“Seseorang datang kepada Nabi(SAW) dan bertanya,”Ya Rasulullah, apa hak anakku ini?” Nabi SAW menjawab,”Memberinya nama yang baik, mendidik adab yang baik, dan memberinya kedudukan yang baik (dalam hatimu)”

Sepertimana yang kita tahu, setiap insan yang hidup diatas muka bumi ini mempunyai nama, nama adalah penting untuk menentukan identiti seseorang itu, tidak kira bangsa dan keturunan apa sekalipun mempunyai nama, sehinggakan ada sesetengah orang yang meminati binatang peliharaan juga memberikan nama kepada binatang peliharaannya..

Nama yang baik dan makna yang elok adalah digalakkan didalam islam, juga bangsa2 dan agama lain…

“…dan Dia mengajarnya kepada Adam, nama-nama benda seluruhnya.” (Al-Baqarah: 31)

Dari ayat di atas, terbukti bahawa nama merupakan asas utama dalam ilmu yang menjadikan kita khalifah di muka bumi. Ayat tersebut juga membuktikan bahawa nama adalah amat penting dan keperluan utama terhadap kehidupan manusia.

Islam merupakan agama yang sempurna. Maka, nama menjadi salah satu perhatian utama sebagai identiti pengenalan umat Islam. Rasulullah bersabda,

“Di antara kewajipan seorang ayah kepada anaknya ada tiga. Iaitu menamakan mereka dengan nama yang baik, mengajarnya apabila berakal, dan mengahwinkan si anak apabila mereka ingin berkahwin.” (Al-Hadith)

Sepertimana nama2 yang begitu sempurna bagi 99 nama Allah, 10 nama Malaikat, dan 25 nama Rasul, malah terdapat banyak nama2 yang begitu baik dan ada jugak nama2 yang dilarang didalam islam, contohnya :

nama yang dilarang :

click disini

nama yang baik  :

click disini

Selingan kisah menamakan bayi bagi keluarga saya…

Saya mempunyai 13 adik beradik dan 2 org telah meninggal dunia, seorang ( adik ) meninggal dunia didalam kandungan namanya ( Nurul Husna ) dan seorang lagi ( abang ) meninggal dalam kemalangan jalan raya ( Arfan Zaki ).

maksud nama :

Arfan Zaki = Mengetatui dan yang cerdik, mengetahui dan suci

Nurul Husna = Cahaya yang tenang

Berkait dengan apa yang saya ingin ceritakan disini, adalah kisah nama kami 4 beradik terakhir dalam keluarga ( nama2 ini diberikan oleh Abang ke 2 dalam adik beradik ).

Saiful jihadi = Pedang Jihad

Mohd Syahiduddin = Terpuji Syahid Dalam Agama

Ahmad Rabbani = Terpuji lagi arif ( Tuhanku )

Nurul Husna = Cahaya Yang Tenang ( Nama Syurga )

Kisah nama ini dikaitkan dengan seseorang yang ingin bangkitkan islam dan bercita dalam agama untuk mengejar syurga…  Perang adalah juga salah satu medan kebangkitan islam dan pedang jihadlah yang menjadi bukti kepada kebangkitan itu, kerana keberanian pahlawan2 islam menggunakan pedang maka islam bangkit sedikit demi sedikit dan seterusnya, syahid dalam agama menjadi natijah dan hasil kepada setiap jihad dan kebangkitan demi kebangkitan… Maka kepada siapa golongan syuhada’ itu akan balik??? kepada Allah iaitu Rab ( tuhan ) kita kembali…. dan menuju Syurga ( jannatul husna ) itu adalah cita2 kita semua…

Oleh itu, berilah nama2 yang baik kepada anak2 kita mudahan Allah memberikan rahmat dan keberkatan kepada nama2 mereka… wallahualam..

Advertisements