Salam penyambut pembuka bicara… telatah dicipta dikongsi bersama… mencoret cerita pelbagai drama dan pujangga… moh la kome, kita kongsi bersama suka dan duka sepanjang bersama…9229_1170725160361_1594950891_434220_8084429_n

gambar nih memang tak kena pada tempatnya… hihihi saja nak kongsi bersama supaya kita pun kreatif macam gambar diatas demi mencipta suatu budaya dan mempelajari satu budaya…

Haaa… meh nak sambung cerita kepada adik dan kakak sekelian pembaca… Abg senior awk nih suka mengomen dan bukan nak mengata tapi mahu kongsi apa yang tak kene… apatah jadi dengan tulisan hambe ni macam merampu tak kene tempatnyer… hihihi…

Salam lagi sekali kepada semua, atas tuh hanya wadah pembuka dan muqaddimah je…. kalau dulu abg senior nih ada menulis artikel dan ramai yang kata memang tak kena, sekali lagi abg senior korg ni yg tak cukup ilmu mahu kongsi lagi cerita lama mudahan tak berbangkit seperti ditabur YIS dan berkembang seperti yang lama…. entry lama dulu mengenai niqab memang disambut meriah oleh pembaca sekalian dan ramai yang dah memberi komen dan tunjuk ajar alhamdulillah dengan apa yg dituliskan ada juga yang dah sedar dan ada juga yang tak kemana…

Abg senior nih sungguh bangga dengan korang pelajar baru ( junior ) mutah 2009 kali ini terutamanya akhawat yang sudah mula mencipta sebuah agenda yang begitu bermakna kepada kita mudahan kekal selamanya dan dituruti dengan istiqamah dijiwa, kali ni abg senior bangga dengan korang yang makin menampakkan keislaman dengan maybe 70 dari peajar baru kita berniqab dan menutup muka, abg senior nih berharap ianya bukan satu agenda untuk berlagak atau bergaya dengan trend bumi anbia’a tapi cekal didalam diri dan hati beristiqamah demi menjaga diri dan keperibadian terpuji.. insyaallah. ( doakan selalu demi diri dan agama ).

Wah… yang semangat lagi abg senior nih nak bercerita, lucu dan agak ngeri pun ada… hihihi gurau jer.. alaa lucu laaaa jugak, kalau dulu.. masuk kelas majority arab jer.. tapi sekarang dah lain la plak… masuk kelas aikkkkkkkk!!! terkenzutttt kura2 lak rasa…. dah ramai orang melayu dari arab… hihihihi lucu + bangga dengan anak2 melayu kita yang makin berusaha nak amik adab atau bhasa arab…. dalam amsa yang sama dah macam duk sekolah menengah dulu2 la plak bila berada bersama.. al maklumlah dah ramai melayu dari arab.. hingga sekali doktor bertanya.. betol ker korang kelas dengan aku??? sampai ramai macam tu… hikhik sekali baca nama memang sah!!! korang mmg suka tasjil dgn doktor Hasan Rubaba’ah yang memang dikenali oleh pelajar adab dan juga segelintir pelajar kuliah lain….

Moh pelajar2 adab dan yang lain juga… jangan korang rasa kita nih dicaci dan dihina…. korang jangan rasa malu lah dengan arab2 yang suka mengata tu…. nak kongsi sedikit cerita kat korang, exam nanti korang akan tahu lah betapa pandai nya arab bila masuk exam… hihih bukan kerana otaknya geliga dalam pelajaran, tapi geliga dalam meniru demi lulus dalam exam.. memang kagum sangat dengan cara dorang meniru.. jangan sekali kita tiru dorang kerana disitulah terselitnya keberkatan…

Sebenarnya banyak lagi nak cerita, malas lah pulak nak menekan tubi keyboard  dan memerah otak utk kongsi cerita, tapi cukuplah dengan pengalaman yang tak seberapa nih utk ruangan yang terhad ni yer…. kalau nak tahu meh la jalan umah insyaallah alau tak keropok lekor keropok keping pun ada… hehehhe… jemput2… umah nih sentiasa terbuka….

Ahlennnnn… sekali lagi… dan maaf atas keterlanjuran kata….