Setelah berhari-hari.. berminggu-minggu .. berbulan-bulan dan kini sudah melebihi setahun…. blog ku ni sunyi tanpa wadah bicara… tiada ketukan jari jemari di keyboard utk meluahkan sedikit pendapat dan berkongsi cerita…. disaat ini.. di masa ini… hati ini terasa terluang dan cuba lakukan senaman jari jemari utk mengetuk keyboard pada mini laptopku ini… blog ini kembali di HATI.. utk berkongsi buah fikiran….memerah keringat akal fikiran menyusun wadah bicara dengan hati yangg tenang….

Setahun sudah masa berlalu…. pelbagai tragedi hidup ini berlalu, dari zaman bujang kini bergelar seorang suami, suami kepada seorang isteri yg dianugerahkan oleh Allah utk diriku….

Terima kasih kepada semua pembaca dan penghuni blog ini.. walaupun sudah lama sunyi.. namun masih bnyk yg berkunjung dan juga mungkin menunggu wadah2 baru utk dijadikan bahan bacaan…. beratus2 komen dan soalan telah diabaikan.. diabaikan dari dijawab.. mungkin kerana telah hanyut dibawa arus dunia hinggakan terlupa utk rest minda di blog yg tersangat sempit bahannya tapi penyampaian yg amat luas….

 

Sungguh dunia ini amat melalaikan kita dari membuat kebajikan… walhal dgn benda yg ringkas dan kecil ini kita semua dapat manfaat darinya…. semoga blog ini kembali ceria dengan pelbagai entry terbaru… dan sedikit sebnyk dapat dikongsikan bersama…. amin….