Selama kita hidup, pernahkah kita perasan dan terfikir, kita tergolong dalam sifat-sifat manusia yang mana.

a) Lebih suka mencari kesalahan orang lain dari kesalahan diri sendiri.

b) Tidak suka ditegur tetap lebih suka diiyakan.

c) Suka disanjung walaupun ianya racun hidup.

d) Menolong dan menyanjung orang lain jika ada kepentingan dirinya.

e) Lebih suka mengikutkan hati daripada akal, malah lebih suka berkata-kata

mengikut perasaan tanpa memikirkan hati orang lain.

f) Mengutamakan kemewahan dan hidup berpura-pura.

g) Tidak memegang janji jika,

Bila kena upah WANG

Bila kena upah PEREMPUAN

Bila kena upah PANGKAT

h) Tidak mengenang budi dan berterima kasih.

i) Suka berbohong dan hipokrit.

j) Hendak nama tapi tidak mahu berusaha.

k) Tidak boleh memegang rahsia dan penakut.

l) Bersifat prejudis,stereotaip dan diskriminasi.

m) Benci dikecam tapi gemar dipuji.

n) Lebih besar ingatan kepada dunia daripada kematian.

Allah SWT Berfirman

” Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu”