sekadar gambar hiasanini adalah sekadar gambar hiasan….

AllahuAkbar…..

Ku kini pasrah kepada Mu yg esa tentang apa yang telah terjadi terhadap kuargaku… silih berganti kesedihan, kegembiraan berlaku terhadap kuargaku saban hari… ku nukilkan secebis kata ini untuk meluahkan apa yg terbuku dihati… mudahan dengan apa yg ditulis dapat dibaca dan dihayati oleh semua orang dan dijadikan pedoman….

Kisah ini benar2 berlaku, watak dan jalan cerita adalah benar, cuma nama telah diubah suai…

Dulu… hidup kami memang susah bab kata pepatah kais pagi makan pagi kais petang makan petang, begitulah dilema yang dihadapi oleh kuargaku… akan tetapi kecekalan abah utk mencari rezeki… memenuhi nakah keluarga tidak diabaikan oleh abanh yg mempunyai tanggung jawab yg besar utk dipikul….

Abah terpaksa membanting tulang demi membesarkan anak2 abah yg saban tahun seorang demi seorg bertambah… mak pula selalu sakit2 badan dan uzur… sehinggakan mak tidak terlarat utk menjaga abg keempat dan terpaksa di beri penjagaannya kepada mak dan bapa saudara…. pada masa itu abah terpaksa ke terengganu mencari kerja. antara kerja2 yg abah buat… abh masuk tinju, abah masuk bermacam pertandingan, wau, badminton dan sebagainya untuk dapatkan sedikit duit…  kisah ini biar lah berlalu…. pasrah terhadap kehendak ilahi….

Dikisahkan didalam penulisan kali ini adalah pengorbanan seorang kakak…. dulu kakak yang dikenali dengan nama Sue ( kak Sue ) adalah seorang yg begitu rajin dan mempunyai cita2 yang tinggi sehinggakan mak dan abah boleh membanggakan prestasi pembelajarannya… Kak Sue memang seorang yang rajin dalam segenap hal… didapur, menolong mak, dalam pelajaran dlm soal agama….

Kak Sue memang tidak pernah menyakiti hati mak dan abah, malah Kak Sue seorang yang amat taati kedua org tua dan hormat akan adik beradik yang lain, masuklah ditingkatan empat, Kak Sue memang seorg yg tidak pernah mengabaikan kebajikan pembelajarannya malah sanggup berusaha keras demi kejayaannya sehinggakan Kak Sue sanggup berjaga sehingga 2-3am utk study kerana pada tingkatan empat sekolah agama punyai peperiksaan besar iaitu SMU ( Sijil Menengah Agama )… sehinggakan suatu hari, ada seorang lelaki masuk melamar Kak Sue yang masih menuntut itu, abah tidak melarang cuma bila ditanyakan Kak Sue, dia tidak bersetuju akan perkahwinannya… kerana perjuangan utk menimba ilmu dan matlamat untuk berjaya masih belum tercapai… maka abah terpaksa menolak lamaran tersebut…

Bermulalah tragedi, selepas beberapa bulan Kak Sue selepas Kak Sue dilamar… Kak Sue terdengar mcm2 bunyi, orang berjalan diluar rumah, org bercakap, dan bermacam-mcm bunyi ketika Kak Sue study diwaktu mlm, bila dijenguk diluar malah tak ada seorangpun diluar yg sedang bersembang dan berjalan….

Begitulah seterusnya sehinggakan Kak Sue tidak dapat menahan karenah bunyi2 tersebut, kerana dia seorang sahaja yang mendengarnya…. saban hari berbagai bomoh, ustaz dan dukun dicuba malah ratusan duit dihabiskan utk ubat Kak Sue… sehinggalah abah meninggal Kak Sue tetap dalam keadaan yg sama dan makin teruk pada hari peninggalan abah…

Saban tahun silih berganti, begitulah keadaan Kak Sue…. setahun sihat… setahun sakit…. berusalang silih berganti… yang menghairankan kami adik beradik…. kenapa bila mana Kak Sue sembuh ada sahaja pemuda dtg utk melamar, dan dlm masa yg samalah org itu terus ditolak dan tidak diterima… dan Kak Sue terus jadi tak tentu hala…. dan kini Kak Sue dah alami kisah pahit hidupnya selama berbelas tahun.. cita2 matlamatnya utk membantu keluarga hancur….

Kami pun hairan…. kenapa Kak Sue selalu memanggil nama seorang lelaki yg bernama Omar Azian??? adakah beliau wujud??? kami dah mencarinya dimerata tempat malah tiada siapa pun pernah kenal dengan nama itu… tapi kini nama itu telah tidak wujud lagi dipikiran Kak Sue mungkin sudah 3-5 tahun Kak Sue nama itu tidak kedengaran dari mulut Kak Sue….

Mak selalu menangis dengan apa yang dihadapi oleh Kak Sue… kerana dulu… Kak Sue adalah harapan bg mak… dulu perangai Kak Sue menunjukkan ciri2 wanita yang soleh, tidak pernah dibuka auratnya, tidak pernah berhujah benda yang kotor, tidak pernah suka mengambil kesempatan dan bicarakan tentang orang lain…. Bila masuknya waktu solat dan kedengaran azan… Kak Sue mesti dah ada disejadah utk baca quran dan menunggu untuk menunaikan solat… pada malamnya pula… Kak Sue tidak pernah ketinggalan utk membca walaupun sepotong ayat dari surah2 al-quran… inilah Kak Sue anak mak dan abah yg menjadi harapan…

Tapi kini semua itu sudah tiada… semua itu terkubur dek zaman yang berlalu… Kak Sue dah berubah dek penyakitnya yg dikenakan orang itu… sebelum ni… Kak Sue dah pun sembuh selama 2-3 tahun… mak amat gembira dengan perubahan Kak Sue… mak selalu berdoa dan berharap… Kak Sue kekal sebegini, Kak Sue boleh jaga mak yang dah uzur… walaupun cita2 Kak Sue tidak tercapai… mak pasrah terhadap ilahi… mungkinkah ini ujian untuk mereka yang mendekatinya… Kerana mungkin Allah mahu lihat sejauh mana kecekalan kita untuk hadapi semua ini… dan tidak menyalahkan takdir yang telah ditentukan… Allah nak tengok sejauh mana penerimaan kita terhadap takdirNya…

Kak Sue tak pernah merungut, Kak Sue pasrah akan apa yang berlaku terhadap dirinya… Tapi….saya terlalu terfikir…

1. Kenapa dugaan nih berlaku kepada Kak Sue???

2. Apa salah Kak Sue???

3. Kak Sue ada derhaka kepada mak dan abah ke???

4. Kenapa Kak Sue yang begitu baik, perlu hadapi semua ini???

5. Kenapa sampai sekarang pun Kak Sue masih belum ditemukan jodoh???

6. Burok sangat ke Kak Sue sehinggakan tiada sorg pun datang melamar Kak Sue???

7. Burok ke perangai Kak Sue sebelum ni???

8. Adakah sejarah Kak Sue sebelum ni, adalah sejarah hitam utk seorang lelaki memperisterikan Kak Sue???

9. Bilakah jodoh Kak Sue akan hadir???

Inilah persoalan yang selalu bermain difikiranku… selama ini… dan pikiran ini akan selalu bermain difikiranku… sehinggalah datangnya seorang zauj untuk Kak Sue.. bukan untuk dijaga tapi untuk menjaga…. inilah pengubat bagi hatiku… akan ku usahakan untukmu Kak Sue… Demi kebaikan dan kebahagiaanmu…