Tidak lama dahulu, mmg tak lama la kan… ada seorang pemuda nama nya Ahmad, beliau selalu asyik dengan chating melalui yahoo messenger ( ym ), pelbagai usaha yg beliau lakukan utk mencari ramai kenalan, sehingga beliau telah berjumpa dengan ramai kengkawan di segenap negara, contohnya negara india, jerman, australia, italy, midle east dan sebagainya…

Pelbagai confrence beliau sertai, hanya utk berkongsi pengalaman, menambah kenalan dan berkongsi ilmu sedikit sebanyak… ada satu ketika, beberapa dari kengkawannya telah menginvitnya didalam confrence utk membincangkan isu agama yg boleh dikatakan seperti usrah.

Dari situ, telah banyak soal jawab yg dibincangkan dalam isu agama ini… tidak kira masalah kecil atau besar… dan dalam masa yang sama beliau telah berkenalan dengan pelbagai jenis org dengan pertanyaan yang amat pelbagai…

Dalam masa yang sama, beliau telah menemukan suatu yang amat istimewa dalam hidupnya, walaupun mereka berjauhan, tapi mereka berhubung dengan cara yang halal, insyaallah… setlah lama mereka berkenalan, mereka telah berbincang untuk membina suatu ikatan atau raabitah yang halal disisi islam.

Dengan pernikahan mereka, selama tidak kira beberapa tahun, mereka telah anugerahkan seorang cahaya mata , penyeri kepada hidupnya keluarga… dari situ kasih dan sayang mereka makin bertambah dengan kehadiran seorang baby yang amat comel… setelah baby itu makin membesar dengan pertumbuhan yang amat meyakinkan… mereka telah menyambung pembelajarannya keperingkat yang lebih tinggi, di salah sebuah negara eropah, disitu, mereka makin bersemangat utk menamatkan pembelajar mereka dengan cepat dan lulus cemerlang dengan harapan bila pulang ke Malaysia nanti mereka boleh berkecimpung dalam bidang masing-masing…

Setelah Ahmad berjaya menghabiskan pembelajarannya di peringkat Master di dalam takhassus pilihannya iaitu selama setahun, beliau telah bekerja sambilan sementara isterinya belum mengahabiskan pembelajaran, dengan secara tidak lansung Ahmad dapat menolong isterinya dari segi kewangan dan memberikan sedikit nafkah terhadap isteri dan anaknya itu….

Setelah Ahmad dan isterinya berjaya menghabiskan pelajaran, mereka merancang utk pulang ke tanah air tercinta, dan semasa perjalanan pulang ke malaysia mereka bercadang utk singgah di mekkah utk mengerjakan umrah dan haji, kebetulan pada masa mereka bercadang utk pulang, adalah musim org mengerjakan ibadah haji…

Mereka telah mengerjakan haji dengan tenang dan sempurna….. sambungan di lain channel….. be right back….