Archive for February, 2009

KARISMA dalam bayangan…

KARISMA ( Karnival Sukan, Akademik dan Kebudayaan Mahasiswa )

logo dalam cadangan...~~~logo masih dalam cadangan~~~

Suatu perkara yang sudah makruf bagi kita sebagai mahasiswa Jordan, kali ini adalah kali ke dua karisma akan berlangsung yang mana pertama sekali berlangsung di Irbid dan kini akan berlangsung di Mu’tah. Kali ini semua warga mu’tah bersatu tenaga turun padang utk menjayakan program KARISMA yang akan berlangsung pada 30 April – 3 Mei 2009 pada hari khamis, jumaat dan sabtu insyaallah…

KARISMA dibawah anjuran Kedutaan Besar Malaysia Jordan, Jabatan Penuntut Malaysia Jordan dan Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia, dan kami mahasiswa mu’tah ( PERMATA ) selaku penggerak KARISMA kali ini. 😀 dengan objektif merapatkan silaturrahim, mengisi masa lapang, mencungkil bakat baru, meningkatkan penglibatan ahli dengan program dan terutama sekali meningkatkan kredibiliti MPPM dimata ahli. yang mana mensasarkan penglibatan kesemua pelajar malaysia Jordan dan pegawai-pegawai kedutaan dan jabatan penuntut malaysia jordan.

Pelbagai acara yang akan dipertandingkan seperti Acara Bola Sepak, Bola Tampar, Badminton, Bola Jaring, Ping Pong dan pelbagai acara lagi yang akan dipertandingkan…. yang semestinya perkara yang akan dinanti2kan oleh semua 😀

HARI   MENUJU  KARISMA   2009

2454405827_08535ed01d

LAGI…….. nantikan…. detiknya….

Advertisements

Dimana Nilai Sahabat….:D

Setiap orang menginginkan hidup yang sempurna tidak kita dari pelbagai sudut sekali pun… termasuklah dalam persahabatan… ada pepatah mengatakan sahabat yangsempurna adalah bila melihat wajahnya, kita akan teringat Allah, mendengar kata2nya menambahkan ilmu agama dan melihat gerinya teringat akan kematian…. 100_3085

Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya (H.R al-Hakim)

Pernahkah kita terfikir, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

03102007183

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:05102007016

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;070220083681
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;10112007249
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

  • Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
  • Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia 20080131415berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
  • Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
  • Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan melepakpada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.20080131454
  • Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.

Kerana itu agama telah memberi panduan yg cukup lengkap dalam segala selok kehidupan. Satu kesan daripada 290120084701sifat-sifat takwa (hati yg takut pada Allah atau orang yang beriman), seseorang itu tidak akan menganiayai sahabatnya sendiri dan mempersiakan amanah atau kepercayaan yg diberi.

Sesungguhnya Allah membela orang yang beriman. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur.” (Al-Hajj : 38)29012008460

Sedaya upaya, pilihlah sahabat yg membimbing jalan ke syurga. Memberi sokongan di dunia, memberi manfaat di akhirat.

Tiada manusia yang sempurna dan terlepas dari kesilapan. Tetapi manusia itu punyai hati, perasaan insaf (conscience) dan jalan ikhtiar untuk memperbaiki diri jika berlaku kezaliman. Orang mukmin menyelesaikan masalah atau konflik dengan akhlak yang mulia. Tidak sekali-kali 31012008631habis madu sepah dibuang‘. Berusahalah dengan hati yang ikhlas, jika sahabat tidak menghargai diri kita, bertawakkallah & doakan dirinya. Hanya Allah yang akan memberi petunjuk dan pertolongan. Ujian kehidupan di dunia yang fana’ ini akan menapis teman-teman yg benar2 jujur terhadap diri kita.

Wallahua’alam….

Alhamdulillah…

Askurullah keatas nikmat kesihatan yang Allah berikan…

Dalam meranjau kehidupan seharian ada kala kita senang dan ada kalanya kita susah… susah dalam melayani ranjau kehidupan dansakit_02 segalanya… Betullah kata pepatah ingatlah lima perkara sebelum datang nya lima perkara… sebetulnya kita tidak dapat lari dari lima perkara tersebut… antaranya sepertimana yang telah berlaku terhadap diriku ini sehari lepas.. Allahu Akbar sakit nya seluruh badan, pening kepala dan demam ( pakej sakit ) sehinggakan seharian terlantar diatas katil tak dapat nak bangun…

Ya dengan seenaknya berkaitlah dengan lima perkara tersebut iaitu sihat sebelum sakit.. kata orang, masa sakit nih lah baru nak ingat tuhan maklum lah  kan sakit nih kifarah kepada dosa-dosa yang telah lalu.. wallahua’alam… Tapi betul jugak  apa org kata tu.. kita dapat tengok la kan… masa sakit masa tuh lah baru nak sebut nama Allah yg memberikan nikmat kesihatan yang maha pengasih dan penyayang tu… Ala kalu tak percaya tanyalah diri kita… masa kita rasa tak leh nak bangun…. bila nak bgun terasa sungguh berat seluruh badan… maka di sebut… ” Allah……… susahnya nak bangun…. ( mengeluh, merenget kesakitan )… Haa!!! kan dah kata.. masa tu laaa baru nak ingat tuhan maha pencipta…

Alah… sekarang alhamdulillah dah sehat dah walaupun urat nih masih bersimpul nak jalan pun terencot2… tapi tak per kata ayie… kalau thank-yousakit pun jangan duk layan perasaan sakit tuh… tak yah wat muka sakit… selagi dapat tahan kesakitan tuh kita enjoy jer tak yah nak pikir sakit… hihhi… tapi betol gak kata ayie tuh.. bila kita nampak ceria, maka kuranglah sikit rasanya beban sakit tuh… aku dah practice.. alhamdulillah berkesan jugak petua pak cik tuh… thanks ayie… 😀

emm… aduyai merepek tanpa isi panduan… hiihi tak per mcm ner pun blog nih lah tempat aku mengadu segala pandangan aku… so tak der lah aku buat kerja yang bukan2 utk mereleas aku nyer tensen nih… cewah!!! emm apa pun aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang ambil berat kat aku nih.. walaupun tak terdaya nak membalas segala jasa yang diberikan… terutamanya ayie… sanggup tunggu aku masa aku sakit… ya Allah kagum aku dapat kawan yang sudi menjaga aku masa sakit… hehehe 😀

Mungkin ayie ingat pesan mak kot… ritu kan mak dah pesan jaga bani sikit sakit demam dan tengok2 dier tuh jangan nakal2… hihihi… muja sikit kat kawan aku nih.. tapi apa pun ayie… timo kaceh banyok deh.. mudahan Allah buwi ko mu kesehatan sokmo… dont worry… aku sokmo sokong setiap tingkah laku mu…  dan aku doa sokmo ko mu termasuk kengkawan yang lain juga…. cewah!!!….