Mak abah

Ya Allah!!! ampuni dosaku…

Allahu Akbar… pagi ini aku menelefon kakak ku dimalaysia, tidak terlepas dari mulutku untuk menanyakan khabar mereka semua… tetiba kakak aku menangis,… aku tidak tahu apa puncanya… jantungku berdebar dan terus berdebar,  kakak ku memberi tahu, MAK sedang sakit… sehingga tak sedarkan diri…

Tetiba aku juga menitiskan air mata, aku tidak sanggup mendengar berita ini… aku takkan menerimanya… dah dua minggu mak aku demam,  setiap kali aku call mak, selalu dier cakap yg dier demam… selesai aku call kak aku.. aku terus call kakak yang lain,… aku coll kakak yg ada kat rumah…. menanyakan terus kakak keadaan mak… pg td mak dah dibawakan ke hospital, tapi mak tak nak duk sana sebab mak tahu anak2 semua duk jauh dan susah nak jaganya…

Ya Allah… ampuni dosaku… Berikanlah kesihatan kepada Mak… ( Kepada sesiapa yang membaca entry ni, doakan Mak supaya sentiasa sihat )…. Ameen…