Sekilas Pandang…

Pelbagai perkara telah kita lalui, tidak kira dalam kehidupan kita mahupun keluarga, sahabata dan masyarakat, begitu juga agama dan bangsa…

Sekilas Pandang…

Kita sering kali mengabaikan umur kita yang seringkali melampaui kehidupan kita, masa yang seringkali meninggalkan kita, walaupun kita selalu memerhatikan masa tersebut berlalu detik demi detik, saat demi saat, minit demi minit dan jam demi jam meninggalkan kita….

Sekilas Pandang…

Masa yang meninggalkan kita, tidak mampu kita kejar dengan hnya berkata-kata tanpa tindakan yang sewajarnya, masa yang telah melalui kita dengan melambai-lambai memberi peringatan kepada kita. Jarum jam saat melambai dengan cepat menandakan masa yg berlalu memang cepat, jarum minit mengiyakannya dengan perlahan selangkah demi selangkah juga melambai-lambai kepada kita, lalu jarum jam akan berlalu dengan perlahan untuk memastikan kita tidak leka dengan masa yang berlalu…

Sekilas Pandang…

Jam sudah mengingatkan kita kepada masa, dan masa telah mengingatkan kita akan perjalanan hidup kita sehari demi sehari, malah juga mengngatkan kita akan kematian yang makin hampir dengan kita walaupun ianya tidak diketahui masa dan tarikhnya…

Sekilas Pandang…

Kita telah pun menghampirkan diri kita kepada suatu kejayaan dengan meletakkan diri kita berada didalam nas islamiah, dengan mempelajari ilmu agamanya, dengan menghayatinya dan seumpamanya…

Sekilas Pandang…

Tetapi adakah apa ilmu pelajaran yang kita telah pelajari ini, kita mampu menterjemahkannya dengan mengamalkan dan menyampaikannya??? malah tidak kurang, kita hanya mampu membahaskannya dikelompok kecil yang hanya utk dijadikan satu perbincangan ringkas… malah ada juga yang hanya menjadikannya suatu perkara untuk dijadikan isu perbincangan melalui pemikiran sendiri dengan kefahaman yg sedikit…

Sekilas Pandang…

Kita juga tidak sedar, bahawa diri kita berada didalam suatu kelompok golongan mewah, hartanya dikeluarkan semacam air yg mengalir, tapi hanya utk kepentingan diri sendiri. Malah kita tidak sedar sahabat kita, sedang lemas dengan keadaan dirinya yang begitu sempit dari segi kemewahan. seumpama duit yg kita alirkan umpama air itu, hanyalah kepentingan diri dan telah melemaskan sahabat kita yg mengalami kesusahan, dan terus lemas didalam air itu…

Sekilas Pandang…

Kita juga, seringkali lalai dan terabai dalam situasi menjaga hati sahabat, dengan mulut kita yang petah dalam berkata-kata, mulut kita yang seringkali menganggap suatu perkara itu sebagai gurauan, malah kita telah lalai untuk menjaga hati seorang sahabat…

Sekilas Pandang…

Kita juga seringkali menyusahkan keluarga kita, dengan mencurahkan kemewahan yang ada kepada kita, tapi kita tidak mampu menguruskannya dengan betul, dari segi pelajaran, kita sering tidak melontarkan rasa puas hati keluarga utk dibanggakan… tapi kita hanya mampu menguruskan wang yang diberikan untuk kehidupan kita yang seumpama tidak ada tanggungjawab sendiri…

Sekilas Pandang…

Kita tidak pernah terfikir dengan keringat ibu bapa dan penjaga kita dalam mencari seposen duit, hnya ingt untuk membiayai kita dalam pengajian dan demi menjamin kejayaan kita…

Sekilas Pandang…

Inilah situasi kita selama ini… yang kita telah abaikan… yang telah kita letakkan pengharapan kepada ibu bapa kita… dan sekilas pandang ini, samalah kita mengubah diri kita demi kebaikan bersama malah kengkadang menampakkan keistimewaan kepada kita yang melaluinya….