Jodoh??? Ajal???? ……… ( panjang ceritanya…. )

Jodoh mungkin dapat dikaitkan dengan pertemuan… didalam bahasa arab tidak mendapati sebarang perkataan khusus perkahwinanuntuk didefinisikan sebagai jodoh ( ma’anil kalimah ) … mungkin asalnya perkataan jodoh ini hanya dikalangan orang melayu sahaja… sepertimana jodoh dan pertemuan itu ditangan Allah Rabbul Jalil… dan disini dikaitkan bahawa kita hanya mampu berusaha, berdoa dan bertawakkal, segala ketentuan itu ditangan Allah…

Berpada-pada (qana’ah ) mestilah ada pada setiap orang muslimdalam setiap perlakuan dan perbuatan, bukan menyalahkan tadkir semata jika berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini. Jodoh begitu hebat dan penting untuk diketahui dan dihayati, malah sering kali menjadi satu topik perbualan dan perbincangan dalam perbualan.

Wujudnya manusia dimuka bumi ini, akan adanya perkahwinan dan penceraian, iaitu suatu perkara yang halal malah dibenci oleh Allah S.W.T. Melaluiakal kecerdasan pemikiran manusia yang waras, manusia boleh memilih pasangannya yang dikehendaki, sepertimana hadis rasul yang menyentuh peri pentingnya memilih pasangan hidup :

حديث تنكح المرأة لأربع

عَنِ أَبي هُريرة رضيَ اللَّهُ تَعَالَى عَنْهُ عَنِ النبيِّ صَلّى الله عَلَيْهِ وَسَلّم قال: ” تُنْكحُ الْمَرْأَةُ لأرْبَعٍ: لمالها ولِحَسَبها ولِجَمَالها وَلدينها: فَاظْفَرْ بذاتِ الدِّينِ تَربَتْ يَدَاكَ ” مُتّفَقٌ عَلَيْهِ

Maksudnya : Dari Abu Hurairah r.a. katanya : Nabi s.a.w. bersabda : Kahwini wanita kerana empat perkara : kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya. Maka utamakan isteri yang beragama pasti tidak akan rugi.

hantarannn gmbr pinjam jer ni hihihiKahwinilah wanita dengan sebab 4 perkara :

1. harta ( maal )

2. Keturunan ( nasab )

3. Kecantikan ( jimalaha )

4. Agama (din )

Tapi disini Rasul telah menekankan diatas perkataan فَاظْفَرْ pada hadis tersebut, kamu hendaklah memilih yang beragama ini, maka kamu akan beruntung dan tidak rugi… carilah kriteria yang disebutkan didalam hadis ini, tidak kira dimana sahaja kerana ini lah menunjukkan ikhtiar akan sesuatu hajat dan perkara. terserah dan  mesti berusaha berikhtiar untuk mendapatkannya…

Kekadang kita tidak seharusnya melihat kepada kecantikannya sahaja, rasul berkata :

فإذا عَزمت فتوكل على الله

” Jika kamu berazam akan sesuatu, maka bertwakkallah kepada Allah”

Janganlah kita suka menyalahkan takdir kerana kebiasaan adat dan tradisi orang melayu, mudah menyalahkan takdir, sedangkan mereka sudah tahu jodoh dan maut itu adalah ditangan Allah.

Jodoh mesti dicari… berlainan pula dengan maut yang mesti dijauhi dengan maksud tidak mendekatkan diri kita denganpanjat sesuatu perkara yang berkemungkinan membawa maut cth : mencipta rekod dunia dengan terjun dari bangunan yang tinggi atau sebagainya…

Sesungguhnya lelaki dan perempuan lain ketetapan yang Allah tentukan, Jodoh bagi kaum hawa telah ditentukan Allah sejak lahirnya seseorang perempuan itu, tapi bagi kaum adam, Allah mungkin ebih tua sedikit, kerana mereka perlu berusaha dan berikhtiar untuk mendapatkan jodohnya. Bertemunya mana-mana lelaki dan perempuan, itu ada suatu ketentuan. Jodoh bukan erti kata bila lelaki suka akan perempuan dan perempuan suka akan lelaki, bukan berkaitnya minat seseorang terhadap pihak yang lain… Tapi, harus diingat, bila mana ijab di kabulkan, bila mana masjid didirikan, upacara akad diadakan, itulah baru dinamakan jodoh bilamana seorang lelaki dan perempuan ada ikatan yang sah disisi islam bukan sahaja bila bertunangnya seseorang maka itulah jodoh….

kematianBila mana putus, atau cerai berlaku…tidak seharusnya kita turut menyalahkan takdir kerana perlu kuburdifikirkan apa penyebab berlakunya sesuatu perceraian, jika bukan berpunca dari kita sendiri, jadi tepuklah dada tanyalah diri kita… Akhir kalam. Sesungguhnya jodoh dan pertemuan perlu dicari bukan hanya menunggu bulan jatuh keriba dan ia juga bukan untuk dihindari….