Archive for July, 2009

Cintakan Rasul…

Ya Rasulullah Ya Nabi Allah
Tak Pernah Kami Tatap Wajah Mu


Ya Rasulullah Ya Nabi Allah
Kami Rindu Pada Mu..

Ya Rasulullah Ya Nabi Allah

Jauh disudut Hati Ini Penuh Cinta Pada Mu..



12 Rabiul Awal setiap tahun umat Islam menyambut kehadiran tarikh kelahiran Nabi Muhammad s.a.w, melalui pelbagai acara, antaranya perarakan besar-besaran, ceramah agama dan jamuan.

Ada juga majlis marhaban dan qasidah yang dialunkan dengan suara merdu dan penuh bersemangat, berdasarkan kitab Berzanji dan Burdah al-Bushairi. Semuanya demi menggambarkan kasih terhadap Baginda.

Saban tahun, kemunculan 12 Rabiul Awal turut mengundang polemik antara keharusan dan bidaahnya menyambut maulidul rasul.

Satu pihak mendakwa ia bidaah kerana tidak pernah dilakukan Nabi s.a.w, sahabat dan golongan salafussoleh.

Malah, jika ditinjau dari Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad, tidak pernah menganjurkan sambutan maulidul rasul ini.

Tetapi, adakah mereka tidak mencintai Nabi Muhammad s.a.w sebagaimana generasi sesudah mereka yang menganjurkan sambutan maulidul rasul?

Satu pihak lagi yang menyokong sambutan ini menganggap bidaah yang baik (hasanah) dan hanya bertujuan untuk mengagungkan Rasulullah s.a.w dan mencerminkan kasih sayang kepada Baginda.

Bahkan, menurut mereka tiada larangan muktamad daripada Allah dan Rasul-Nya ke atas sambutan maulidul rasul ini.

Apa pun, kita tidak ingin menyambung polemik tanpa penghujung ini. Cuma yang ingin dibincangkan ialah tatacara untuk membuktikan kasih sayang dan pengagungan terhadap Nabi s.a.w.

Mencintai Nabi Muhammad s.a.w itu adalah satu prinsip agama yang sangat penting. Seseorang tidak dianggap beriman sehingga dia benar-benar mencintai Nabi melebihi dirinya sendiri, kaum kerabat dan harta-bendanya.

“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semua itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya)…” (Surah al-Taubah: 24)

Rasulullah s.a.w berhak meraih cinta itu kerana Baginda makhluk paling mulia di sisi Allah, memiliki akhlak yang luhur, mengasihi umatnya, memberi petunjuk dan menyelamatkan umatnya dari neraka, malah menjadi rahmat kepada seluruh alam.

Orang yang benar-benar mencintai Rasulullah s.a.w memiliki ciri tertentu. Berikut adalah tanda yang membuktikan perasaan cinta kita kepada Rasulullah s.a.w:

# Mentauhidkan Allah – Hikmah utama diutusnya rasul termasuk Nabi Muhammad s.a.w adalah untuk menyeru manusia kembali kepada tauhid yang murni dan menentang syirik.

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus di kalangan tiap-tiap umat seorang rasul (agar menyeru mereka): Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhi Taghut.” (Surah al-Nahl: 36)

Maksud mentauhidkan Allah ialah beribadat hanya kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu.

# Mempelajari al-Quran, memahaminya, mengamalnya dan menyebarkan ajarannya – Mukjizat yang paling utama bagi Rasulullah s.a.w ialah al-Quran al-Karim, iaitu aset utama baginya dalam menyebarkan Islam.

Ibnu Mas’ud berkata: “Janganlah seseorang menanyakan untuk dirinya, kecuali al-Quran. Apabila dia mencintai al-Quran, maka dia mencintai Allah dan Rasul-Nya.” (Huquq al-Nabi)

# Mentaati sunnah Nabi s.a.w – Satu lagi tanda yang jelas menggambarkan perasaan sayang kita kepada Nabi s.a.w ialah dengan mengerjakan sunnahnya, mengikuti perkataan dan perbuatannya, menjalankan perintahnya dan menghindari larangannya.

Ini kerana Allah memberi jaminan yang Baginda adalah insan terbaik untuk dijadikan contoh ikutan bagi umat manusia.

“Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh ikutan yang baik bagi kamu…” (Surah al-Ahzab: 21)

# Menyebarkan sunnah Nabi s.a.w – Sabda Baginda s.a.w, maksudnya: “Kamu semua hendaklah sampaikan apa yang diambil daripadaku walau satu ayat.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

# Sentiasa memuji dan mengingatinya – Sekiranya kita mencintai Nabi Muhammad s.a.w, seharusnya baginda sentiasa berada di hati kita.

Kita juga sepatutnya memuji Nabi s.a.w dengan pujian yang selayak baginya. Pujian yang paling utama adalah dengan berselawat kepadanya dengan selawat yang terdapat dalam hadis yang sabit daripada Baginda.

# Mencintai mereka yang dicintai oleh Nabi s.a.w – “Janganlah kamu semua mencaci salah seorang sahabatku. Ini kerana, sekiranya salah seorang di kalangan kamu menafkahkan emas sebesar gunung Uhud, semua itu tidak mampu menyamai satu mud (yang diinfakkan) salah seorang antara mereka malah tidak mencapai separuh.” (Hadis riwayat Muslim)

# Benci orang dibenci Nabi s.a.w – Hendaklah kita membenci dan menjauhkan diri dari mereka yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya seperti golongan yang kufur kepada agama Allah dan mereka yang bergelumang dengan perbuatan bertentangan syarak.

# Membela Nabi s.a.w dari serangan golongan munafik – “Sesiapa yang membela kami dari gangguan orang-orang musyrik dia akan mendapat balasan syurga atau menjadi temanku di syurga.” (Hadis riwayat Muslim)

Advertisements

Wanita dan Pohon Semalu…

Assalamualaikum…

bungapokoksemalu

muslimah

———————————

———————————

———————————

wanita dan pohon semalu

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

3316610728_9b78176299

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. 3082400496_3efe2f7d66

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil. Sungguhpun kita tidak nampak akan kepentingan si pohon semalu, akan tetapi tersiratnya sungguh kuat dan kukuh utk kita jadikan pengajaran… Jangan kita memandang sesuatu perkara dengan bermacam kelemahan, akan tetapi berfikir akan kenapa ciptaannya… dan mengambil pelajaran darinya…

Wallahualam…

Berniqab @ Menundukkan Pandangan?

76135439gy5yp4Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.

Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia. Menyentuh berkenaan pakaian wanita, Alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat. Walaupun pelbagai gaya tudung D1Z-04diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.

Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu3258774732_9715f84618_o adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan mahramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

front

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung? Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki. Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan mahramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya. Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orangkak_shima_pakai_tudung_large bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan.

Diatas, adalah sedikit sebanyak menyentuh perihal bertudung dan berfesyen, dan disudut ini pula ingin saya bangkitkan satu lagi perihal beretudung wanita, seringkali saya terfikir, adakah berniqab itu dapat menjaga perihal maruah wanita??? Atau berniqab dapat menjaga diri wanita dari melakukan sesuatu perkara yg tidak menyenangkan??? Dan juga sekaligus dapat menangkis dari fitnah-fitnah???

Dalam hal ni, jauh sama sekali saya menjatuhkan martabah seorang wanita yang berniqab, malah saya ingin peace_muslimmengingatkan akan peri pentingnya seorang wanita menjaga hak-haknya sebagai seorang wanita… ya… dan sebetulnya cuba kita lihat di Negara arab, berapa ramai wanita menutup mukanya dengan berniqab, ada yang memakai tudung sehingga ke paras lutut, menutup kesemua anggota badan sehinggakan tidak menampakkan sedikit kulit pun, tidak lupa juga di Malaysia atau dimana sekali pun, ada sahaja yang menutup muka nya dengan berniqab…

Disini, saya ikhlas memberi komen, terutamanya pelajar2 yang berada diluar Negara, yang amat menunjukkan perihal yang kurang menyenangkan dengan perwatakan dan sebagainya, disini saya ingin menampilkan beberapa komen oleh golongan syabab yang bukan mahram :

TUDUNG_BAJU_KETAT4

1. berniqab hanya tidak mahu mukanya dilihat orang.

2. berniqab hanya menjaga mukanya dari hangus terbakar dek matahari yang panas.

3. berniqab kerana menjaga air muka dan tidak mahu diganggu oleh mana-mana lelaki.

4. berniqab kerana ingin berfesyen.

5. berniqab tapi tidak pandai menjaga hak-hak dan batas-batas seorang wanita, cth : berbual semene dengan lelaki, melompat kesana kemari, mulut dan percakapan tidak terbatas, dan sebagainya. tudung

6. berniqab tapi pakaian menjolok mata.

7. berniqab dan menjaga hak-hak kewanitaan dan menjauhi dari fitnah ( ini yg kita cari ).

Bagi saya, dan kami… baiklah mana2 wanita yang mempunyai perwatakan 1-6 itu, tinggalkan sahaja niqab anda, kerana anda golongan ketujuh terasa dan turut mendapat fitnah-fitnah yang tidak harus melekat kepadanya, setidaknya anda berubah dan berubah demi menjaga hak masing-masing… di akhir ini, saya ingin menceritakan kenapa tajuk ini dipilih Berniqab @ Menundukkan Pandangan? Ini kerana rasa hairan dan terfikirnya saya sebagai seorang mukmin, yang peka akan persekitaran, sekali saya melangkah ke tudung.jpgtyouniversity setibanya disana, saya terserempak dengan beberapa orang akhawat yg berniqab dan ada juga yang tidak berniqab, malah bagi saya, saya lebih respect akan yg tidak berniqab, kerana dapat gadis-tudung1menundukkan pandangannya dari melihat mana-mana lelaki yang terserempak dengannya, malah yg amat menghairankan saya, ada dikalangan yang berniqab ini, matanya hanya Allah sahaja yang tahu melilau entah kemana…. ( cerita ini hanya utk peringatan kepada golongan 1-6 tersebut ) semoga Allah merahmati kita semua… Ameen…

( Maaf kepada yang tersinggung, dan bukan ingin menjatuhkan mana-mana pihak ).

Andai Al-Quran Dapat Berbicara

3

Holy Qur’an is My Name

Kitab Suci Al Qur’an adalah namaku

I am a book in elegant prints

Aku buku kitab yang dicetak dengan sangat cantik

to know my name here are some hints

untuk tahu tentang aku ada beberapa petunjuk

Rich in cover and nicely bound.
Aku diberi sampul mewah nan indah.

I found in every Muslims home.
Aku pasti ada di setiap rumah orang muslim

but,
tapi,

in hearts of Muslims I am rarely found.
di dalam hati setiap muslim aku jarang ditemui.

9

High on a shelf, I am kept.
Aku diletakkan di atas rak yang tinggi.

Forgotten there, I am left.
Dibiarkan disana, aku tertinggal dan dilupakan.

6

Sometime they put me on dirty places to dispel ghost and jinn as they said.
Terkadang aku diletakkan ditempat-tempat kotor, katanya untuk mengusir hantu dan jin.

And forgotten there, I am left too.
Dan disana juga aku dibiarkan, tertinggal dan dilupakan.

With respect I do get lots of kiss after reading.

Dengan penuh hormat aku banyak dicium setiap kali selesai dibaca.

But,

Tapi,

My main point is what they always miss

Pelajaran dan petunjuk utama yang ada padaku selalu dilupakan

Neglecting the message inside me.

Mereka mengabaikan pesan yang ada padaku.

At times I am used for phony swear,

Ada kalanya aku digunakan untuk bersumpah palsu

5

My true use is very very rare

Kegunaanku yang sebenarnya sangat sangat jarang diperhatikan

A miracle I am that can change the world
Sungguh betapa ajaibnya aku bisa mengubah dunia

All one has to do is understand my word.
Yang semestinya mereka lakukan adalah memahami perkataanku.

So you must read me, and learn me,

Jadi seharusnya bacalah aku, pelajarilah aku,

Look what I must told to you

Perhatikan apa yang harus aku katakan untukmu.

I have law

Aku punya hukum

I have wisdom

Aku punya kebijaksanaan

I have treasure

Aku punya sesuatu yang sangat berharga

So much so there is no measure
Dan banyak yang aku punya yang tak bisa kau hitung.

I’m your savior,

Akulah sang juru penyelamatmu

I’m your guide,
Akulah penuntunmu

7

I’m from Allah the creator of universe

Aku diturunkan dari Allah Sang Pencipta Alam Semesta
8

I was taught by our Prophet Mohammad p.b.u.h, and depended with tear and blood.

Aku diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW, dan dipertahankannya dengan air mata dan darah.

Right from wrong is my fame,
memperingatkan kebenaran adalah kemahsyuranku.

So, you must read me, learn me, and told everyone the content of me.

Maka bacalah aku, pelajarilah aku, dan sampaikan isi yang ada padaku.4

Because,

Kerana,

Holy Qur’an is my name.

Al Qur’an Al Karim adalah namaku.

1

QS. 25 Al Furqan: 1-2

Most blessed is the One who revealed the Statute Book to His servant, so he can serve as a warner to the whole world.

Maha suci Allah yang telah menurunkan Al Furqaan (Al Quran) kepada hamba-Nya, agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam,

2

The One to whom belongs all sovereignty of the heavens and the earth. He never had a son, nor does He have any partners in sovereignty. He created everything in exact measure; He precisely designed everything.

Yang kepunyaan-Nya-lah kerajaan langit dan bumi, dan Dia tidak mempunyai anak, dan tidak ada sekutu bagiNya dalam kekuasaan(Nya), dan dia telah menciptakan segala sesuatu, dan Dia menetapkan ukuran-ukurannya dengan serapi-rapinya