Aurat : to KAK IMAN

anita dan seluruh kecantikan yang dikurniakan Allah SWT kepadanya sebagai ujian, ia disebutkan oleh Allah SWT :

زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين ..

“Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta…”

Ayat ini dengan jelas menyebut syahwat utama lelaki adalah pada wanita. Nabi SAW juga pernah bersabda :

ما تركت بعدي فتنة أضر على الرجال من النساء

Ertinya : “Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita” (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa )

Suka saya utk mengambil petikan dari akhbar harian dalam segmen HIP baru-baru ini, yang bertajuk “ Seksi Juga Adalah Fesyen ”, statement ini adalah dari seorang pelakon tempatan kita yang diberi nama Rebecca Nur Al-Islam, sungguh sedap namanya sehinggakan kita dapat membezakan ini adalah MUSLIM dan bkan nama NON MUSLIM.

Apa yang saya ingin menyentuh disini juga betulkah dalam islam, bahawa gaya seksi mempunyai batas-batasnya??

Dan boleh menjaga batas diri dan memelihara maruah keluarga???

Adakah dengan gaya menutup aurat, menjadikan seseorang itu hidup dalam keadaan dunia hipokrasi dan kepura-puraan???

Adakah remaja tidak perlu hidup dalam kongkongan dan boleh mengenepikan amal islam???

Haruskah ita membezakan antara zaman dulu yg selalu berkemban dan skrg persepsinya telah berubah???

Ya… yang paling best dari petikan tersebut “ seksi juga adalah fesyen. Saya tak ambil peduli, apa pun orang nakk kata. Saya tak pernah kacau orang lain. Mungkin orang lain cemburu sebab tak ada nama macam saya” yeah!!! Bagus dan betapa fahamnyer dia terhadap amal islami… sehingga terus mengetepikan islam tanpa menghiraukan orang lain…

Walhal, perangai inilah yang akan menyebabkan orang lain yang tidak berdosa menjadi mangsa, dengan pendedahan berani mati untuk diazab diakhirat ini, menambahkan lagi orang yg brhijab menjadi mangsa dek kerana nafsu ganas mnusia… malah siapa lagi yang menjadi mangsa?? Iaitu kanak2 yang juga masih tidak tahu dan mengerti akan soal – soal ini…

Ini lak bantahan wanita terhadap soal hijab ( petikan dari UZAR ) :

“Eleh, tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanak pun kena rogol dan bunuh. Ini maknanya, tudung bukan lagi penyelamat la ustaz. Ha..macam mana ustaz nak jawab tu ?. Hujah balas yang selalu saya dengar bila isu ini ditimbulkan.

“Pernah tak anda merasa amat marah sepanjang hidup anda ?” Tanya saya kembali.

“Pernah juga ustaz..kenapa ustaz, apa kaitannya?” Bingung sekali lagi mereka nampaknya.

“Biasanya bila seseorang itu sedang amat marah, sempat tak agaknya ia berfikir bahaya atau tidak tindakan yang dibuatnya sebagai contoh; ada orang yang sedang marah kerana bising tangisan kanak-kanak, maka ditendang (seperti berita yang saya baca di akhbar baru-baru ini), ditolak jatuh tangga, ditekup wajah kanak-kanak itu dengan bantal dan macam-macam lagi bagi menghilangkan kemarahan atau gangguan bising itu, setelah beberapa ketika mungkin baru seolah-olah dia tersedar, lalu cemas dan mungkin menyesal”

“Demikianlah juga nafsu jahat, bila ia berada di tahap tinggi, ia tidak lagi melihat samada kepada pakaian dan umur wanita mahupun isteri orang dihadapannya, sasarannya hanya mendapatkan hajat jahatnya, kerana itulah wanita yang menutup aurat dengan sempurna serta kanak-kanak perempuan juga terancam, tanpa dapat dinafikan juga peranan vcd, laman, akhbar, majalah dan novel lucah ” terang saya.

“Tapi macam mana pulak ayat tadi kata tutup aurat dapat mengelakkan wanita dari disakiti ?”

Balas mereka dengan penuh minat kali ini.

“Jika kita lihat dengan teliti, ayat tadi sebenarnya ditujukan kepada seluruh kaum wanita. Ini bermaksud, jika sebahagian besar wanita tidak mentaatinya dan memakai pakaian seksi pula. Di ketika itu, faedah dan kebaikan dari tutup aurat bagi menjaga semua kaum wanita dari disakiti secara umum akan tergugat dariu mencapai matlamat umumnya. Sebenarnya, ayat itu nak beritahu bahawa seluruh wanita bertanggung jawab menjaga keselamatan kaum sejenisnya dengan menjaga aurat masing-masing” Jelas saya

“Maka bila ada yang seksi, ini bermakna, ia sedang mengancam kaum sejenisnya yang lain dan di tempat lain kerana telah menghidupkan nafsu kebinatangan lelaki jahat yang sedang tidur”.

Anda juga boleh membaca penerangan berkaitan dgn aurat ini di : klik jer sini…

Untuk jawapan kepada kak iman juga, pandangan lelaki terhdap wanita dan pandangan wanita terhadap lelaki, bnyk yg mempengaruhi oleh pandangan dan hasutan syaitan, sbb itulah bagi kita tidak dibenarkan memandang wanita lebh dari sekali, kerana kali keduanya adalah haram… kebanyakan org yang memakai jilbab apa yang berlaku sekarang ni… seperti ditanah arab, ada dikalangan pelacur mereka masih berjilbab dan menutup keseluruh anggota badan, ini dah menjadii fitnah besar di tanah arab.. piawaian dalam pemakaian jilbab dikalangan wanita yang masih tidak mengikut nas2 yg disyaratkan… antaranya ialah apa yg diceritakan dalam blog UZAR. Jangan dikatakan oran dewasa kekadang budak2 pun mampu memberi komen terhadap mereka yang sedemikian.. dalam pendekatan ini, saya ambil dari contoh SOLAT : apa relavannya solat kepada kita??? Sehinggakan dikerjakan sehingga lima kali sehari??? Samakah solat kita dengan solat kuffar?? Or lepas solat ALLAH ada campakkan kita seketul emas utk hasil dari kita tersebut??? So apakah relavan solat kita itu???? Begitu juga memakai pakaian menutu aurat, insyaallah jika kita menjaga keistimewaan berhijab itu dengan betul Allah akan menolong da memelihara kita. So jika masih ada lelaki yang ghairah dengan perempuan yang sedemikian maybe dia sorg ja kut mcm tu.. 😀

Sebab itu lah agama kita dapat dibezakan dengan agama2 lain, agama kita mempunyai keterbatasan dalam setiap hal yang dilakukan bukan main sambrono jer… dan ini juga membezakan iman seseorang, kita islam dan mempunyai batas dalam setiap pandangan, tidak seperti orang afir yang tidak mempunyai iman dan keterbatasan dalam pandangan. Jika gagalnya rancangan pemakaian hijab ini, bermakna gagallah perancangan Allah, bila Allah gagal, so dia bersifat kekurangan, sedangkan Allah tidak sama sekali bersifat kekurangan ( mesti yakin akan Allah ), kerana kekurangan hanya ada pada makhluknya sahaja.

So disini juga kita kena dan patut faham akan pensyariatan islam, falsafah syariat islam ebih kepada mencegah…  contohnya dalam hukum hudud : curi = potong tangan apa relavannya?? Atau apa hikmahnya??

Bilamana syariat ini dijalankan org akan takut dan tidak akan mencuri lagi…maka dia beri kesan pada orang yg masih dok mencuri dan belum mncuri maka yg cdng nk mncuri x jd mncuri

Oleh itu juga kita kena yakin dan tidak memndang rendah akan soal ini, kerana apa yang disyariatkan Allah ini mempunyai panduan dan hikmahnya tersendiri, jika masih berlakunya masalah pencabulan rogol dan sebagainya itu juga adalah ketentuan Allah…

Kepercayaan kepada ketentuan Allah itu adalah aqidah kita sebagai umat islam yang tak ada pada org kafir.

Dan antara relavan dan hikmahnya berhijab ini juga :

Dari hamba yang dhaif :

1-     Islam mewajibkan hijab kerana untuk menjaga nilai harga diri yang mahal pada seseorang wanita.

2-     Dalam agama islam ada hukum yang wajib pada setiap insan kerana untuk melambangkan kesatuan agama.

3-     Konsep pemakaian muslimah di dalam islam menjamin kesejahteraan di dunia dan akhirat.  –Dunia : Tidak dinafikan setiap manusia membara nafsunya dengan perasaan ingin tahu  sama ada lelaki atau pun perempuan, justeru itu jika kita guna fikiran yang waras untuk mengkaji dalam hal ini, kita akan dapati dalam satu ibarat rumah yang tertutup pintunya lebih sukar untuk dimasuki, adapun yang ternganga sergah terbuka amatlah mudah untuk dimasuki. Islam mengajar kita supaya berusaha untuk mencari kebaikan, bukan sahaja berusaha dalam pemakaian bahkan dari semua aspek, pemakanan,percakapan,penglihatan dll agar semua anugerah Allah ini digunakan dalam mencari keredhaanNya. Jika usaha kita tidak berhasil bukan bererti kita gagal dan islam itu ada kelemahan kerana kami percaya adanya balasan di mahkamah Allah di akhirat kelak.

4-     Untuk membezakan kesempurnaan manusia berbanding binatang.

5-     Untuk menambahkan pahala dalam mencapai syurga Allah. (Dunia adalah penjara bagi yg mu’min dan syurga bagi yg kufur) –Kesengsaraan di dunia hanya seketika, kedamaian di sana buat selamanya.

6-      Untuk meninggikan syiar atau panji2 islam di muka bumi walaupun mati sebagai Syahid atau kemenangan sebagai kurniaan.

Ni jer yang mampu saya huraikan pada tajuk yang kak iman tnyakan ni… insyaallah kalau ada penambahan akanku beritahu kemudian…

Advertisements

Kebaikan Memberi Nama ( Dalam Islam )

“Seseorang datang kepada Nabi(SAW) dan bertanya,”Ya Rasulullah, apa hak anakku ini?” Nabi SAW menjawab,”Memberinya nama yang baik, mendidik adab yang baik, dan memberinya kedudukan yang baik (dalam hatimu)”

Sepertimana yang kita tahu, setiap insan yang hidup diatas muka bumi ini mempunyai nama, nama adalah penting untuk menentukan identiti seseorang itu, tidak kira bangsa dan keturunan apa sekalipun mempunyai nama, sehinggakan ada sesetengah orang yang meminati binatang peliharaan juga memberikan nama kepada binatang peliharaannya..

Nama yang baik dan makna yang elok adalah digalakkan didalam islam, juga bangsa2 dan agama lain…

“…dan Dia mengajarnya kepada Adam, nama-nama benda seluruhnya.” (Al-Baqarah: 31)

Dari ayat di atas, terbukti bahawa nama merupakan asas utama dalam ilmu yang menjadikan kita khalifah di muka bumi. Ayat tersebut juga membuktikan bahawa nama adalah amat penting dan keperluan utama terhadap kehidupan manusia.

Islam merupakan agama yang sempurna. Maka, nama menjadi salah satu perhatian utama sebagai identiti pengenalan umat Islam. Rasulullah bersabda,

“Di antara kewajipan seorang ayah kepada anaknya ada tiga. Iaitu menamakan mereka dengan nama yang baik, mengajarnya apabila berakal, dan mengahwinkan si anak apabila mereka ingin berkahwin.” (Al-Hadith)

Sepertimana nama2 yang begitu sempurna bagi 99 nama Allah, 10 nama Malaikat, dan 25 nama Rasul, malah terdapat banyak nama2 yang begitu baik dan ada jugak nama2 yang dilarang didalam islam, contohnya :

nama yang dilarang :

click disini

nama yang baik  :

click disini

Selingan kisah menamakan bayi bagi keluarga saya…

Saya mempunyai 13 adik beradik dan 2 org telah meninggal dunia, seorang ( adik ) meninggal dunia didalam kandungan namanya ( Nurul Husna ) dan seorang lagi ( abang ) meninggal dalam kemalangan jalan raya ( Arfan Zaki ).

maksud nama :

Arfan Zaki = Mengetatui dan yang cerdik, mengetahui dan suci

Nurul Husna = Cahaya yang tenang

Berkait dengan apa yang saya ingin ceritakan disini, adalah kisah nama kami 4 beradik terakhir dalam keluarga ( nama2 ini diberikan oleh Abang ke 2 dalam adik beradik ).

Saiful jihadi = Pedang Jihad

Mohd Syahiduddin = Terpuji Syahid Dalam Agama

Ahmad Rabbani = Terpuji lagi arif ( Tuhanku )

Nurul Husna = Cahaya Yang Tenang ( Nama Syurga )

Kisah nama ini dikaitkan dengan seseorang yang ingin bangkitkan islam dan bercita dalam agama untuk mengejar syurga…  Perang adalah juga salah satu medan kebangkitan islam dan pedang jihadlah yang menjadi bukti kepada kebangkitan itu, kerana keberanian pahlawan2 islam menggunakan pedang maka islam bangkit sedikit demi sedikit dan seterusnya, syahid dalam agama menjadi natijah dan hasil kepada setiap jihad dan kebangkitan demi kebangkitan… Maka kepada siapa golongan syuhada’ itu akan balik??? kepada Allah iaitu Rab ( tuhan ) kita kembali…. dan menuju Syurga ( jannatul husna ) itu adalah cita2 kita semua…

Oleh itu, berilah nama2 yang baik kepada anak2 kita mudahan Allah memberikan rahmat dan keberkatan kepada nama2 mereka… wallahualam..

Hidupku Masih Berselerak….( Personaliti )

بسم الله الرحمن الرحيم…..

Membentuk Personaliti REMAJA…

“PERINGKAT remaja merupakan suatu proses membesar dan menjadi individu matang serta mempunyai sikap yang positif dalam pergaulan masyarakat di peringkat dewasa. Bagi golongan kanak-kanak, mereka akan memasuki tahap remaja pada usia 13 tahun. Manakala remaja pula akan melangkah ke alam dewasa dalam lingkungan umur 19 tahun. Ini bermakna, seseorang manusia akan berada di alam remaja selama lebih kurang tujuh tahun. Di peringkat inilah remaja akan melalui pelbagai perubahan sama ada dari sudut mental, fizikal, emosi, dan personaliti.

Pembentukan personaliti remaja merupakan hasil dari interaksi faktor-faktor genetik dan persekitaran. Faktor-faktor genetik datangnya daripada ibu bapa yang melahirkan remaja tersebut. Manakala faktor-faktor persekitaran terdiri daripada pengaruh rakan sebaya dan sistem sosial dalam masyarakat, corak asuhan, didikan agama dan gaya hidup.

Dalam konteks ini, didikan agama akan menentukan matlamat hidup dan nilai-nilai akhlak serta kepercayaan remaja. Keseimbangan beragama dengan mengisi kehidupan ini dengan aktiviti-aktiviti berfaedah hendaklah diamalkan oleh remaja demi kesejahteraan hidup mereka. Kehidupan remaja muslim hendaklah sentiasa berpandukan al-Quran dalam mencapai matlamat hidup mereka.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Sesiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-Nya, kitab-Nya, rasul-rasulNya dan hari kiamat, sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya.” (An-Nisa’ : ayat 136)

Sejarah kehidupan Rasulullah s.a.w., para sahabat dan tabi’en hingga kurun ketiga hijrah memperlihatkan bahawa mereka menjalani hidup berasaskan roh Islam yang bukan sahaja berjaya membentuk mereka menjadi ‘insan rabbani’ malah berjaya menjadi benteng yang kukuh dalam melayari hidup di dunia yang penuh dengan ujian.

Kehidupan Rasulullah s.a.w. sendiri baik semasa remajanya atau setelah dilantik sebagai rasul memperlihatkan kepada umat manusia bahawa baginda mempunyai akhlak dan keimanan yang tinggi yang telah membawanya ke maqam (kedudukan) manusia yang teragung. Pengiktirafan ini bukan sahaja dinilai oleh para sahabat baginda bahkan diakui sendiri oleh Allah s.w.t. melalui firman-Nya yang bermaksud :

“Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat terpuji.” (Al-Qalam : ayat 4)

Dalam konteks kehidupan yang semakin berubah hari ini, remaja muslim perlu memiliki ciri-ciri keunggulan iaitu dari segi keperibadian, kemahiran, penguasaan ilmu dan pengetahuan agama. Perubahan dan evolusi kehidupan masa kini sebenarnya membuka ruang yang begitu luas kepada remaja untuk menentukan dan mencorakkan apa yang mereka inginkan. Kemudahan teknologi masa kini telah menambah nilai sedemikian ke tahap di mana kawalan tidak lagi dapat dilakukan secara menyeluruh terutama aspek-aspek negatif yang dibawa dari kemajuan itu. Namun demikian, remaja muslim perlu menjadikan keadaan dan perubahan sedemikian bukan sebagai asas untuk mereka terjerumus ke lembah masalah sosial yang tidak mendatangkan faedah.

Maka dengan sebab itulah para remaja perlu menjadikan asas-asas agama, akhlak dan menghormati ibu bapa sebagai sesuatu yang wajib untuk dipenuhi. Di samping itu, keindahan budi bahasa dan kesantunan masyarakat kita amat sesuai dijadikan sebagai pakaian dan amalan yang amat digalakkan oleh agama Islam. Budaya moden hari ini bukanlah semuanya tidak baik tetapi biarlah ianya sesuatu yang bersesuaian dengan kehendak agama dan cara hidup kita. Jangan kita terlalu mudah untuk mengambil jalan pintas semata-mata mencari keseronokan segera yang hanya seketika dapat dinikmati.

Setiap remaja harus memahami tujuan mereka dilahirkan di dunia ini dengan mempersiapkan diri sebagai khalifah Allah. Mereka harus mempunyai tujuan dan kesungguhan sebagai insan yang taat dan kreatif. Matlamat hidup yang tidak bercanggah dengan kehendak Islam hendaklah disemai ke dalam diri seseorang remaja jika mereka mahu berjaya dan maju sebagai generasi yang unggul, cemerlang dan diberkati.

Remaja muslim juga memerlukan kemahiran pengendalian diri kerana mereka belum mempunyai pengalaman yang cukup untuk memastikan diri mereka betul-betul berada di landasan yang benar. Ini kerana, zaman keremajaan banyak menyentuh perasaan seseorang remaja sehingga menimbulkan jiwa yang sensitif dan peka terhadap diri dan persekitarannya. Perkembangan ini ditunjukkan dengan cepatnya pertumbuhan fizikal dan seksual. Akibat dari pertumbuhan fizikal dan seksual yang cepat itu maka timbullah pergolakan dalam diri remaja khususnya dalam memahami hubungan antara berlainan jantina.

Remaja yang merasakan bahawa fizikalnya sudah seperti orang dewasa sehingga dia merasa perlu untuk bersikap seperti orang dewasa untuk menutup keadaan dirinya yang sebenar harus memahami bahawa anggapannya itu hanyalah sekadar imaginasi atau peniruan. Justeru, remaja harus bijak mengendalikan diri dalam menghadapi dunia yang penuh dengan aneka godaan dan dugaan ini. Hindarilah diri dari hanya mengikut kehendak hati, tapi gunakanlah fikiran agar setiap keputusan yang diambil benar-benar mengikut aspirasi ibu bapa, masyarakat dan agama.

Al-Quran mengemukakan penjelasan bahawa manusia terdiri dari dua unsur iaitu unsur rohani dan jasmani. Rohani dianggap sebagai teras dan pemandu manakala jasmani sebagai kenderaan dalam melayari kehidupan di dunia ini. Inilah identiti keinsanan yang dijelaskan oleh al-Quran.

Namun apa yang berlaku ialah berlakunya pemisahan dua unsur tersebut dalam kehidupan remaja pada hari ini dan yang lebih parah lagi berlakunya penyelewengan terhadap fungsi bagi kedua-dua unsur tersebut dengan menjadikan unsur jasmani sebagai alat utama dalam menjalani hidup di dunia. Akibatnya, kehidupan remaja mengalami pelbagai gejala yang buruk dan timbul krisis sosial yang hebat. Justeru itu, tumpuan harus diberikan kepada pembinaan rohani remaja yang meliputi asas-asas didikan agama yang sempurna.

Kehidupan Rasulullah s.a.w. yang berasaskan tarbiah Islam telah menjadikan seluruh kehidupan baginda sebagai ibadat dan pengabdian diri kepada Allah s.w.t. Keadaan ini membawa erti bahawa nilai-nilai akhlak, peribadi, sikap, tindakan, percakapan dan wawasan hidup baginda ialah berasaskan nilai-nilai Islam yang dididik oleh Allah s.w.t. sesuai dengan kedudukan baginda sebagai kekasih Allah. Jelas sekali ketinggian peribadi Islam ini telah membawa satu perjalanan hidup yang positif. Oleh sebab itulah Rasulullah s.a.w. merupakan contoh teladan yang abadi di sepanjang zaman dan generasi manusia.

Setiap manusia akan melalui proses pembelajaran dalam kehidupannya. Proses pembelajaran ini akan membentuk personaliti manusia. Menurut Imam al-Ghazali, personaliti manusia adalah berasaskan sifat-sifat kerohanian dan kejiwaan. Jiwa remaja terdapat unsur-unsur seperti hati, roh, nafsu dan akal yang mempengaruhi pemikiran mereka. Akal secara fizikal merupakan otak dan dari sudut kerohaniannya mempunyai kemampuan untuk menyerap ilmu melalui organ-organ deria dan menjalani proses pembelajaran.

Akal merupakan suatu unsur yang istimewa dalam tubuh remaja. Unsur penting dalam akal ialah ia mempunyai daya kekuatan untuk menganalisis sesuatu perkara dan menghasilkan persepsi sama ada ia suatu kebaikan atau keburukan. Manusia yang tidak berakal akan rosak personalitinya seperti orang gila.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

“Tidak adalah usaha seseorang seperti keutamaan akal yang memberi petunjuk kepada tuannya itu dan mengelakkan dari jalan yang hina. Tidak sempurnalah iman seseorang dan tidak berdiri tegak agamanya sebelum akalnya itu sempurna.”

Akal berfungsi menyampaikan ilmu pengetahuan kepada hati yang boleh mempengaruhi atau menyucikannya dan menghampirkannya kepada Allah s.w.t. Menurut Imam al-Ghazali, jasad dihubungkan dengan roh melalui hati. Hati menjadi sumber kerohanian yang terpancar untuk seluruh diri manusia. Hati mengatur tingkahlaku remaja dan memainkan peranan penting dalam tingkahlaku mereka.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

“Ingatlah, dalam jasad kamu itu ada seketul daging, jika ia sihat maka sihatlah jasad seluruhnya. Jika ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya. Ketahuilah bahawa daging itu adalah hati.”

Kejadian Manusia ( perut Ibu sebagai tunggangan )

Kali ini terdetik dihati ingin menulis sedikit sebanyak mengenai kejadian kita iaitu manusia, yang sememangnya menjalani pemprosesan yang sama… merujuk kepada kitabullah al-quranul karim…

بسم الله الرحمن الرحيم

23_1212. dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah;

23_1313. kemudian Kami jadikan “pati” itu (setitis) air benih pada penetapan Yang kukuh;

23_1414. kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu Dengan daging. setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk Dia menjadi makhluk Yang lain sifat keadaannya. maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.

23_1515. Kemudian, Sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati.

23_1616. kemudian Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat.

(surah : al-mukminun : 12 – 16)

Dan dipetik dari surah ali-imran ayat ke – 6, yang bermaksud : Dia lah Yang membentuk rupa kamu Dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana Yang dikehendakiNya. tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

BERMULA DARI MINGGU KE 4 – 8 :

clip_image001

Terjadi pembentukan awal embrio yang sudah memiliki sistem vaskuler iaitu sistem peredaran darah. Jantung janin mulai berdetik, dan semua organ tubuh lainnya mulai terbentuk. Muncul tulang-tulang wajah, mata, jari kaki, dan tangan. Pada fasa  ini pun sudah terbentuk kantung ketuban yang terdiri dari dua selaput tipis.  Selaput ini berisi air ketuban tempat bayi terapung di dalam rahim. Air ketuban akan menjaga bayi dari cedera akibat gegaran dari luar selama masa kehamilan.

2s

PADA MINGGU KE 8 – 12 :

3s

Organ-organ tubuh utama janin telah terbentuk. Bentuk kepalanya pun kini lebih besar dibandingkan dengan badannya, sehingga dapat menampung otak yang terus berkembang dengan pesat. Ia juga telah memiliki dagu, hidung, dan kelopak mata yang jelas. Di dalam rahim, janin mulai dapat melakukan aktiviti seperti menendang dengan lembut.

PADA MINGGU KE 12 – 16 :

Paru-parunya janin mulai berkembang dan detik jantungnya dapat didengar melalui alat ultrasonografi (USG). Wajahnya mulai dapat membentuk ekspresi tertentu, dan di matanya mulai tumbuh alis dan bulu mata. Kini ia dapat memutar kepalanya dan membuka mulut. Rambutnya mulai tumbuh kasar dan berwarna. Bahkan kakinya pun sudah tumbuh lebih panjang dari tangannya.

PADA MINGGU KE 16 – 20 :4s

Hidung dan telinga nampak jelas, kulit merah, rambut mulai tumbuh, dan semua bahagian sudah terbentuk lengkap. Pembuluh darah terlihat dengan jelas pada kulit janin yang tipis. Tubuhnya ditutupi rerambut atau bulu-bulu  halus. Si kecil kini mulai lebih teratur dan terkoordinasi. Ia boleh mengisap dan bereaksi terhadap suara ibunya.

PADA MINGGU KE 20 – 24 :

Pada saat ini, alat kelaminnya mulai terbentuk, cuping hidungnya terbuka, dan ia mulai melakukan gerakan pernafasan. Pusat-pusat tulangnya pun mulai mengeras. Selain itu, kini ia mulai memiliki waktu-waktu tertentu untuk tidur.

5s

Berkat teknologi 3D Ecography, anda bisa melihat sang janin dengan jelas, bahkan ekspresi wajahnya.

PADA MINGGU KE 24 – 28 :

6s

Di bawah kulit, lemak sudah mulai menumpuk. Di kulit kepala rambut mulai bertumbuhan, kelopak matanya membuka, dan otaknya mulai aktif. Ia dapat mendengar sekarang, baik suara dari dalam maupun dari luar (lingkungan). Ia dapat mengenali suara ibunya dan detik jantungnya bertambah cepat jika ibunya berbicara.

PADA MINGGU KE 28 – 32 :

7s

Walaupun gerakannya sudah mulai terbatas karena beratnya yang semakin bertambah, namun matanya sudah mulai bisa berkelip akibat melihat cahaya melalui dinding perut ibunya. Kepalanya sudah mengarah ke bawah. Paru-parunya belum sempurna, namun jika saat ini ia terlahir ke dunia, si kecil kemungkinan besar telah dapat bertahan hidup. Si kecil kini sudah terbentuk dengan sempurna.

PADA MINGGU KE 36 :

Sang bayi kerap berlatih bernafas, mengisap, dan menelan. Rambut-rambut halus di seluruh tubuhnya telah menghilang dan badannya menjadi lebih bulat. Bayi yang dikandung oleh sebahagian wanita yang hamil untuk pertama kalinya akan mengalami penurunan, iaitu turunnya kepala ke rongga pinggul (bayi sudah “turun”).

PADA MINGGU KE 38:

Kepalanya telah berada pada rongga pinggul, siap untuk dilahirkan. Hal tersebut menunjukkan bahawa waktu persalinan sudah dekat. Kini, sang bayi seolah-olah “mempersiapkan diri” bagi kelahirannya ke dunia.

PADA MINGGU KE 40 [9 Bulan]:
10s

Apa yang dulunya hanyalah sebuah sel, sekarang telah menjadi manusia. Dalam beberapa hari, plasenta akan mengambil alih dan memberi signal bahwa bayi telah siap untuk dilahirkan. Sang bayi masih tidur dengan tenang di dalam rahim ibunya. Ia tidak mengetahui bahwa sesaat lagi ia akan meninggalkan “rumah”nya untuk menjalani proses terbesar dalam kehidupannya yaitu KELAHIRAN! Walaupun proses ini menyakitkan bagi sang ibu dan sang bayi tetapi melalui hal ini…

466945964_f7afe97a90Dengan izin Allah, akhirnya bayi yg comel dan montel dilahirkan dengan selamat….

ALHAMDULILLAH….:D

dipetik dari beberapa rujukan…lupa suda… hikhik

Tahniah Junior2 sekelian….

Salam penyambut pembuka bicara… telatah dicipta dikongsi bersama… mencoret cerita pelbagai drama dan pujangga… moh la kome, kita kongsi bersama suka dan duka sepanjang bersama…9229_1170725160361_1594950891_434220_8084429_n

gambar nih memang tak kena pada tempatnya… hihihi saja nak kongsi bersama supaya kita pun kreatif macam gambar diatas demi mencipta suatu budaya dan mempelajari satu budaya…

Haaa… meh nak sambung cerita kepada adik dan kakak sekelian pembaca… Abg senior awk nih suka mengomen dan bukan nak mengata tapi mahu kongsi apa yang tak kene… apatah jadi dengan tulisan hambe ni macam merampu tak kene tempatnyer… hihihi…

Salam lagi sekali kepada semua, atas tuh hanya wadah pembuka dan muqaddimah je…. kalau dulu abg senior nih ada menulis artikel dan ramai yang kata memang tak kena, sekali lagi abg senior korg ni yg tak cukup ilmu mahu kongsi lagi cerita lama mudahan tak berbangkit seperti ditabur YIS dan berkembang seperti yang lama…. entry lama dulu mengenai niqab memang disambut meriah oleh pembaca sekalian dan ramai yang dah memberi komen dan tunjuk ajar alhamdulillah dengan apa yg dituliskan ada juga yang dah sedar dan ada juga yang tak kemana…

Abg senior nih sungguh bangga dengan korang pelajar baru ( junior ) mutah 2009 kali ini terutamanya akhawat yang sudah mula mencipta sebuah agenda yang begitu bermakna kepada kita mudahan kekal selamanya dan dituruti dengan istiqamah dijiwa, kali ni abg senior bangga dengan korang yang makin menampakkan keislaman dengan maybe 70 dari peajar baru kita berniqab dan menutup muka, abg senior nih berharap ianya bukan satu agenda untuk berlagak atau bergaya dengan trend bumi anbia’a tapi cekal didalam diri dan hati beristiqamah demi menjaga diri dan keperibadian terpuji.. insyaallah. ( doakan selalu demi diri dan agama ).

Wah… yang semangat lagi abg senior nih nak bercerita, lucu dan agak ngeri pun ada… hihihi gurau jer.. alaa lucu laaaa jugak, kalau dulu.. masuk kelas majority arab jer.. tapi sekarang dah lain la plak… masuk kelas aikkkkkkkk!!! terkenzutttt kura2 lak rasa…. dah ramai orang melayu dari arab… hihihihi lucu + bangga dengan anak2 melayu kita yang makin berusaha nak amik adab atau bhasa arab…. dalam amsa yang sama dah macam duk sekolah menengah dulu2 la plak bila berada bersama.. al maklumlah dah ramai melayu dari arab.. hingga sekali doktor bertanya.. betol ker korang kelas dengan aku??? sampai ramai macam tu… hikhik sekali baca nama memang sah!!! korang mmg suka tasjil dgn doktor Hasan Rubaba’ah yang memang dikenali oleh pelajar adab dan juga segelintir pelajar kuliah lain….

Moh pelajar2 adab dan yang lain juga… jangan korang rasa kita nih dicaci dan dihina…. korang jangan rasa malu lah dengan arab2 yang suka mengata tu…. nak kongsi sedikit cerita kat korang, exam nanti korang akan tahu lah betapa pandai nya arab bila masuk exam… hihih bukan kerana otaknya geliga dalam pelajaran, tapi geliga dalam meniru demi lulus dalam exam.. memang kagum sangat dengan cara dorang meniru.. jangan sekali kita tiru dorang kerana disitulah terselitnya keberkatan…

Sebenarnya banyak lagi nak cerita, malas lah pulak nak menekan tubi keyboard  dan memerah otak utk kongsi cerita, tapi cukuplah dengan pengalaman yang tak seberapa nih utk ruangan yang terhad ni yer…. kalau nak tahu meh la jalan umah insyaallah alau tak keropok lekor keropok keping pun ada… hehehhe… jemput2… umah nih sentiasa terbuka….

Ahlennnnn… sekali lagi… dan maaf atas keterlanjuran kata….

Raya Datang Lagi…. :D

Assalamualaikum…. Salam Aidilfitri…

Baru jer lepas jenguk2 intai2 kemeriahan blog Kak Han terasa jeles lak dihati nak memetik2 keyboard2 laptop ni.. nak jugak berkongsi kemeriahan raya bersama2 semua… pejam celik sekejap jer sebualan ramdhan berlalu kekadang berasa tak puasa berpuasa, tapi alhamdulillah kita masih dapat teruskan dibulan syawal lak, berpuasa enam hari dibulan syawal pun banyak gak ganjarannya… nak banyk lagi teruskan puasa ni, dibulan2 lain sebagai amalan sunat kita seharian…

Wah… best nyer duk mesia nih… almaklumla senang pulak nak dapat tenet ni… sambung jer kat hp dah dapat tenet… tak sangka la plak, telepon yg dibeli 2 tahun lepas terbukti dapat menolong saya dalam mengconnect internet nih… hikhikhik ( iklan la plak )… 😛

Haa.. kali nih berkat jenguk2 blog kak han dapat la gak idea na kongsi raya bersama2… hihik jom layan…. zasssssssssssssss 😀

raya pertama bersama kuarga

20092009141ni lah kuarga ku diraya pertama.. masih ada yg tak masuk nih.. maklumla kan umah kecik dak muat la plak spacenya nak isi semua sekali hikhikhik 😛

20092009139haaa.. ni pun ya gak… aikkk masalahnya mana lagi sorang??? sapa erk tak der tu??? saya la kot adussssssss kena amik gambar la plak…

20092009144 ni kuarga abg yie semuanya cumel2… alhamdulillah 😀

20092009151kuarga kak yah.. tidak mementingkan warna tema hikhik pon best lawa….

20092009133abg pu dan anaknya tema unggu tahun ni…

20092009157abg syah yg duk kat tgh tu… hihihi nak ngumpat sikit.. disebabkan malu nakk bergaya… dier menyorok lak diantara abg yie dan abg soh sepupu kami… 😀

santai raya pertama

20092009129

semua duk bg komen kat juru kamera ker tu??

20092009130 merah dan putih masuk gak tu….

20092009134sementara menunggu nak amik gambar ni…

20092009135juru kamera kita sedang amik gambar, walaupun dgn hp yg tak berapa nak mahal hihihihi

20092009137alahai nagis la plak dier.. lama sgt menunggu amik gmbr ke???

20092009138bangun2 tukar orang len lak nak amik gambar asyik korang jer apo laaaaa…

20092009158inilah aku hikhik posing depan keter org jer la… keter sndiri dak der agih hukhuk :((

20092009161besor2 dah kawan2 aku nih semua hikhik…. semoga kekel persahabatan kita.. ameen

majlis BBQ bersama adik beradik kelolaan abe man…


21092009164macam sedap jer ayam tuh.. hehehe biarpun hangus sikit, tapi tetap best… tgk la sapa  chef nyer hikhik 😀

21092009162waaaaaaaa!!!! naper hangus tu???

21092009165aik napa plak aku duk mcm tuh…. aduss wat malu jer… tak per2 sekali skla pose..

21092009181 muka2 tak malu jd ppelakon jer dorg nih wahahah

21092009195last pic utk dikongsi….

dahhhhhhh abes gak raya kali ni…. wavai…

Syawal….

Wah, alhamdulillah sempat gak postkan entry kedua selepas entry terbaru sebelum nih… sebagaimana org len yang sibuk menulis bab ramadhan, ketinggalan plak aku nak menulis bab Ramadhan yang bakal berakhir tak lama lagi… apa pun ingin aku kongsikan sedikit cerita kisah taubat seorang hamba di bulan Ramadhan…

Kisah ini diceritakan oleh seorang ulama’ akan kisah seorang lelaki kenalannya yang biasanya cuai dalam mengerjaan surahan2 agama. kadang juga cuai dalam urusan solat lima waktu. Tiba2 pada suatu dibulan ramadhan ia nampak berubah, memakai pakaian yang kemas, cantik dan berwangian. beliau tekun kerjakan sembahyang dan beribadat kepada Allah bahkan solat2 yyang ditinggalkan sebelum ini pun diqada’nya.

melihat perubahan itu, eman dekatnya bertanya : apa geraangan yang membuatkan kamu sedar akan kewajippanmu sebagai seorang muslim? lalu lelaki itu menjawab, Bulan ini adalah bulan taubat, bulan berkat dan bulan rahmat. Semoga Allah memaafkan dosa2ku dengan kurniaanNya.

Tidak lama kemudian lelaki itu meninggal dunia, Ulama’ tadi bermimpi menjumpainya dan bertanya : Bagaimana sambutan Allah terhadapmu? Ia menjawab : Allah telah mengampunkan segala dosaku kerana aku menghormati bulan ramadhan.

Pemoga kita juga tergolong dalam golongan yang diampunkan dosa olehnya dibulan berkat ini… ameen… 😀

Panajang bercerita tentang ramadhan beralih pula kebulan SYAWAL… ya walaupun terasa semacam terlalu awal nak postkan entry nih… rasanya tak der masalah kerana lepas ni susah dah buat diri nih nak mengadap tenet nih almaklumlaaa… tenet tak der kat kampung, so guunakan kesempatan yang ada nih untuk postkan terus kelebihan bulan syawal nih kepada semua…

Sebaik jer terbenam matahari diakhir ramadhan maka bermulalah syawal, tak daat dibayangkan kegembiraan umat islam kketika berbuka puasa di last ramadhan menunjukkan perjuangan menahan hawa nafsu berjaya, mereka merasakan nikmat yang tidak terhingga setelah dapat menunaikan kewajipan ramadhan yang berkat. kegembiraan ini hanya terasa bagi mereka2 yang mengerjakan ibadah ini dengan penuh keimnana wahtisaban dengan mengerjakan amalan2 sunnanya. walaubagaimana pun kegembiraan itu tidak boleh deselitkan dengan lupanya kita akan ibadah2 yang patut kita kerjakan selepas itu, kerana kita mesti ingt tidak pernah ada istilah pencen untuk beribadah dan mengerjakan amal kebajikan bagi orang2 yang ingin berjumpa dengan Allah swt, dengan qalbun salim ( hati yang bersih ).

Dalam bulan syawal juga banyak amalan yang perlu dikerjakan oleh uat islam untuk melengkapkan diri dan menyempurnakan pahala2 yang diperolehnya selama bulan ramadhan samada amalan yang wajib ataupun sunat.  antaranya ialah :

–  Zakat Fitrah.

–  Menyambut Aidilfitri. ( menghidupkan hari raya aidulfitri dengan bertakbir ).

–  Solat Aidilfitri.

–  Berpuasa di bulan syawal. ( selama enam hari ).

Rasulullah bersabda mafhumnya : Barangsiapa yang mengerjakan puasa dibulan ramadhan, kemudian diikuti     dengan puasa enam hari dibulan syawal, maka yang demikian itu menyamai dengan puasa sepanjang masa.

Ibnu Umar berkata bahawa Rasulullah bersabda mafhumnya : Barangsiapa yang mengerjakan puasa dibulan ramadhan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari dibulan syawal, maka ia telah keluar dari semua dosa-dosanya seperti baru lahir dari perut ibunya. ( hadith riwayat muslim )

Ya… sebagaimana dibulan Ramadhan bulanSyawal juga punyai kisahnya yang tersendiri, disini cuba saya ceritakan sedikit sebanyak kisah keringanan siksa kubur orang yang berpuasa dalam bulan Syawal….

Sufiyan At-Tauri menceritakan tentang kawannya : saya tinggall di mekah selam tiga tahun, ada seorang lelaki yang selalu datang ke baitul haram ketika waktu zohor dia tawaf dan solat di kaabah. sehinggalah satu masa dia telah memberi salam dan saya menyahutnya dan terus mengenali satu sama lain. sehinggalah suatu masa beliau sakit dan telah memanggil saya lalu berkata : kalau saya meninggal dunia, tolong mandikan saya olehmu sahaja, solatilah dan kebumikan saya, jangan kaau tinggalkan saya seorang diri didalam kubur pada waktu malam itu, bahkan bermalamlah kau berdekatan dengan kuburku dan ajarkanlah saya kalimah tauhid ketika ditanya Malaikat Munkar dan Nakir. Ketika beliau meninggal dunia lalu aku kerjakan apa yang diwasiatkan kepadaku, ketika aku dalam keadaan tidr dan sedar, tiba2 terdengar suara ( hai Sufian At-Tauri, tidak perlu engkau mengajar mayat ini dengan kalimah tauhid…

Sufian bertanya , KENAPA DEMIKIAN??? lalu dijawab, kerana dia telah berpuasa dibulan ramadhan dan berpuasa pula enam hari dibulan Syawal, lalu aku terbanguun dan tidak menjumpai sesiapa pun disitu, akuterus berwuduk dan tidur semula, mimpi itu berterusan sehingga tiga kali, maka aku tahu bahawa itu petunjuk dari Allah dan bukannya mainan syitan yang dilaknat.

Aku balik dari kuburnya sambi berdoa kepada Allah supaya mendapat pertolongan dariNya untuk mengerjakan puasa dibulan Ramadhan dan mengerjakan enam hari puasa di bulan syawal….  Maka Allah memekbulkannya…

Inilah sedikit sebnyak ilmu yang dapat saya kongsikan bersama, dan insyaallah kita akan berjumpa lagi dilain waktu dengan isi kandugan yang baru…. mungkin ketika itu saya dah pun berada di bumi jordan meneruskan perjalan menongkah arus dalam mencari secubit ilmu untuk dijadikan segantang dan terus dijadikan sepikul… insyaAllah…

Wallahua’alam…