Archive for May, 2009

Doakan Ibuku….

Mak abah

Ya Allah!!! ampuni dosaku…

Allahu Akbar… pagi ini aku menelefon kakak ku dimalaysia, tidak terlepas dari mulutku untuk menanyakan khabar mereka semua… tetiba kakak aku menangis,… aku tidak tahu apa puncanya… jantungku berdebar dan terus berdebar,  kakak ku memberi tahu, MAK sedang sakit… sehingga tak sedarkan diri…

Tetiba aku juga menitiskan air mata, aku tidak sanggup mendengar berita ini… aku takkan menerimanya… dah dua minggu mak aku demam,  setiap kali aku call mak, selalu dier cakap yg dier demam… selesai aku call kak aku.. aku terus call kakak yang lain,… aku coll kakak yg ada kat rumah…. menanyakan terus kakak keadaan mak… pg td mak dah dibawakan ke hospital, tapi mak tak nak duk sana sebab mak tahu anak2 semua duk jauh dan susah nak jaganya…

Ya Allah… ampuni dosaku… Berikanlah kesihatan kepada Mak… ( Kepada sesiapa yang membaca entry ni, doakan Mak supaya sentiasa sihat )…. Ameen…

Setahun Suda…..

Setahun suda usia blog ku yang tidak seberapa ini…. dan kini telah menjangkau

10,066

pengunjung, yang datang mengunjung ke blog aku ni….. pelbagai cerita diluahkan, pelbagai pengalaman di cerita… 😀

right now, at a glance :

70 Posts 144 Comments
0 Pages 131 Approved

Kasih Ibu yg Tidak Ternilai….

Firman Allah Taala: “Aku Tuhan yang bernama Ar Rahman, dan tempat ini (tempat melahirkan anak) bernama rahim. Aku pecahkan untuk rahim itu satu nama dari nama-nama Aku (Ar Rahim). Maka sesiapa yang menghubung dengannya, Aku juga turut berhubung, dan sesiapa yang memutuskannya, Aku juga akan memutuskan hubungan dengannya.” [Hadith Qudsi]

Mak tercinta

Mak yang ku sayangi…

Mak…..

Pengorbanan cukup bermkna dan bernilai buatku… sejak kau mengadungku walaupun tidak lama seperti mereka yang lain, aku tahu selama 7 bulan itu pun sudah cukup menyeksakan segala gerak geri mu, membataskan segala kerja mu… ketika aku dilahirkan pula, aku tahu… tiada seorang ibupun tidak merasakan peritnya melahirkan anak, dan dalam masa yang sama ada juga ibu terfikir apakah anak aku dapat membalas segala jasaku yg telah berhempas pulasmengandung dan melahirkan si anak itu…

Akan tetapi, aku yakin, mak hanyalah impikan anak yg berjaya dan soleh, pandai menghormati orang tua, dan mengambil hatinya… mak tidak pernah ingin jasanya dibalas, dibalas dengan harta yang bercurah-curah… tapi hanyalah dengan kasih sayang seorang anak terhadap kedua ibu bapanya, dan bila pemergiannya si anak dapat menyedekahkannya walaupun sepotong ayat al-quran…

3372942896_f6976461c6Mak yang kurindui….

Mak…

Dari kecil diriku ini didik dengan penuh bermakna bukan dengan penuh emosi, aku tahu mak selalu menjagaku, sehinggakan tidak tidur malam, tidak membenarkan seekor nyamuk pun menyinggah disisiku… mak tidak pernah sekali pun mengungkit segala penat lelanya menjagaku… dan tiak pernah sekali pun mak menyesal akan kelahiranku dimuka  bumi…

PIC_0124nilai kasih ibu terhadap anak2nya…


Mak…

Aku tahu, aku tahu mak tidak punyai harta dan didikan yg sempurna oleh kedua org tuanya dari segi pembelajaran, sehinggakan mak buta huruf, akan tetapi… ma dan abah mampu untuk mendidik anak2 nya sehingga ke tahap yang sempurna dan tidak pernah menderhakai kedua orang tua…

Mak…

Setelah pemergian abah bertahun yang lalu, aku tahu dirimu begitu sunyi, tiada lagi teman berbual, teman berkongsi cerita, teman berkongsi masalah tentang perihal anak2 yang makin membesar dan dewasa…

Mak..

Aku tahu, jauh dibenak hatimu… selagi aku tidak dewasa dan berjaya didunia ini, kau selalu akan memikirkan diriku… malah selagi dirimu tidak memejamkan mata, tidak pernah sekali pun dirimu melupakan akan peri pentingnya kehidupan anak2 walaupun mereka sudah punya keluarga sendiri…

Mak abahPengorbanan dan kasih sayang

mak dan abah yang tiada nilainya….

Mak…

Aku tahu… diri ini masih tidak mampu menjadi anak yang terbaik untukmu banggakan, kini aku berada jauh darimu… tentu sekali engkau selalu memikirka akan keadaan ku disini, memikirkan cukupkah makanan untuk aku makan, cukup  duitkah untuk aku belanja, aku sehat  ke tak…. dan banyak lagi yang bermain dimindamu demi memikirkan seorang anak….

PIC_0117

Penganugerahan seorang ibu mithali…

Mak…

Segala jasamu tidak dapat ku balas, dengan beribu wang pun yang dicurah kepadamu tidak dapat sesen pun dapat dikira dengan nilai kasih sayang yang kau telah curah kan kepada anak2 mu…. sehingga anak mu dewasa dan berjaya… mak… walaupun nilai kasih mu tidak dapat dinilai dengan wang ringit, akan tetapi aku akan menjaga mu, engkau tetap ratu dihatiku… akan ku jadikan mu permaisuri utk ku belai dan manja demi membalas segala jerih dan perih mu melayani ku sepanjang ku kecil hingga ke tahap ini…

Mak…

Tidak ku rela dirimu disakiti.. hati mu  dirisaukan oleh kata2 anak2, dan segalanya…. MAK!!!! ENGKAU TETAP SATU DIHATIKU”