Archive for December, 2008

Kejohanan Futsal Piala Presiden PERMATA ( Tamat )…:(

ahhh.. penat lagi memenatkan…. sudah ku sangka futsal kali ini akan berakhir dengan ada kemenangan dan adanya kejayaan bagi mereka yang berjaya dan bagi mereka yang tidak berjaya, teruskan usaha mungkin tahun depan piala itu untuk anda… cewah….

Tidak untuk menaip semalam, malam ini dapat luangkan masa… letih, penat, nak demam, sakit hadiah yg disediakandsc04063urat, pening kepala semua ada… tambah pula sakit tengkok nih suara dah jadi saleem dah sebab banyak sangat bersorak… apapun, Piala kejuaraan kali ini tidak berpihak kepada kami…

Ya, sepertimana yang saya telah ceritakan lepas sebanyak 8 pasukan akan bertanding,ย  tetapi penyertaan akhir hanya 7 pasukan sahaja antaranya:

1. SBB ( senior ) kumpulan kami ( mu’tah ).

2. SBB ( junior ) ( mu’tah ).

3. Mu’tah Soccer ( mu’tah ).

4. KIDAR ( mu’tah ).

5. Kopi Jantan ( irbid ).

6. Paidadik (Mafraq).

7. Singa Borneo.

dsc04035Inilah antara pasukan-pasukan yang bertanding didalam kejohanan Futsal kali ini… ada yang menang dan ada yang kalah, kali ini kekalahan milik kami dan kumpulan jemputan menjadi juara… fuhhh sedey2… tapi apa kan daya nasib tidak menyebelahi kami, mungkin ada hikmah akan kekalahan kali ini dan sebagai peringatan untuk kami kuatkan semangat dan berusaha lagi unatuk berjaya di lain kejohanan….

Tempat ketiga kini milik kami, tempat kedua dari pasukan irbid dan tempat pertama selaku johan berpihak kepada pasukan Mafraq.

Berkaitan sikap pemain SBB (s), biasalah…. ada yangย  nak bergaduh, ada yang sakit, ada yang macam-macam gaya dan kerenah lagi. wahhhh… tahniah kepada Fatin… kerana banyak menjaringkan gol dan telah memenangi kasut mas… cewah kasut mas gituh…. apapun tahniah kepada Fatin. Sorang lagi kawan kita, fudhail telah bolos sebanyak 2 gol dihari pertama dan 3 gol dihari kedua ditambah 3 gol dalam panalti dalam penentu tempat ketiga… ( tahniah saya ucapkan ).. hehehe ๐Ÿ˜›

Antara gambar-gambar yang diambil dalam kejohanan Futsal kali ini :

dsc040751Inilah pasukan kami SBB ( senior )

dsc039891

Wakil Pasukan Mu’tah ( SBB (s), SBB (j) dan KIDAR.

dsc03927Beginilah keadaan didalam sekitar dewan….

Banyak lagi gambar2 yang diambil dalam kejohanan ini, tapi disebabkan intenet nih slow, so tak leh la nak upload banyak-banyak pic… beginilah gaya, beginilah cerita kisah FUTSAL Piala presiden PERMATA kali ini…

Advertisements

Futsal Piala Presiden PERMATA 2008

piala_malaysiaYeah… seperti mana yang kita warga mu’tah tahu, pada 26 dan 27 haribulan akan diadakan perlawanan futsal peringkat piala presiden PERMATA yang dianjur di bawah BKDS yang diketuai oleh sahabat kita Hayye ( ayie ) dan Futsal kali ini diketuai oleh sahabat kita Fakhruddin ( kudin )… perlawanan kali ini akan diadakan di Solah Askari ( kalau tak silap ), iaitu di Jamiah Mu’tah, Jordan.

Futsal kali ini dijangka seramai 80 orang peserta yang akan turun padang untuk menyertai pertandingan ini, futsal6iaitu sebanyak 8 pasukan yang mendaftarkan diri sebagai peserta.. Oleh kerana Futsal kali ini atas nama Piala Presiden PERMATA, sebanyak 6 pasukan dari mantiqah Mu’tah akan turun padang dan 1 pasukan dari mantiqah Irbid dan satu mantiqah dari Mafraq.

Setakat ini dulu saya memuqaddimahkan kisah Futsal kali ini, dan segala keputusan akan diketahui selepas perlawanan ini nanti.. Doakan pasukan kami akan berjaya merebut piala Presiden ini nanti…piala

” Berusaha Berjaya “

Perjalanan yang makin jauh…

Jodoh vs Ajal…

Jodoh??? Ajal???? ……… ( panjang ceritanya…. )

Jodoh mungkin dapat dikaitkan dengan pertemuan… didalam bahasa arab tidak mendapati sebarang perkataan khusus perkahwinanuntuk didefinisikan sebagai jodoh ( ma’anil kalimah ) … mungkin asalnya perkataan jodoh ini hanya dikalangan orang melayu sahaja… sepertimana jodoh dan pertemuan itu ditangan Allah Rabbul Jalil… dan disini dikaitkan bahawa kita hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakkal, segala ketentuan itu ditangan Allah…

Berpada-pada (qana’ah ) mestilah ada pada setiap orang muslimdalam setiap perlakuan dan perbuatan, bukan menyalahkan tadkir semata jika berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini. Jodoh begitu hebat dan penting untuk diketahui dan dihayati, malah sering kali menjadi satu topik perbualan dan perbincangan dalam perbualan.

Wujudnya manusia dimuka bumi ini, akan adanya perkahwinan dan penceraian, iaitu suatu perkara yang halal malah dibenci oleh Allah S.W.T. Melaluiakal kecerdasan pemikiran manusia yang waras, manusia boleh memilih pasangannya yang dikehendaki, sepertimana hadis rasul yang menyentuh peri pentingnya memilih pasangan hidup :

ุญุฏูŠุซ ุชู†ูƒุญ ุงู„ู…ุฑุฃุฉ ู„ุฃุฑุจุน

ุนูŽู†ู ุฃูŽุจูŠ ู‡ูุฑูŠุฑุฉ ุฑุถูŠูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุชูŽุนูŽุงู„ูŽู‰ ุนูŽู†ู’ู‡ู ุนูŽู†ู ุงู„ู†ุจูŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ู… ู‚ุงู„: ” ุชูู†ู’ูƒุญู ุงู„ู’ู…ูŽุฑู’ุฃูŽุฉู ู„ุฃุฑู’ุจูŽุนู: ู„ู…ุงู„ู‡ุง ูˆู„ูุญูŽุณูŽุจู‡ุง ูˆู„ูุฌูŽู…ูŽุงู„ู‡ุง ูˆูŽู„ุฏูŠู†ู‡ุง: ููŽุงุธู’ููŽุฑู’ ุจุฐุงุชู ุงู„ุฏู‘ููŠู†ู ุชูŽุฑุจูŽุชู’ ูŠูŽุฏูŽุงูƒูŽ ” ู…ูุชู‘ููŽู‚ูŒ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู

Maksudnya : Dari Abu Hurairah r.a. katanya : Nabi s.a.w. bersabda : Kahwini wanita kerana empat perkara : kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka utamakan isteri yang beragama pasti tidak akan rugi.

hantarannn gmbr pinjam jer ni hihihiKahwinilah wanita dengan sebab 4 perkara :

1. harta ( maal )

2. Keturunan ( nasab )

3. Kecantikan ( jimalaha )

4. Agama (din )

Tapi disini Rasul telah menekankan diatas perkataan ููŽุงุธู’ููŽุฑู’ pada hadis tersebut, kamu hendaklah memilih yang beragama ini, maka kamu akan beruntung dan tidak rugi… carilah kriteria yang disebutkan didalam hadis ini, tidak kira dimana sahaja kerana ini lah menunjukkan ikhtiar akan sesuatu hajat dan perkara. terserah danย  mesti berusaha berikhtiar untuk mendapatkannya…

Kekadang kita tidak seharusnya melihat kepada kecantikannya sahaja, rasul berkata :

ูุฅุฐุง ุนูŽุฒู…ุช ูุชูˆูƒู„ ุนู„ู‰ ุงู„ู„ู‡

” Jika kamu berazam akan sesuatu, maka bertwakkallah kepada Allah”

Janganlah kita suka menyalahkan takdir kerana kebiasaan adat dan tradisi orang melayu, mudah menyalahkan takdir, sedangkan mereka sudah tahu jodoh dan maut itu adalah ditangan Allah.

Jodoh mesti dicari… berlainan pula dengan maut yang mesti dijauhi dengan maksud tidak mendekatkan diri kita denganpanjat sesuatu perkara yang berkemungkinan membawa maut cth : mencipta rekod dunia dengan terjun dari bangunan yang tinggi atau sebagainya…

Sesungguhnya lelaki dan perempuan lain ketetapan yang Allah tentukan, Jodoh bagi kaum hawa telah ditentukan Allah sejak lahirnya seseorang perempuan itu, tapi bagi kaum adam, Allah mungkin ebih tua sedikit, kerana mereka perlu berusaha dan berikhtiar untuk mendapatkan jodohnya. Bertemunya mana-mana lelaki dan perempuan, itu ada suatu ketentuan. Jodoh bukan erti kata bila lelaki suka akan perempuan dan perempuan suka akan lelaki, bukan berkaitnya minat seseorang terhadap pihak yang lain… Tapi, harus diingat, bila mana ijab di kabulkan, bila mana masjid didirikan, upacara akad diadakan, itulah baru dinamakan jodoh bilamana seorang lelaki dan perempuan ada ikatan yang sah disisi islam bukan sahaja bila bertunangnya seseorang maka itulah jodoh….

kematianBila mana putus, atau cerai berlaku…tidak seharusnya kita turut menyalahkan takdir kerana perlu kuburdifikirkan apa penyebab berlakunya sesuatu perceraian, jika bukan berpunca dari kita sendiri, jadi tepuklah dada tanyalah diri kita… Akhir kalam. Sesungguhnya jodoh dan pertemuan perlu dicari bukan hanya menunggu bulan jatuh keriba dan ia juga bukan untuk dihindari….

Pasrah terhadapMu…

sekadar gambar hiasanini adalah sekadar gambar hiasan….

AllahuAkbar…..

Ku kini pasrah kepada Mu yg esa tentang apa yang telah terjadi terhadap kuargaku… silih berganti kesedihan, kegembiraan berlaku terhadap kuargaku saban hari… ku nukilkan secebis kata ini untuk meluahkan apa yg terbuku dihati… mudahan dengan apa yg ditulis dapat dibaca dan dihayati oleh semua orang dan dijadikan pedoman….

Kisah ini benar2 berlaku, watak dan jalan cerita adalah benar, cuma nama telah diubah suai…

Dulu… hidup kami memang susah bab kata pepatah kais pagi makan pagi kais petang makan petang, begitulah dilema yang dihadapi oleh kuargaku… akan tetapi kecekalan abah utk mencari rezeki… memenuhi nakah keluarga tidak diabaikan oleh abanh yg mempunyai tanggung jawab yg besar utk dipikul….

Abah terpaksa membanting tulang demi membesarkan anak2 abah yg saban tahun seorang demi seorg bertambah… mak pula selalu sakit2 badan dan uzur… sehinggakan mak tidak terlarat utk menjaga abg keempat dan terpaksa di beri penjagaannya kepada mak dan bapa saudara…. pada masa itu abah terpaksa ke terengganu mencari kerja. antara kerja2 yg abah buat… abh masuk tinju, abah masuk bermacam pertandingan, wau, badminton dan sebagainya untuk dapatkan sedikit duit…ย  kisah ini biar lah berlalu…. pasrah terhadap kehendak ilahi….

Dikisahkan didalam penulisan kali ini adalah pengorbanan seorang kakak…. dulu kakak yang dikenali dengan nama Sue ( kak Sue ) adalah seorang yg begitu rajin dan mempunyai cita2 yang tinggi sehinggakan mak dan abah boleh membanggakan prestasi pembelajarannya… Kak Sue memang seorang yang rajin dalam segenap hal… didapur, menolong mak, dalam pelajaran dlm soal agama….

Kak Sue memang tidak pernah menyakiti hati mak dan abah, malah Kak Sue seorang yang amat taati kedua org tua dan hormat akan adik beradik yang lain, masuklah ditingkatan empat, Kak Sue memang seorg yg tidak pernah mengabaikan kebajikan pembelajarannya malah sanggup berusaha keras demi kejayaannya sehinggakan Kak Sue sanggup berjaga sehingga 2-3am utk study kerana pada tingkatan empat sekolah agama punyai peperiksaan besar iaitu SMU ( Sijil Menengah Agama )… sehinggakan suatu hari, ada seorang lelaki masuk melamar Kak Sue yang masih menuntut itu, abah tidak melarang cuma bila ditanyakan Kak Sue, dia tidak bersetuju akan perkahwinannya… kerana perjuangan utk menimba ilmu dan matlamat untuk berjaya masih belum tercapai… maka abah terpaksa menolak lamaran tersebut…

Bermulalah tragedi, selepas beberapa bulan Kak Sue selepas Kak Sue dilamar… Kak Sue terdengar mcm2 bunyi, orang berjalan diluar rumah, org bercakap, dan bermacam-mcm bunyi ketika Kak Sue study diwaktu mlm, bila dijenguk diluar malah tak ada seorangpun diluar yg sedang bersembang dan berjalan….

Begitulah seterusnya sehinggakan Kak Sue tidak dapat menahan karenah bunyi2 tersebut, kerana dia seorang sahaja yang mendengarnya…. saban hari berbagai bomoh, ustaz dan dukun dicuba malah ratusan duit dihabiskan utk ubat Kak Sue… sehinggalah abah meninggal Kak Sue tetap dalam keadaan yg sama dan makin teruk pada hari peninggalan abah…

Saban tahun silih berganti, begitulah keadaan Kak Sue…. setahun sihat… setahun sakit…. berusalang silih berganti… yang menghairankan kami adik beradik…. kenapa bila mana Kak Sue sembuh ada sahaja pemuda dtg utk melamar, dan dlm masa yg samalah org itu terus ditolak dan tidak diterima… dan Kak Sue terus jadi tak tentu hala…. dan kini Kak Sue dah alami kisah pahit hidupnya selama berbelas tahun.. cita2 matlamatnya utk membantu keluarga hancur….

Kami pun hairan…. kenapa Kak Sue selalu memanggil nama seorang lelaki yg bernama Omar Azian??? adakah beliau wujud??? kami dah mencarinya dimerata tempat malah tiada siapa pun pernah kenal dengan nama itu… tapi kini nama itu telah tidak wujud lagi dipikiran Kak Sue mungkin sudah 3-5 tahun Kak Sue nama itu tidak kedengaran dari mulut Kak Sue….

Mak selalu menangis dengan apa yang dihadapi oleh Kak Sue… kerana dulu… Kak Sue adalah harapan bg mak… dulu perangai Kak Sue menunjukkan ciri2 wanita yang soleh, tidak pernah dibuka auratnya, tidak pernah berhujah benda yang kotor, tidak pernah suka mengambil kesempatan dan bicarakan tentang orang lain…. Bila masuknya waktu solat dan kedengaran azan… Kak Sue mesti dah ada disejadah utk baca quran dan menunggu untuk menunaikan solat… pada malamnya pula… Kak Sue tidak pernah ketinggalan utk membca walaupun sepotong ayat dari surah2 al-quran… inilah Kak Sue anak mak dan abah yg menjadi harapan…

Tapi kini semua itu sudah tiada… semua itu terkubur dek zaman yang berlalu… Kak Sue dah berubah dek penyakitnya yg dikenakan orang itu… sebelum ni… Kak Sue dah pun sembuh selama 2-3 tahun… mak amat gembira dengan perubahan Kak Sue… mak selalu berdoa dan berharap… Kak Sue kekal sebegini, Kak Sue boleh jaga mak yang dah uzur… walaupun cita2 Kak Sue tidak tercapai… mak pasrah terhadap ilahi… mungkinkah ini ujian untuk mereka yang mendekatinya… Kerana mungkin Allah mahu lihat sejauh mana kecekalan kita untuk hadapi semua ini… dan tidak menyalahkan takdir yang telah ditentukan… Allah nak tengok sejauh mana penerimaan kita terhadap takdirNya…

Kak Sue tak pernah merungut, Kak Sue pasrah akan apa yang berlaku terhadap dirinya… Tapi….saya terlalu terfikir…

1. Kenapa dugaan nih berlaku kepada Kak Sue???

2. Apa salah Kak Sue???

3. Kak Sue ada derhaka kepada mak dan abah ke???

4. Kenapa Kak Sue yang begitu baik, perlu hadapi semua ini???

5. Kenapa sampai sekarang pun Kak Sue masih belum ditemukan jodoh???

6. Burok sangat ke Kak Sue sehinggakan tiada sorg pun datang melamar Kak Sue???

7. Burok ke perangai Kak Sue sebelum ni???

8. Adakah sejarah Kak Sue sebelum ni, adalah sejarah hitam utk seorang lelaki memperisterikan Kak Sue???

9. Bilakah jodoh Kak Sue akan hadir???

Inilah persoalan yang selalu bermain difikiranku… selama ini… dan pikiran ini akan selalu bermain difikiranku… sehinggalah datangnya seorang zauj untuk Kak Sue.. bukan untuk dijaga tapi untuk menjaga…. inilah pengubat bagi hatiku… akan ku usahakan untukmu Kak Sue… Demi kebaikan dan kebahagiaanmu…

Sari Suntuk ( Raya2 )

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah dan inayahnya kali ini majlis Sambutan AidilAdha kali ini dapat berjalan dengan lancar.. walaupun penyertaan untuk kerjasama BKAPJ sudah last2 minit…

apa pun terima kasih diucapkan kepada BKAPJ kerana kesudian utk bekerjasama dalam menjayakan majlis raya buat kali ini…

wahh.. disebabkan majlis rayaย  kali ni berkaitan dengan anak2 kelantan jd terpaksa lah saya berhujjah dalam bahasa kelantan dan tak der laaa skema sangat hihihi….

aduhhh la weh, hari nih meme letih sungguh baktu tajuk pong wat sari sutok… kok mano pong kawe raso puah la jugok wat kijo nih… best kato ore puteh… ho la sebak wat kijo last minit pong leh siak jugok… Hureyyy!!!

Duo hari sero tido dop cukok, male rayo ambo masok utok make pagi rayo… walaupong ambo sediri pong dop make, tapi puah la sebak tengok ore makey kenye lakow puah sero…. tapi hok dop make tuh.. biar lah… nok wat guano doh ore dop sey make kito dop sey pakso:(….

Male pong tdo dop cukop goks sebak nok keno wat slide untok pogreng rinih… adusss pagi2 buto agih keno bgun nok keno siak kijo… lah2 siak goksss hihih seronoksssss sero…ย  pogreng nih wat kat Solah Afrah di Mazar… wow!!! tepat tuh mme best la jugoks… sesuai la kalu nok wat pogreng siak ado petah agih….

emmmm…. kisoh nya rini letih wehhh dok g mari2… g mari….. po nga ore nego plok sero… bena nyo nok jale tuh pong malah goks capor segey… sbab ustaz2 vip2 hok mari tuh duk tg jah bakpo la dok gelewak sangat bebudok nih dok leh dok setepakย  ko??? hihihi sebak tuh sero segey nok g mari… tapi sebak key ambo nih pegey biro pogreng n protoko ambo keno lah g mari kejap g belakey kejap g depey malu kok re sero…. ho laaaa klu dok jale plok dok metar ore panggel keno ah g jugok….

hihihihin ngabey sunggoh aku rinih…. emmmm… biaso lah letih sgt otok jd beku sikik nih sebak sejuk…. hihihi cito bak sejok nih tadih suko gok tgk bebudok dari mantiqoh lain mace mafraq dan irbid hihihi suko jah dio main asap tubik kok mulot huhuhu…. ho laa nok wat guano sinih meme sejuk bedo’oh dok supo tepak lain….

emmm sumak weh loks sero… hihihi… male nih nok tido pah pagi esokkkk baru jolo.. ore kato qodo hok lepah… hihihi….

ESok Raya!!!

salam aidiladha

Alhamdulillah… esok dah pun nak raya…. sehari demi sehari… masa berlalu begitu cepat sekali… dan kini tiba hari raya…

Dikesempatan ni… saya nak ucapkan ribuan kemaafan dan maaf zahir batin kepada semua yang mengenali dan yang beragama ISLAM khususnya…

Sesungguhnya pengorbanan memerlukan keikhlasan….