Hari ini, genap 32 hari otakku membeku untuk menuturkan bibit2 kalam mencetuskan entry terbaru dalam blog ni… kesian.. sunyi bagaikan gerhana bulan… tapi hari ini, otak dan akal ini, mampu utk berfikir dibntu dgn smgt yg sedikit utk menaip…

Insan Rabbani… bukan hnya diambil dari namaku yg sedap ini, tapi teringatkan misi dan visi sekolah kami dulu… Sekolah rendah Islam Aman kat telipot… bermisikan untuk membina Generasi Rabbani…

Disini saya mengambil petikan dari lirik kumpulan Rabbani utk berkongsi bersama… jom sama2 kita bernasyid… hihihi

Kita adalah insan penumpang atas dunia
Aku dengan caraku yang sederhana

Kita adalah hamba berbakti Pada Yang Esa
Aku mencari sinar keredhaannya
Kita sama sahaja bezanya cuma amalan kita
Engkau dan juga aku saling perlukan

Oh… cinta yang murni sebagai ikatan
Yang kukuh di hati demi masa depan
Jangan dihancurkan hidup yang indah ini
Akibatnya merana

Jangan hancurkan hidup yang indah
Kita adalah hamba Yang Esa

Saya rasa sambil kita bernasyid tadi, sedikit sebayak dapat kita ambil pengajaran dari apa yg tersirat dan tersurat dari lirik tersebut…

Ya disini saya ingin menerangkan kepada semua sedikit sebanyak apakah yg dimaksudkan dengan Insan Rabbani… INSAN RABBANI ialah insan yang terdidik dengan DIDIKAN TUHAN, mencapai peringkat Ihsan(terbaik) dalam kehidupannya di dunia dengan Muraqabah (pemerhatian) Allah Ta’ala terhadap setiap Amalannya. Amalan yang menghadirkan muraqabah Allah adalah bermula dari Niat yang ikhlas. Niat yang ikhlas lahir dari hati yang suci bersih(FITRAH). Pembinaan INSAN RABBANI adalah bermula dengan pengisian hati dengan Nur Ilahi(IMAN & TAQWA) dan melenyapkan noktah-noktah hitam dan kegelapan yang meliputi HATI. Kekuatan dalaman yang dibina akan terpancar keluar dan dizahirkan dalam bentuk amalan yang mencapai peringkat Ihsan, insyaallah. Cemerlang di dunia dan bahagia di akhirat…

So samalah kita.. mengejar dan sedikit sebanyak membina Insan Rabbani dalam diri kita… wallahualam…