupan kita, masa yang seringkali meninggalkan kita, walaupun kita selalu memerhatikan masa tersebut berlalu detik demi detik, saat demi saat, minit demi minit dan jam demi jam meninggalkan kita….

Sekilas Pandang…

Masa yang meninggalkan kita, tidak mampu kita kejar dengan hnya berkata-kata tanpa tindakan yang sewajarnya, masa yang telah melalui kita dengan melambai-lambai memberi peringatan kepada kita. Jarum jam saat melambai dengan cepat menandakan masa yg berlalu memang cepat, jarum minit mengiyakannya dengan perlahan selangkah demi selangkah juga melambai-lambai kepada kita, lalu jarum jam akan berlalu dengan perlahan untuk memastikan kita tidak leka dengan masa yang berlalu…

Sekilas Pandang…

Jam sudah mengingatkan kita kepada masa, dan masa telah mengingatkan kita akan perjalanan hidup kita sehari demi sehari, malah juga mengngatkan kita akan kematian yang makin hampir dengan kita walaupun ianya tidak diketahui masa dan tarikhnya…

Sekilas Pandang…

Kita telah pun menghampirkan diri kita kepada suatu kejayaan dengan meletakkan diri kita berada didalam nas islamiah, dengan mempelajari ilmu agamanya, dengan menghayatinya dan seumpamanya…

Sekilas Pandang…

Tetapi adakah apa ilmu pelajaran yang kita telah pelajari ini, kita mampu menterjemahkannya dengan mengamalkan dan menyampaikannya??? malah tidak kurang, kita hanya mampu membahaskannya dikelompok kecil yang hanya utk dijadikan satu perbincangan ringkas… malah ada juga yang hanya menjadikannya suatu perkara untuk dijadikan isu perbincangan melalui pemikiran sendiri dengan kefahaman yg sedikit…

Sekilas Pandang…

Kita juga tidak sedar, bahawa diri kita berada didalam suatu kelompok golongan mewah, hartanya dikeluarkan semacam air yg mengalir, tapi hanya utk kepentingan diri sendiri. Malah kita tidak sedar sahabat kita, sedang lemas dengan keadaan dirinya yang begitu sempit dari segi kemewahan. seumpama duit yg kita alirkan umpama air itu, hanyalah kepentingan diri dan telah melemaskan sahabat kita yg mengalami kesusahan, dan terus lemas didalam air itu…

Sekilas Pandang…

Kita juga, seringkali lalai dan terabai dalam situasi menjaga hati sahabat, dengan mulut kita yang petah dalam berkata-kata, mulut kita yang seringkali menganggap suatu perkara itu sebagai gurauan, malah kita telah lalai untuk menjaga hati seorang sahabat…

Sekilas Pandang…

Kita juga seringkali menyusahkan keluarga kita, dengan mencurahkan kemewahan yang ada kepada kita, tapi kita tidak mampu menguruskannya dengan betul, dari segi pelajaran, kita sering tidak melontarkan rasa puas hati keluarga utk dibanggakan… tapi kita hanya mampu menguruskan wang yang diberikan untuk kehidupan kita yang seumpama tidak ada tanggungjawab sendiri…

Sekilas Pandang…

Kita tidak pernah terfikir dengan keringat ibu bapa dan penjaga kita dalam mencari seposen duit, hnya ingt untuk membiayai kita dalam pengajian dan demi menjamin kejayaan kita…

Sekilas Pandang…

Inilah situasi kita selama ini… yang kita telah abaikan… yang telah kita letakkan pengharapan kepada ibu bapa kita… dan sekilas pandang ini, samalah kita mengubah diri kita demi kebaikan bersama malah kengkadang menampakkan keistimewaan kepada kita yang melaluinya….

Exam Dah Dekat!!! (( Bendera Merah ))

ya ALLAH… sehai demi sehari masa berlalu bagaikan tak terasa diri ini telah ditinggalkan masa…. sungguh begitu pantas sekali ianya berlalu meninggalkan aku… sedar tak sedar sekarang dah pun memasuki fatrah imtihan nihaie dah kami semua…. tak kiralah ambil adab ker, syariah ker, usuluddin ker, handasah ker semuanya akan menduduki exam dah yg akan bermula pada hari selasa ini sehingga 23hb ogos 2008…

emmm… ilmu yg dapat tak seberapa, madah makin berkurangan dan dah banayak aku ketinggalan dari segi ilmu yang dipelajari… sedih jugak rasanya… emmm tapi biasa lah… kebanayakan dari pelajar2 ni semuanya nak abes cepat…. dan nak blik cepat…. sama lah juga aku… sekarang ni dah pun nak dekat setahun aku berada dibumi jordan ini… jerih perih dalam nuntut ilmu memang terasa tambah pulak bila kegagalan ditempa… sedih sayu pilu semuanya terasa bila mendapat keputusan yg tidak memberansangkan….

apa pun aku tetap kena dan semestinya berusaha untuk menamatkan pengajian disini demi mencapai segulung sijil… yang akan menentukan masa depan aku n kami semua…. tidak kiralah dimana pun kita semua belajar… emmm… ada dikalangan kita yg hnya belajar sekadar belajar utk sijil… ada utk kerja yg menjamin kerjaya dan ada yg ikhlas menambah ilmu utk membela agama bangsa dan sebagainya.

panjang pulak muqaddimah.. emmmm.. msuk blik bab exam.. aku akan mulai exam pada minggu depan iaitu pada 19hb dan 20hb ogos…seterusnya kami akan mula bercuti…  selama beberapa minggu…  aku akan menduduki exam nahu 4 iaitu madah last bagi lmu nahu aku kat jamiah mutah ni… doktornya amat baik, tapi… madahnya yang amat susah bagi aku… dan lagi satu pada 19hb jugak madah tarikh askari yang satu pun aku tak pham dalam pembalajan nyer… doktor memang cakap cepat dan menggunakan sepenuhnya bhasa ammiah jordan…. lagi ler aku tidak paham…

seterusnya keesokan harinyer lak, 20hb juga ada dua exam yg amat killer bagi aku… iaitu madah tarikh naqad.. madahnya juga susah dan amat banyak qararnya… dan doktornya pula jugak syadid dr segi pemarkahannya dan ghiabnya… madah syair hadis pulak doktornya juga syadid, madahnya susah bagi kami pelajar malaysia… doktor tu adalah profesor, so soalannya pun susah… mudahan kami semua berjaya dalam imtihan yang bakal kami tempuhi…. insyaallah…

Sifat dan ragam Manusia…

Selama kita hidup, pernahkah kita perasan dan terfikir, kita tergolong dalam sifat-sifat manusia yang mana.

a) Lebih suka mencari kesalahan orang lain dari kesalahan diri sendiri.

b) Tidak suka ditegur tetap lebih suka diiyakan.

c) Suka disanjung walaupun ianya racun hidup.

d) Menolong dan menyanjung orang lain jika ada kepentingan dirinya.

e) Lebih suka mengikutkan hati daripada akal, malah lebih suka berkata-kata

mengikut perasaan tanpa memikirkan hati orang lain.

f) Mengutamakan kemewahan dan hidup berpura-pura.

g) Tidak memegang janji jika,

Bila kena upah WANG

Bila kena upah PEREMPUAN

Bila kena upah PANGKAT

h) Tidak mengenang budi dan berterima kasih.

i) Suka berbohong dan hipokrit.

j) Hendak nama tapi tidak mahu berusaha.

k) Tidak boleh memegang rahsia dan penakut.

l) Bersifat prejudis,stereotaip dan diskriminasi.

m) Benci dikecam tapi gemar dipuji.

n) Lebih besar ingatan kepada dunia daripada kematian.

Allah SWT Berfirman

” Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu”

Kisah Cinta YM

Tidak lama dahulu, mmg tak lama la kan… ada seorang pemuda nama nya Ahmad, beliau selalu asyik dengan chating melalui yahoo messenger ( ym ), pelbagai usaha yg beliau lakukan utk mencari ramai kenalan, sehingga beliau telah berjumpa dengan ramai kengkawan di segenap negara, contohnya negara india, jerman, australia, italy, midle east dan sebagainya…

Pelbagai confrence beliau sertai, hanya utk berkongsi pengalaman, menambah kenalan dan berkongsi ilmu sedikit sebanyak… ada satu ketika, beberapa dari kengkawannya telah menginvitnya didalam confrence utk membincangkan isu agama yg boleh dikatakan seperti usrah.

Dari situ, telah banyak soal jawab yg dibincangkan dalam isu agama ini… tidak kira masalah kecil atau besar… dan dalam masa yang sama beliau telah berkenalan dengan pelbagai jenis org dengan pertanyaan yang amat pelbagai…

Dalam masa yang sama, beliau telah menemukan suatu yang amat istimewa dalam hidupnya, walaupun mereka berjauhan, tapi mereka berhubung dengan cara yang halal, insyaallah… setlah lama mereka berkenalan, mereka telah berbincang untuk membina suatu ikatan atau raabitah yang halal disisi islam.

Dengan pernikahan mereka, selama tidak kira beberapa tahun, mereka telah anugerahkan seorang cahaya mata , penyeri kepada hidupnya keluarga… dari situ kasih dan sayang mereka makin bertambah dengan kehadiran seorang baby yang amat comel… setelah baby itu makin membesar dengan pertumbuhan yang amat meyakinkan… mereka telah menyambung pembelajarannya keperingkat yang lebih tinggi, di salah sebuah negara eropah, disitu, mereka makin bersemangat utk menamatkan pembelajar mereka dengan cepat dan lulus cemerlang dengan harapan bila pulang ke Malaysia nanti mereka boleh berkecimpung dalam bidang masing-masing…

Setelah Ahmad berjaya menghabiskan pembelajarannya di peringkat Master di dalam takhassus pilihannya iaitu selama setahun, beliau telah bekerja sambilan sementara isterinya belum mengahabiskan pembelajaran, dengan secara tidak lansung Ahmad dapat menolong isterinya dari segi kewangan dan memberikan sedikit nafkah terhadap isteri dan anaknya itu….

Setelah Ahmad dan isterinya berjaya menghabiskan pelajaran, mereka merancang utk pulang ke tanah air tercinta, dan semasa perjalanan pulang ke malaysia mereka bercadang utk singgah di mekkah utk mengerjakan umrah dan haji, kebetulan pada masa mereka bercadang utk pulang, adalah musim org mengerjakan ibadah haji…

Mereka telah mengerjakan haji dengan tenang dan sempurna….. sambungan di lain channel….. be right back….