Masturbasi

Pastinya yang kamu membaca entry ini tahu apakah ia masturbasi,onani atau istimna’.Kerana itu tak perlu saya mendefinasikannya.Kerana terlalu ramai yg tahu apakah ini masturbasi…maka ramai yg selalu dan mahu pada ‘kegiatan’ ini.Kajian terbaru,95% lelaki dan 87% perempuan pernah dan selalu bermasturbasi.Ohho…. Masturbasi ini sudah menjadi hobi dan gejala yang nampaknya semakin menular di kalangan manusia.

Apa PERLU?

“tak buleh tahan.kalu tak buat ni…. rs air naik kepala”

“sampai tak buleh tido…”

“mula la aku terpaksa ronda-ronda kampung hilangkan gian…”

Terlalu banyak alasan.Alasan..alasan dan alasan lagi kerana diri sudah mahu.Apa yang nak dibicarakan bukanlah mengenai hukum kerana saya,kamu dan mereka tahu.Dan jika tak tahu….sila rujuk pada yang lebih tahu.Tapi…kenapa masih berlaku?

Adakah mungkin faktor…

“…berumur 24 tahun, saya sering beronani sebelum ini sehinggakan dalam satu hari pernah saya buat perkara keji ini sampai 3 kali oleh sebab terasa ghairah melihat perempuan yang seksi.

“….Saya tidak dapat menahan lalu saya melihat gambar porno untuk memuaskan nafsu saya dengan cara beronani….”

Sahabat,

Memang tak dinafikan bahawa suasana masa kini memang banyak menyumbang kepada masalah ini.Faktor luaran ini memang banyak…yang mana factor-faktor ini memang menyebabkan penghasilan mani dan sampai masa ia perlu dikeluarkan.Tapi…tak perlu bersusah payah kerana Allah telah mengaturkan bahawa ia akn dikeluarkan melalui ‘mimpi’.Maka sepatutnya tidak ada lagi alasan perit…air naik ke kepala dan sebagainya.Yang menjadi masalah bila kamu yang tidak menghalang diri dari mendapat stimulasi proses ini.Bagaimana nak menghindar diri??aih…Lu pikir la sendiri!

Nampaknya factor UTAMA yg menyumbang ke arah gejala ini adalah diri kita sendiri.Mata yang tidak di jaga.Hati yang tidak dipelihara.Fikiran yang tidak dibataskan.Pergaulan yang bebas yang penuh dengan percampuran.Dan dengan itu….kehendak mula memuncak.Nafsu meminta untuk dipenuhi.Sedang amalan dan hukum agama tak dipatuhi sebaiknya.Akhirnya…kita memberi alasan utk melakukan.isk2….tewas lagi.


Kesan buruk masturbasi

1-lemah badan

2-sakit bahagian bawah badan

3-keguguran rambut

4-lemah ereksi

5-prematang ejakulasi

6-sakit di bahagian genital

7-stress

8-lemah ingatan

Tak percaya???….mesti kena percaya.

ikirkanlah apa yang terbaik

Bagaimana ini boleh berlaku?

Masturbasi mengaktifkan sistem simpathetik dan meningkatkan penghasilan hormone dopamine-norepinefrine-serotonine.Kerana itu ada yang beranggapan masturbasi bukan setakat dapat memuaskan kehendak,tapi dapat memberi perasaan yang seronok atau ‘release’.Tapi jangan tertipu sahabat.Itu proses awal masturbasi kerana selalunya ‘mastubation amator’ akn jd ‘masturbation addictor”.…dan kesannya…Bila dilakukan dengan berlebihan(ulangkali)maka dengan drastiknya kimia dalam badan lebih-lebih lagi acetylcholine,dopamine,serotonin akn berubah.

Siapakah gerangan si ‘Acetylcholine’?

Bahan yg bertindak pd bahagian saraf badan. Fungsi:

1)berfungsi untuk proses ingatan

2)aktiviti saraf parasimpathetik(saraf vegetatif).

Dan apabila terlalu kerap bermasturbasi…maka acetylcholine mula KELIRU WAKTU BEKERJA DAN APA YANG PERLU IA KERJAKAN…Terganggulah sistem badan.si pengamal masturbasi akn mengalami yang dikenali sebagai “SEXUAL EXHAUSTION” iaitu mati pucuk(youth impotence),pengaliran mani tanpa kawalan(semen leakage) dan kesan lain seperti stress,kurang daya ingatan dan lemah badan.TERBUKTI!!!Jika nda pengamal masturbasi,maka anda terdedah kepada risiko ini.

Ingin BERUBAH??

Sahabat….WAJIB untuk berubah.Perubahan mungkin makan masa dan perlu pulun berbagai usaha.Antaranya:

Jaga pemakanan

~makan jenis soya

~kurangkan makanan yg mengandungi banyak kafein

~banyakkan makanan bijirin

~perbanyakkan makan sayuran

~kurangkan makan jenis dagingan dan produk susu

~membanyakkan minum juice dan air

dan yang terpaling penting….Motivasi IMAN.Mujahadah!!!

Sahabat,hanya dengan iman kamu mampu menjaga hati.Dan bagaimana utk utk menjaga iman?tak lain tak bukan dengan…

~amal

~ilmu

~kawal mata

~halangi diri dari berdiri di hadapan pintu kemaksiatan

Bukan sekadar azam dan niat utk berubah.Perlu iltizam dengan usaha.Ada yang berpendapat,sibukkan diri dengan kerja dan amal nescaya akn terawat keinginan ini.Tapi kena ingat…MENYIBUKKAN DIRI tak sama dengan BUAT-BUAT SIBUK.Kerana buat-buat sibuk,maka masih ramai yang tidak berjaya utk menghentikan tabiat ini.

Menyibukkan Diri vs BUAT-BUAT SIBUK

Menyibukkan diri adalah diri yang sentiasa disibukkan dengan kerja dan aktiviti dan tanggungjawab.Sebagai contoh.Kehidupan sebagai seorg pelajar:~

Tidur malam – 7 jam

Ke kelas – 8 jam

Solat fardhu(jemaah) – 1jam

Ibadah sunat – 3 jam

Kendiri – 1 jam

Bersukan – 2 jam

Usrah,halaqah – 2 jam

TOTAL = 24 jam

Ops…cukup-cukup nampaknya masa yang Allah bagi untuk dimanfaatkan.Tapi masih banyak kerja yang belum diselesaikan seperti fikirkan masalah umat akhir zaman,bagaimana nak menjana minda agar sentiasa cerdas..dan macam-macam lagi.Tapi kamu masih boring?masih mengatakan yang diri tak boleh nak disibukkan?masih banyak waktu terluang hingga perlukan ‘hobi’ ini?Ketahuilah,dengan menyedari peranan saya,kamu dan mereka sebagai hamba Allah..maka kita akn sentiasa sibuk.Dengan menyedari peranan saya,kamu dan mereka sebagai pelajar maka kita akan sentiasa perlu berfikir.Dengan menyedari peranan saya,kamu dan mereka sebagai manusia yang bermanfaat maka kita akan sentiasa perlu untuk berkhidmat.dan jika KITA masih ada masa untuk melakukan ‘hobi’ ini lagi…sesungguhnya kita mungkin lupa yang kita hambaNya,pelajar dan manusia yang sepatutnya bermanfaat pada yang lain.Sahabat,untuk berperanan dengan segala peranan ini tidak boleh DIBUAT-BUAT!

Jika kamu mengatakan kamu bukanlah pengamal masturbasi yang tegar dan merasakan tak salah kamu mengamalkan ‘hobi’ ini…maka ketahuilah yang kamu TETAP SALAH. Islam tidak mengharuskan sesuatu perkara yang banyak mudharat berbanding kebaikannya yang sedikit.Seperti arak….arak yang di ambil dgn kadar yg sedikit boleh meningkatkan kadar metabolism dan pengaliran darah termasuk kerja jantung. Ia nampak berfaedah…tetapi Islam tetap melarang kerana nampak baik hanya pada pengaliran darah dan jatung tetapi hati…buah pinggang terpaksa bekerja lebih utk membuang sisa-sisa ini.Kerana ia tidak diperlukan badan!!!

Sama dengan ‘hobi’ ini…

Mungkin ada kebaikan tapi lebih banyak keburukan.Ingat….yang dibicakan bukan masalah hukum tapi bagaimana untuk kita menghadapi isu ini dengan mata hati.

Jika kamu baru berniat untuk mencuba …. sila jauhi.Kerana ‘Prevention is better then cure’.

Jika kamu kadang-kadang melakukan ini…sila berusaha menjadikannya sekali dan terus bertaubat untuk tidak mengulangi.

Jika kamu terlalu kerap dan ‘addict’ pada perkara ini….maka jangan pandang belakang.Terus berusaha untuk meninggalkannya.Ingat…kamu yang memulakan langkah…maka kamu yang KENA memberhentikannya!Allah sentiasa memberi ampun.Maka…teruskan memohon dan berusaha untuk menjadi yang lebih baik.

Dan…jika kamu seorang yang pelik dengan orang lain yang bermasalah dengan masalah ini,maka kamu tergolong dalam golongan yang terpelihara.Syukur pada Allah kerana telah memelihara dan mohonlah agar sentiasa terpelihara kerana bila-bila masa kamu akan diuji dan ujian NAFSU terlalu berat bagi mereka yang tak berusaha menghadapinya dengan perisai iman.

Allahua’lam.

Moga saya,kamu dan mereka mendapat manfaat.