Wahai saudari, sudikah saudari menerima kami sebagai tetamu keluargamu?” ujar salah seorang daripada tiga malaikat yang menjelma sebagai pemuda tampan bertubuh sasa itu.
Si gadis yang sedari tadi begitu leka mencedok air dari perigi itu terkejut. Hampir sahaja timba yang sedang dipegangnya lucut ke dalam perigi. Wajahnya menjadi pucat. Lidahnya serta-merta kelu. Dia tidak dapat berkata apa-apa. Hatinya tiba-tiba diserang bimbang. Kebimbangan yang bukan disebabkan oleh kehadiran pemuda-pemuda kacak di hadapannya itu. Tetapi kerana dia telah dapat mengagak apa yang bakal berlaku sekiranya mereka diterima bertamu di rumahnya.
Anak gadis Nabi Luth itu cukup arif dengan amalan buruk warga Sadum yang pantang melihat lelaki muda, berwajah tampan dan bertubuh sasa. Pasti anak muda itu menjadi mangsa untuk memuaskan nafsu serakah mereka. Pada mereka, wanita tidak ada daya tarikan langsung. Lelaki hanya untuk lelaki, manakala wanita untuk wanita.
“Apa yang harus aku jawab kepada mereka,” bisik si gadis itu sendiri. Dia menjadi begitu serba salah.
“Apakah kedatangan kami ini menganggu saudari?” tanya pemuda itu kembali. ”
” Oh tidak. Tapi… bolehkah tuan-tuan tunggu di sini sebentar. Biar saya maklumkan dahulu kepada bapa saya,” balas si gadis terputus-putus. Dia mencapai bekas air yang hampir penuh dan pulang dengan tergesa-gesa.
Demi mendengar kedatangan tiga tetamu muda remaja itu, Nabi Luth mula gusar dan berasa tidak tenteram. “Ini adalah hari yang amat sulit bagiku,” kata Nabi Luth.
Baginda amat mengerti apakah akibatnya seandai kedatangan para tetamunya itu diketahui oleh kaumnya. Namun tabiatnya yang suka menerima tetamu, tetap kuat mendesak meskipun risiko yang terpaksa diterimanya sangat tinggi. Hari sudah menjelang malam, baginda sendiri pergi menjemput para tetamunya itu.
Kepada isteri dan puteri-puterinya dipesan agar perkara itu dirahsiakan, jangan sampai tersebar kepada orang ramai. Kelak mengundang bahaya yang besar. Malangnya, si isteri tidak mampu berlaku setia. Dihebahnya berita perihal tetamu-tetamu mereka kepada kaumnya.
Sebaik sahaja mendengar berita yang menarik dan sangat ditunggu-tunggu itu, bergegas dan berpusu-pusulah mereka ke rumah Nabi Luth.
“Wahai Luth! Bukakan pintu ini dan serahkan anak-anak muda itu kepada kami. Kami sangat memerlukan mereka. Buka pintu ini cepat!” Salah seorang daripada mereka terjerit-jerit sambil menendang daun pintu rumah Nabi Luth.
“Wahai Luth! Engkau larang kami dari mendekati anak muda, sebaliknya engkau sendiri menyimpan tiga orang pemuda,” jerit satu suara yang lain.
“Ya Allah, selamatkanlah kami,” doa Nabi Luth sambil memandang ke arah para tetamunya.
“Wahai kaumku! Aku ada anak gadis. Aku bersedia mengahwinkan kamu dengan mereka sekiranya kamu mahu. Tinggalkanlah perlakuan buruk kamu selama ini. Dan janganlah kamu ganggu para tetamu kami ini.”
Nabi Luth tidak henti-henti menasihati kaumnya.
“Ah! Usah hendak bersyarah di sini. Kami ke mari bukan untuk mendengar leteranmu. Kami ke sini untuk bersuka ria.” Suara-suara mereka kian tegas dan semakin tidak terkawal.
“Hai Luth! Engkau sememangnya tahu kami tidak perlu kepada wanita. Tapi kami yakin engkau tahu apa yang kami perlukan sekarang.”
“Baik engkau serahkan mereka kepada kami segera. Kalau tidak kami akan pecah-pecahkan pintu ini.”
Nabi Luth tahu kemungkaran apa yang akan terjadi sekiranya tetamunya jatuh ke tangan mereka yang telah tenggelam dalam perlakuan yang melampaui batas itu. Baginda juga sedar, kalau dipertahankan sekalipun, mereka pasti cuba untuk menceroboh masuk. Kini, apa yang mampu dilakukan oleh Nabi Luth hanyalah berdoa kepada Allah SWT. Hanya kepada Allah sahajalah tumpuan terakhir, tempat baginda berserah diri dan bergantung harap.
Namun baginda dapati suatu keanehan; tiada terbayang walau sedikit pun tanda-tanda kebimbangan pada wajah para pemuda itu. Mereka kelihatan begitu tenang dan bersahaja.
“Wahai Luth! Usah khuatir dengan ugutan mereka,” kata salah seorang daripada pemuda itu. Nabi Luth seakan-akan tidak percaya dengan apa yang diucapkan oleh salah seorang tetamunya. Baginda memandang tepat ke arah pemuda yang bersuara itu. Bunyi ketukan pada pintu bertambah kuat dan keras.
“Wahai Nabi Allah! Sebenarnya kami adalah malaikat utusan Tuhanmu. Kami jamin mereka tidak akan dapat mengganggu kamu. Bawalah keluarga dan pengikutmu keluar dari sini di akhir malam ini kecuali isterimu kerana dia termasuk golongan yang derhaka.”
Kini, barulah Nabi Luth sedar bahawa pembalasan dari Allah ke atas sikap keterlaluan kaumnya telah hampir tiba..Tepat ketika seperti yang ditentukan oleh Allah, penglihatan kaum yang derhaka itu ditarik, dan serta-merta segalanya makin kelam, hitam. Setiap mata telah menjadi buta. Akibatnya, keadaan menjadi hingar-bingar dan bercelaru. Masing-masing jadi buntu dan hilang haluan, lantas bertembung antara satu sama lain.
Menjelang Subuh, tatkala Nabi Luth, beberapa keluarga dan pengikutnya sudah berada agak jauh dari sempadan kota Sadum, maka turunlah azab Allah SWT. Allah memerintahkan malaikat memotong kedua-dua belah sempadan bumi warga Sadum itu dengan kedua-dua sayapnya. Kemudian bumi itu dijulang tinggi ke langit dan diterbalikkan bahagian yang atas ke bawah, yang bawah ke atas, lalu dihempas sekuat-kuatnya ke dasar bumi. Hancur berkecailah kota Sadum dan turut terkuburlah sama para pengamal homoseks di perut buminya.
Kemudian kawasan itu dihujani pula oleh batu-batu daripada tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi. Dan di dataran itu jugalah akhirnya terbentuknya sebuah lautan. Lautan yang digelar sebagai `Laut Mati`.
Ia adalah lambang kebesaran kerajaan Tuhan, juga sebagai tanda keadilan-Nya di dunia lagi agar manusia sentiasa mengagungkan dan membesarkan syariat-Nya.
33 responses to “Kaitan Kisah Kaum Luth dan Laut Mati ( Deadsea Jordan )”
ayoh_pem
November 13th, 2008 at 11:59
sedap cito artikel ust bunny…cito arr lagiii…cito arr lagiiii
al faqierah_ilallah
November 17th, 2008 at 23:29
bila baca crite ni,terkenangkan keadaan umat zaman skrang nih…betapa risaunya di hati,klu2 allah nk turunkan azab ke ats mereka…bermakna semuanyer tak terkecuali…semmgnyer skarang pun dah byk berlaku bencana sana sini,tanda kemarahan allah ke atas hamba2 nya,tapi mereka ttp tak sedar…and klu kiter sedar and perasan,ramai tkoh2 ilmuan, alim ulama dah kembali ke rahmatullah..adakah ini tanda nya mereka ingin diselamatkan dari bencana besar yg akan datang….pernah tak kiter terfikit, apakah nasib kiter ni…….?allahumma sallimna….
atikah
May 10th, 2009 at 10:34
subhanallah skali kisah ni..
unkname
May 12th, 2009 at 08:20
saya mahu menanyakan sesuatu kepade kamu…
mengape ALLAH memberikan perasaan atau nafsu kepade golongan homoseks ini supaya mencintai aau menyukai kaum sejenis…mereka tidak pernah meminta untuk mempunyai nafsu sedemikian dan mereka juga mahu mempunyai nafsu seperti yg disyariatkan ke dalam islam.lelaki mencintai wanita dan wanita mencintae lelaki….bagaimana mahu menyukai wanita jika tidak mempunyai nafsu langsung…itu yang menjadi masalah…boleh jelaskan???….saye perlukan penjelasan ini untuk memahami isu ini dengan jelas….
teratak
May 24th, 2009 at 04:14
emmmm allah jadikan manusia lain bngsa lain agama lain etnik lain dan lain… begitu jugalah perasaan yg normal dan paranormal…
dalam agama cuba kita fikir kenapa allah jdkan islam dan kuffar?? dan kenapa allah jadikan syurga dan neraka??? itu pun kalu kita fikir sudah cukup bermakna dan sudah lengkap bg jawapan yg anda tnyakan itu….
so… disini kenapa allah jadikan semua itu adalah utk kita mengubah dirikita dari satu tahap yg tak elok kepada tahap yang lebih baik…. kerana Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, kecuali mereka sendiri mengubahnya….
bg mereka yg mempunyai perasaan sebegitu… sewajibnyalah mereka mengubah diri mereka kepada yg terbaik dan tidak menjuruskan diri kita kearah benda yg dilarang didalam islam…
cuba kita tengok ngara2 eropah sudah berlakunya perkahwinan antara lelaki sesama lelaki dan perepuan sesama perempuan…. wahh itu menakjubkan.. sbb mesia haram sama sekali….. melakukan sesuatu seperti itu…. sehinggakan perkahwinan antara lelaki sejati dan lelaki lembut ( pondan ) yg sememangnya tidak tahu identiti disuruhnya cerai… itu pun sudah cukup…
akwe
June 14th, 2010 at 00:00
betul lah tu jawapan tu… penambahan sikit
semua kejadian telah tertulis sejak Azali lagi.
dan semua kisah2 nabi2 terdahulu adalah pengajaran kepada umat akhir zaman ni.
“Ini adalah sebuah kitab yang kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai pikiran.” (QS. SHAAD:29)
faham2 betul2 ayat suci diatas.
wallahu a’alam
Salmah
November 12th, 2011 at 06:59
secara ringkas, cbe kte fikirkn tentang rambut…secara biologically rambut lelaki dan perempuan akan terus panjang mlainkan dijaga. Seandainya, lelaki itu tidak memotong rambutnya dan biarkan rambutnya panjang, bukankan itu menyerupai perempuan??? Sama juga dalam hal ini, jika seseorang itu sedar yang perlakuannya menyerupai jantina lain, maka orang itu bertanggungjawab atas perubahan dirinya. Utuk apa kami di beri akal oleh Allah? Akal membantu kita untuk membuat pilihan, yang baik atau buruk itu pilihan kita. Adalah salah jika orang itu mengatakan yang dia dilahirkan seperti itu….seolah-olah dia tak ada pilihan dan tak boleh membuat perubahan. Pendekatan kepada agam boleh menyelesaikan masalah ini, adalah tanggungjawab kita semua untuk mencegah budaya negatif ini. Maaf seandainya saya tersilap kata atau kata-kata saya menguris hati sesiapa. Sila betulkan jika saya silap.
ikwan hashim
April 18th, 2012 at 03:31
apala bodo.. kalau kita tak beriman,tak solat ..setan masuk dalam darah kita. mereka (setan ) yg kawal nafsu dan perasaan tu . (jgn salahkan Allah). cuba tengok orang GAY ada yang beriman ke?
dodxs
November 7th, 2009 at 13:07
crite ni gud.
nabila isa
January 12th, 2010 at 21:40
ya allah..
sampai kdak tox azab allah..
bukutebal
June 22nd, 2010 at 17:59
salam.copy cerita ni boleh?
sebelum senja
September 23rd, 2010 at 07:39
sy setuju dgn pandang saudara tentang penjelasan berkenaan kenapa bernafsu songsang..mmg betol bila difikirkn..xp amat sukar utk melupakan nafsu songsang buat golongn yg minat pd golongn sejenis…walau apa pn ttp kena berusaha utk berubah..sy sendiri bernafsu songsang.xp sy amat bersyukur kerana sy sepanjang perjalan hidup ini sy belum pernah terlanjur..Alhamdulillah .namun semakin dewasa..perasaan itu semakin kuat..xp sy masih waras utk mengawal perasaan ini..adakalanya terasa seperti tidak mahu lagi bernafas di bumi ini..perit menahan nafsu yg membuak2..terasa seperti hipokirt..kadang kala terganggu emosi dek memikirkan nafsu songsang.selama ini sy pendamkn saja..hanya Allah yg tahu bertapa lemahnya diri ini..xp selagi berdaya selagi itu jua harus berjuang.adakala tu sy terlalu cemburu pada mereka yg normal…mempunyai kehidupan yg bagus biar diuji dgn pelbagai rintangan.xp mereka tetap normal.bg orang sepreti sy pula..perit ujian ini..adakalanya rasa xtertanggung..jika diluahkn pd teman2 pasti mereka memandang serong..apakn daya jauh2 dipendamkan.berat memikul nafsu singsang ini..Alhamdulillah di lahirkn Islam..sekurang2nya xbuta agama..tahu mana benar mana salah..xp dugaan ini berat…………….
Sepndapat
April 6th, 2012 at 02:08
sye stuju dgn pndapat kamu, hye org yg de prasaan sebigini memahami betapa derita di dalam ati kite ni.. stiap ari kne memaksa dan mengawal sndri agar tdk trlanjur di dlm dosa yg sbgini… hye demi dpt sharian yg bahagia di dlm hidup kte, maka stiap ari mnjd cabaran utk nafsu kte sndri ni…. mrka yg brnormal tdk dpt kte bandingkn sbb dugaan daripadaNYA adalah lain dgn kte yg jenis begini… moga kite dpt slamatkn kite ni juga kpd org lain shingga lah akhirat nanti… ALLAH Yang Maha Esa dan Maha Pengampun….
madstylo1990
October 19th, 2010 at 08:15
sr0n0knye citer nih….boley djdkn teladan………
fynaz@gadiz tomey
January 14th, 2011 at 05:55
emmmmmm best nyew citew kisah nabi lut ni
btul ktew ustaz ku
kisah ni ttng laut mati
Che As
January 27th, 2011 at 05:21
Kisah kaum Nabi Luth as ini adalah gambaran manusia yang bertuhankan syaitan dan dibangangkan oleh nafsu semata. Itulah gunanya AKAL, keistimewaan yg Allah beri kepada umat manusia untuk memerintah setiap gerak laku jasad dan roh supaya memilih jalan yang benar benar diredhai. Selagi kita mengaku Islam Al Quran dan Hadis adalah garis panduan untuk jalani hidup yg diredhai Allah.
Fatin Nur Jeehan
February 23rd, 2011 at 10:05
Terima kasih, saya amat gembira kerana cerita ini telah manambahkan lagi pengetahuan saya tentang kisah kaum luth..Buat mase ini, saya tengah belajar tentang agama2 yang telah menolak agama ALLAH . Dan akibat nye.
Nia
April 9th, 2011 at 11:38
sebab yalah kita umat akhir zaman tok kena pikir risau,kita lihat masih banyak yg suka antara sama jenis. saya sendiri takut kalau2 azab Allah datang kat dunia tok,contoh nya sunami,gunung berapi,saya ada baca hadis tanda2 kiamat orang akan belumba2 mendirikan bangunan tinggi,dan tiada 1org pun yg mengucap kalimah la illaha illallah.
test blast
May 28th, 2011 at 14:20
test blasts
yaya pink gurls
June 9th, 2011 at 11:52
best gila tempat ni….harap korang pergi nnti ye…c you there! 😉
max
June 25th, 2011 at 12:47
seronok baca kisah ni..semoga menjadi iktibar kepada orang2 sekarang. Lebih baik jika ditulis dalam bahasa inggeris, luas lagi bahan bacaan ni tersebar..
khika ahkialuzd (Dzulaikha Dzahar)
October 7th, 2011 at 13:56
haram kah kiter mandi or bersuka ria di situ? adakah haram ?
khika ahkialuzd (Dzulaikha Dzahar)
October 7th, 2011 at 13:58
haram kah kalau kite mandi atau bersuka – ria di (LAUT MATI)?
adakah haram… tlg la reply balik yg sye coment ni..!!!
teratak
April 19th, 2012 at 05:16
jawapannya tidak haram, tapi, pada satu ketika dahulu, rasulullah pernah beberapa kali berjalan menaiki unta melintasi kawasan laut mati tersebut, akan tetapi nabi tidak memandang malah menjeling pon kearah laut mati tersebut.
aien
October 11th, 2011 at 02:40
harap sumer p’baca dpt ambik iktibar n jdkn pengajaran ek ??
lynda ndik
December 24th, 2011 at 16:08
aq suka crita nhe ..klu bole balik2x aq baca
~ harap jdi pengajaran kpd urank zaman skrang ~ amin
Pizahaa
January 5th, 2012 at 06:40
klau ingin jawapan lbih psti… berjmpa lah dgn org2 alim…. bru lah kita tdk akan sesat??
mohamat nasri bin karudin
February 22nd, 2012 at 08:26
sememangnya kaum nabi LUTH itu sangat degil.
regions
April 6th, 2012 at 14:38
mmg best giler ah citer ni..teladannya sepatutnya disebarkan..
dinah
April 12th, 2012 at 13:03
terbaik.
haziq
April 12th, 2012 at 13:05
kejaiban tuhankan
norin
October 10th, 2012 at 12:13
ceti ni masa zama nabi lagi…………aku teringat pada kisah ini setiap kali ustazah kami menceritakan tentang nabi – nabi kita ini………. KAMI SAYANG NABI….
azam
May 22nd, 2013 at 14:31
Setiap manusia akan mendapat ujian sama ada dari alam Rahim mahupun alam dunia. Di sebalik ujian itu tersirat nikmat yang teramat besar yang Allah sembunyikan. Kepada rakan2 yang sedang menerima ujian daripada Allah, bersabar, redah dan terus berusahalah mengubah ujian kepada yang yang lebih baik. Insayallah…sesungguhnya Allah maha Adil. jika tidak menerima balasan di dunia yang pasti di akhirat kerana Allah tidak pernah memungkiri janji…
2 Trackbacks / Pingbacks
זhrөugh hεr εγεs October 1st, 2010 at 08:54
[…] https://teratak.wordpress.com/2008/10/18/kaitan-kisah-kaum-luth-dan-laut-mati-deadsea-jordan/ […]
Ingatkah anda pada kaum Nabi Luth? « Me, Myself & I June 25th, 2011 at 11:22
[…] kaum Nabi Luth boleh dilayari di internet dan saya ada sertakan satu link untuk tatapan kita […]