Archive for March, 2010

Pemikiran…kongsi pengalaman…

Assalamualaikum…

Hari ni terdetik dalam hati lagi sekali utk masukkan entry… sambil2 duk ralik ( asyik ) layan fb dengan pelbagai komen2 di wall frend2… sambil2 duk tgk2 group2 yg dijoin…. tetiba terbaca satu komen photo of u…

tangan terus meraba2 tetikus utk memetik link yg disediakan di ruangan atas FB ( face book )… tetiba sekali petik maka terviewlah gambar yg pernah aku komen sblm ni… tidak ku sangka baru hari ini baru dapat komen dr tuan empunya uploder gambar yg aku komen tu…

Maka aku baca lah komen aku akan suatu gmbr yg mmg ada unsur pergaulan disitudan ada sedikit gmbr yg tidak menutup aurat, yang berbunyi mcm nih ( walaupun tak der bunyi )…

komen dari aku :  inikah ajaran islam yang betul tuan????

komen dr empunya : apa yg salahnya??

komen dr empunya : cuba saudara ARY jelaskan apa salahnya gmbr ni??

kome dari aku : lalu aku menjawab… adakah ini yang diajarkan islam??? dgn membuka aurat ??? adakah mendedahkan aurat tu dituntut dalam islam???

so korang!!! apa salahnya jawapan aku tu??? salah ker tak tutup aurat berdosa ke tutup aurat??? cuba pikir….

haaa… dari jawapan aku tu… terus aku disound… supaya FBnya di remove dr frendlist aku.. dan aku nk bukak balik tgk komen2 dlm pic dia tuh… dah tak boleh dahh sbb dia dah pun ignored aku… siannya kat aku nih kan… hihihi… ( so ayat diatas tuh sikit sbnyk tidak sama dgn komen2 yg telah di berikan).

kalau korang leh baca apa isinya sila lah tgk PIc yg di upload dibawah ni… wallahualam…

Advertisements

Jadilah Insan Rabbani….

Hari ini, genap 32 hari otakku membeku untuk menuturkan bibit2 kalam mencetuskan entry terbaru dalam blog ni… kesian.. sunyi bagaikan gerhana bulan… tapi hari ini, otak dan akal ini, mampu utk berfikir dibntu dgn smgt yg sedikit utk menaip…

Insan Rabbani… bukan hnya diambil dari namaku yg sedap ini, tapi teringatkan misi dan visi sekolah kami dulu… Sekolah rendah Islam Aman kat telipot… bermisikan untuk membina Generasi Rabbani…

Disini saya mengambil petikan dari lirik kumpulan Rabbani utk berkongsi bersama… jom sama2 kita bernasyid… hihihi

Kita adalah insan penumpang atas dunia
Aku dengan caraku yang sederhana

Kita adalah hamba berbakti Pada Yang Esa
Aku mencari sinar keredhaannya
Kita sama sahaja bezanya cuma amalan kita
Engkau dan juga aku saling perlukan

Oh… cinta yang murni sebagai ikatan
Yang kukuh di hati demi masa depan
Jangan dihancurkan hidup yang indah ini
Akibatnya merana

Jangan hancurkan hidup yang indah
Kita adalah hamba Yang Esa

Saya rasa sambil kita bernasyid tadi, sedikit sebayak dapat kita ambil pengajaran dari apa yg tersirat dan tersurat dari lirik tersebut…

Ya disini saya ingin menerangkan kepada semua sedikit sebanyak apakah yg dimaksudkan dengan Insan Rabbani… INSAN RABBANI ialah insan yang terdidik dengan DIDIKAN TUHAN, mencapai peringkat Ihsan(terbaik) dalam kehidupannya di dunia dengan Muraqabah (pemerhatian) Allah Ta’ala terhadap setiap Amalannya. Amalan yang menghadirkan muraqabah Allah adalah bermula dari Niat yang ikhlas. Niat yang ikhlas lahir dari hati yang suci bersih(FITRAH). Pembinaan INSAN RABBANI adalah bermula dengan pengisian hati dengan Nur Ilahi(IMAN & TAQWA) dan melenyapkan noktah-noktah hitam dan kegelapan yang meliputi HATI. Kekuatan dalaman yang dibina akan terpancar keluar dan dizahirkan dalam bentuk amalan yang mencapai peringkat Ihsan, insyaallah. Cemerlang di dunia dan bahagia di akhirat…

So samalah kita.. mengejar dan sedikit sebanyak membina Insan Rabbani dalam diri kita… wallahualam…