mak-abahAbah dan mak tersayang….

Abah, masih teringat, abah selalu berpesan kepada Ayeng, supaya belajar rajin2, jangan jadi budak yang nakal, abah selalu paksa Ayeng mengaji, belajar ka sekolah, supaya bila besar nanti Ayeng boleh masuk universiti… tapi Ayeng selalu lawan cakap abah.. selalu ponteng kelas, selalu buat perkara yang bah tak suka, Ayeng pernah lawan cakap abah… hingga abah menitiskan air mata, masa tu Ayeng memang nakal….

Habis jer pengajian Ayeng kat sekolah, abah paksa Ayeng menyambung pembelajaran Ayeng kat Jordan, Ayeng memang tak nak dating ke Jordan, Ayeng lebih suka duduk di Malaysia, Ayeng tak nak tinggalkan kawan-kawan Ayeng, Ayeng suka bekerja kerana Ayeng dapat duit. Tapi Ayeng terpaksa patuhi segala cakap abah, Ayeng taknak abah menitiskan air mata lagi kerna Ayeng … kali pertama dan kali terakhir abah memeluk diriku dengan erat, berlinangan air mata abah dan menitis dibahuku… Ayeng rasa sayu sekali, kenapa abah menitiskan air mata??? Hati ku berbolak balik, mungkinkah abah gembira kerana aku ingin juga mengikut kehendaknya… rupanya… abah sudah tahu… itulah kali terakhir abah menatap wajah anaknya yang degil ini… abah tahu, abah tak dapat lagi memeluk aku, membebelkan kepada diriku yang nakal ini… melihat rauk wajah abah… Ayeng nekad… Ayeng nak ayah gembira, Ayeng nak abah dapat melihat kejayaan Ayeng … tapi… abah pergi lebih awal, Ayeng tak dapat lagi melihat wajah abah…

Ayeng tak dapat lagi mendengar leteran abah… Ayeng rindukan semua itu… setelah 2tahun Ayeng berada di Jordan, abah telah pergi meninggalkan kami semua… kakak cakap… abah selalu menyebut nama Ayeng … bertanyakan khabar Ayeng … tapi pada masa itu dah lama tak menghantar sebarang berita kepada kakak mahupun keluarga, Ayeng begitu sibuk dengan urusan persatuan, Ayeng begitu sibuk dengan urusan pembelajaran sehinggakan Ayeng tidak punyai masa untuk menghubungi keluarga dikampung… tapi Ayeng tidak pernah lupa akan keluarga di kampong terutamanya mak dan abah… abah…. Maafkan anak abah ini kerana sudah lama tak mengutus berita…

Kakak kata, sebelum pemergian abah, abah nampak lain sangat.. abah selalu memencilkan diri, abah menebas semua semak samun dikebun pisang abah… abah cakap nanti kebun ni dah tak der org nak jaga… tak der orang nak menebas lagi semak samun, abah kata kalau anak abah ni ada dikampung, boleh lah menolong abah menebas dan menjaga kebun ni… abah juga mengalihkan sofa diruang tamu… abah kata nak bagi diluas sedikit dari biasa.. rupanya, disitulah abah diletakkan dan disolatkan… kakak kata, abah menceritakan semua tempat-tempat abah menyimpan wang abah yang abah kumpul selama ini, ada dalam bank islam, ada dlm ASB, ada dalam tabung belakang almari pakaian abah, dan abah juga ada menyimpan duit abah dalam bantal peluk abah, bantal yang abah selalu peluk semasa tidur… masa tu kakak kata mereka semua terglak besar kat abah, kakak kata tu pesen lama la abah…. Tapi masa tu abah hanya tersenyum puas bagaikan tiada apa yang berlaku… kakak kata… masa tu amat gembira bersama abah… tapi Ayeng tak ada disitu… Ayeng tak dapat merasai itu semua… abah awal sangat pergi meninggalkan Ayeng … Abah memang tidak adil, abah tak tunggu kepulangan Ayeng …

Abah… tanggal 20 ogos 2008 semasa menebas dikebun, abah pitam dan perut abah sakit, abah kata umah yang abah buat ni dah nak runtuh, rumah besar ini dah nak terbalik… pada petangnya…kakak dan abang memujuk abah utk dibawa kehospital… tapi abah tetap tidak mahu ke hospital, abah kata abah nak mati dirumah yang abah bina ini.. abah tetap berdegil… patutlah diri Ayeng ni degil, rupanya saya mengikut perangai abah,.. tapi kakak dan abang bawa jugak abah ke hospital… kami tak nak abah sakit… kami nak abah hidup lebih lama… kami sayang abah… kat hospital doktor boleh tengok abah… doktor boleh bagi ubat untutk menahan kesakitan abah… tapi kalau kat rumah.. kami hanya mampu memicit keseluruh badan abah yang sakit itu.. kami hanya mampu menyapu ubat kalau abah sakit… kami tak mampu utk melegkan abah yang sakit…tapi selepas beberapa jam abah berada dihospital segala usaha telah diambil… akhirnya abah pergi juga meninggalkan kami semua….

Pada masa tu… Ayeng berada dalam kelas… kakak telefon Ayeng berkali-kali… Ayeng begitu risau, hati Ayeng seolah2 berasa kelu…. Berasa takut sangat… sebab sepanjang Ayeng berada disini.. kakak tidak pernah sekali pun menghubungi Ayeng.. hanya sms sahaja… tapi kali ini seumpama ada sesuatu perkara yang berlaku dikampung… setelah habis sahaja waktu pengajian, Ayeng terus menelefon kakak… Ayeng pelik… kenapa tetiba kakak diamm??? Kenapa kakak menagis??? Ayeng memanggil nama kakak beberapa kali… kakak makin kuat menangis hinggakan tak boleh bercakap dan kakak pensan disitu… abang menyambung perbualan kami… abang cakap… Ayeng jangan terkejut dengan apa yang abang ingin katakana… abang menasihati Ayeng supaya bersabar dan menerima apa jua berita yang akan disampaikan…

Ayeng memang hairan…. Kenapa mereka semua berkelakuan ganjil sebegini??? Dengan tabah… abang memberitahu Ayeng… Abah yang kita sayangi, abah yang kita banggakan, abah yang selalu membebel kepada kami, abah yang amat mementingkan anak2nya Berjaya…. Kini…. Telah pergi meninggalkan kita semua…. Semalam… abah pitam dikebun… kami bawa abah ke hospital… dan tepat jam 10mlm abah telah pergi meninggalkan kita semua… Abang kata… masa abah menghembuskan nafas yang terakhir.. abah ada menyebut nama Ayeng sambil tersenyum… abah berpesan kepada abang… supaya nengokkan Ayeng… dan selalu menasihati Ayeng.. abah takut Ayeng masih nakal seperti dulu… Masa tu… Ayeng terkaku, terduduk dan air mata ini terus mengalir dipipi ini… tapi… Ayeng tidak percaya apa yang abang ceritakan itu… Ayeng tabahkan hati kuatkan semangat utk terus bercakap dengan abang… Ayeng Tanya lagi dengan abang… kenapa bang gurau macam ni??? Abang tak sayang abah ke??? Tapi… abang terus menceritakan lagi… dan mengatakan abang tidak bergurau… dari situ… saya meraung tidak dapat menerima apa yang abang katakan.. hinggakan… kawan-kawan yang berada disekeliling Ayeng terkejut melihat kelakuan aneh ayeng…

Ayeng teruskan perjalanan Ayeng kerumah… dunia ayeng begitu gelap… hati Ayeng kosong.. bagaikan tiada cahaya lansung berkelipan… Ayeng rela… Ayeng ingin mengikut jejak langkah abah… Ayeng tak nak hidup lagi… Ayeng banyak berdosa dengan abah… Ayeng banyak lakukan kesalah dengan abah.. andaikata pada masa itu.. terjadi apa-apa kat Ayeng… Ayeng rela…. Alhamdulillah… Ayeng sampai jugak kerumah… Ayeng terus kebilik dan berkurung tanpa memikirkan apa-apa…. Kawan serumah menjadi pelik… kenapa Ayeng yang selalu gembira bagaikan tiada masalah… hari ini lesu… dan tidak bermaya… Ayeng menceritakan apa yang telah terjadi kepada diri Ayeng… sambil bercerita.. Ayeng tidak dapat mengawal air mata Ayeng mengalir dan terus mengalir… kawan-kawan Ayeng amat perihatin kepada Ayeng… diorang menasihati Ayeng supaya tidak meratapi orang sudah pergi meninggalkan kita… kerana tidak elok untuk simati… saya tetap menangis… saya tidak boleh menahan air mata ini dari terus mengalir… Ayeng menangis kerana kesalahan Ayeng buat kepada abah….

Setelah hari demi hari berlalu… selepas setiap kali solat Ayeng akan berdoa kepada Allah supaya menempatkan Abah dikalangan orang-orang yang beriman… tiap kali itu lah.. air mata Ayeng mengalir mengenangkan kesalahan Ayeng terhadap abah… Abah…. Kakak pernah cakap.. semasa pemergian abah… wajah abah begitu tenang… dan ber seri-seri… abah tersenyum bagaikan abah puas dengan hidup abah… bila Ayeng mendengar kata-kata itu.. sungguh terubat hati ayeng yang merindukan abah… bagaikan air sungai yang mengalir dengan tenang sekali…

Abah… warkah ini utk abah… Ayeng menulis warkah ini semasa Ayeng berada didalam kelas… Ayeng rindukan abah… Ayeng tidak dapat menumpukan pembelajaran ayeng jika Ayeng merindui abah… lalu warkah inilah yang dapat menenangkan Ayeng… airmata Ayeng menitis disetiap helaian kertas… nasib baik.. Ayeng dapat mengawalnya dari doktor nampak Ayeng menitiskan air mata… Abah… masa belajar ni hnya tinggal 15minit sahaja lagi.. izinkan Ayeng untuk menumpu sedikit pelajaran Ayeng… abah… Ayeng akan menulis lagi… dimasa akan dating…

Abah akhir kata dari Ayeng… Ayeng searang dah berubah.. anak abah dah tak perlukn leteran dari sesaper pun lagi sekarang… Abah akan lega dan tenang melihat kelakuan Ayeng sekarang… anak abah sudah berubah….

anak abah...Anak abah yang sudah berubah….

Nukilan…

Ayeng…anak abah yang sudah tidak nakal…