ahhh.. penat lagi memenatkan…. sudah ku sangka futsal kali ini akan berakhir dengan ada kemenangan dan adanya kejayaan bagi mereka yang berjaya dan bagi mereka yang tidak berjaya, teruskan usaha mungkin tahun depan piala itu untuk anda… cewah….

Tidak untuk menaip semalam, malam ini dapat luangkan masa… letih, penat, nak demam, sakit hadiah yg disediakandsc04063urat, pening kepala semua ada… tambah pula sakit tengkok nih suara dah jadi saleem dah sebab banyak sangat bersorak… apapun, Piala kejuaraan kali ini tidak berpihak kepada kami…

Ya, sepertimana yang saya telah ceritakan lepas sebanyak 8 pasukan akan bertanding,  tetapi penyertaan akhir hanya 7 pasukan sahaja antaranya:

1. SBB ( senior ) kumpulan kami ( mu’tah ).

2. SBB ( junior ) ( mu’tah ).

3. Mu’tah Soccer ( mu’tah ).

4. KIDAR ( mu’tah ).

5. Kopi Jantan ( irbid ).

6. Paidadik (Mafraq).

7. Singa Borneo.

dsc04035Inilah antara pasukan-pasukan yang bertanding didalam kejohanan Futsal kali ini… ada yang menang dan ada yang kalah, kali ini kekalahan milik kami dan kumpulan jemputan menjadi juara… fuhhh sedey2… tapi apa kan daya nasib tidak menyebelahi kami, mungkin ada hikmah akan kekalahan kali ini dan sebagai peringatan untuk kami kuatkan semangat dan berusaha lagi unatuk berjaya di lain kejohanan….

Tempat ketiga kini milik kami, tempat kedua dari pasukan irbid dan tempat pertama selaku johan berpihak kepada pasukan Mafraq.

Berkaitan sikap pemain SBB (s), biasalah…. ada yang  nak bergaduh, ada yang sakit, ada yang macam-macam gaya dan kerenah lagi. wahhhh… tahniah kepada Fatin… kerana banyak menjaringkan gol dan telah memenangi kasut mas… cewah kasut mas gituh…. apapun tahniah kepada Fatin. Sorang lagi kawan kita, fudhail telah bolos sebanyak 2 gol dihari pertama dan 3 gol dihari kedua ditambah 3 gol dalam panalti dalam penentu tempat ketiga… ( tahniah saya ucapkan ).. hehehe😛

Antara gambar-gambar yang diambil dalam kejohanan Futsal kali ini :

dsc040751Inilah pasukan kami SBB ( senior )

dsc039891

Wakil Pasukan Mu’tah ( SBB (s), SBB (j) dan KIDAR.

dsc03927Beginilah keadaan didalam sekitar dewan….

Banyak lagi gambar2 yang diambil dalam kejohanan ini, tapi disebabkan intenet nih slow, so tak leh la nak upload banyak-banyak pic… beginilah gaya, beginilah cerita kisah FUTSAL Piala presiden PERMATA kali ini…