==> Yaasin Atau Yasin???
Sekejap tadi aku telah terbaca seseorg kawan telah menegur ejaan bahasa ku.. yang mana bila bahasa Arab di melayukan… Komen itu telah menyentuh salah satu perkataan dari entry2 yang telah aku masukkan iaitu perkataan Arab yg telah dieja melayukan : Istikarah dan Istiqharah… istikharah apa maksudnya dan betulkah istiqharah bermakna jahanam??? terima kasih kepada beliau komen yang sungguh bernas itu… apakah ejaan sebnar bagi surah yasin??? yaasin atau yasin??? kalau nak diikutkan didalam quran mempunyai surah yaasin atau yasin begitu jugalah pada nama seorang lelaki islam iaitu yasin atau yaasin ada juga digunakan untuk nama nabi. yang aku hendak tahu… adakah ejaan arab yg dimelayu ini harus dipertikaikan??? dari segi maknanya.. sbb kalau nak diikutkan silap ejaan arab mmg boleh kekadang boleh jugak boleh membawa lain dari segi maknanya… dan adakah ejaan bhasa melayu itu pun akan menyebabkan lain dari segi maknanya???
Begitu juga didalam perkataan contohnya : untuk memberi ucapan seperti Seorang kawan telah mngucapkan kepada kawannya yang lain : selamat pengantin baru dan semoga berbahagia hingga ke anak cucu… bukan semoga berbahagia ke akhir hayat..’ ada seseorang pernah menegur akan bahasa yang digunakan ini, kenapa perlu guna hgga ke anak cucu bukan hingga ke akhir hayat???
Aku terfikir2 sendiri, adakah orang kita sudah mula menolak atau tidak faham akan ciri-ciri tersurat dan tersirat yg kaya dlm bahasa Melayu? Aku tidak fikir sama sekali adakah kalau hanya menyebut semoga bahagia ke anak cucu.. menyebabkan pasangan itu berbahagia setakat ke anak cucu, maka selepas itu mereka pun bercerai-berai dan menderita!? Begitu???
Ungkapan ‘berbahagia ke anak-cucu’ bagi aku sudahpun serasi membawa maksud ‘sampai bila-bila’ ataupun ‘selama-lamanya’. Ianya semata-mata melengkapkan rima apabila didahului dgn ungkapan ‘Selamat pengantin baru, semoga berbahagia ke anak cucu’.
Sama halnya dgn ungkapan ‘Selamat hari lahir, panjang umur , murah rezeki’.
Kedengaran juga pendapat seorang ustaz mengenai ungkapan ‘Aku naik saksi..’ dalam terjemahan kalimah syahadah. Katanya ‘nak naik ke mana?’. Habis tu bagaimana dgn ‘naik marah’ ? ‘naik radang’ ?, ‘naik angin’ ? jatuh hati ? ‘kalah mati’ ?
Persoalan aku, adakah kita tidak lagi perlukan nilai estetika bahasa, justeru semuanya mahu secara langsung, secara terus? Tidak perlukah lagi kiasan, simpulan bahasa atau yg seumpamanya melainkan semua literal belaka? Jika ada seorang bapa berkata kepada anaknya ‘besar besok jadilah orang berguna’ , maka besok jugalah anak itu akan besar , dan besarnya pula seperti Big Show yang sememangnya BESAR!!.
Dengarlah nasihat orang tua, mereka dulu yg makan garam. Maka menjawablah golongan ‘tak reti bahasa’ ini, jangan makan garam banyak sangat nanti kena darah tinggi!
Yang kurik itu kundi
Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa
Dan mungkin nanti ada yg berkata, dalam dunia serba pantas ini, kita tidak punya banyak masa untuk berkias ibarat. Kalau jimat masa yg dihujahkan, maka baiklah kita semua menggunakan bahasa atau tulisan seperti dlm sms mahupun ‘chatroom’;
Selamat menjadi ‘camat’, kerja jadi keje, semua jadi sume, lain jadi len dan macam-macam lagi .
16 responses to “Ejaan Arab di Melayukan…”
ayoh pem
May 31st, 2008 at 23:15
صلاة اللاستخارة او الاستقارة؟؟
memang x dinafikan asalnya perkataan Yaasin tapi bila dimelayukan menjadi yasin…dan ada juga yang masih mengekalkan perkataan yaasin itu sendiri…..
Tapi bila perkataan istikharah….bila dimelayukan ia tetap tidak berubah kepada istiqharah dan mana2 pengarang ataupun penulis yg hendak memelayukan perkataan istikharah ini tidak ada seorang pun atau mana2 buku pun yang menggunakan perkataan istiQharah….
Anda ada menemukan perkataan istiQharah daripada istikharah yang dimelayukan seperti Yaasin kepada Yasin?
kalau ada,kemukakan kepada saya…..::)
ayoh pem
May 31st, 2008 at 23:17
صلاة الاستخارة او الاستقارة؟؟
teratak
June 1st, 2008 at 05:27
terima kasih kepada pembaca…. ok cuba anda membelek web ini :
1. http://soaljawab.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=category§ionid=11&id=41&Itemid=84
adalah juga lebih senang anda menggoogle masuk perkataan ISTIQHARAH terus kedalam pencarian web… apa yang akan keluar??? dan sememangnya perkataan : Did you mean: istikharah akan keluar. Akan tetapi kenapa ada juga yang masih menggunakan solat istiqharah??? dan ada juga yang menggunakan solat istikharaj… untuk pengetahuan pembaca… saya juga ingin menanyakan saudara, adakah solat untuk menjahanamkan??? penulis disini meletakkah pekataan solat dihadapan bukan hanya menggunakan istiqharah… dan adakah bila perkataan arab dimelayukan ini akan juga berubah maknanya bila diletakkan solat dihadapannya??? seperti solat istikharah kepada istiqharah???
teratak
June 1st, 2008 at 05:41
صلاة الاستخارة او الاستقارة؟؟
sudah saya menyebut diatas…. saya tidak hanya menggunakan perkataan istiqharah akan tetapi te;ah meletakkan solat itu adalah solat istiqharah bukan hanya istiqharah… ok… inilah tujuan saya menyentuh bab ejaan arab dimelayukan… صلاة الاستخارة او الاستقارة؟؟ sememangnya dlm bhasa arab sebegitu lah ejaannya… dan ada kah صلاة الاستقارة??? jika didalam bahasa arab??? mmg jauh sama sekali.. mmg tidak ada…. cuba anda perhatikan dalam bahasa melayu sekali pun kalau nak diikutkan dalam ejaan… cuba anda mengklasifikasikan perkataan ini
1. BELA???
2. MEREKA???
dan jika didalam bahasa kelantan sendiri ejaan kelate, klate atau kelantan??? dan juga bnyk lagi… cnthnya orang kepada ore, oghe, orhe…. mn yang betul??? ok kembali kepada perkataan BELA dan MEREKA mmg kalau tidak dijdikan satu ayat yg sempurna agak pyah untuk kita membezakan maknanya cnthnya BELA :
1.saya membela bebera ekor kerbau.
2.peguam itu telah membela saya dalam menegakkan keadilan.
MEREKA :
1. fendi telah mereka cipta satu projek yang tergempar.
2. mereka semua berada di suatu tmpt yang agak tersorok.
itu shaja yg dapat sy huraikan… maaf atas sedikit kesalah ejaan diatas…
ayoh pem
June 1st, 2008 at 12:24
hehehe….yang bahasa melayu diubah atau di shortkan kepada melayu tu tak payah sebutlah…itu sesama bahasa melayu….
kita disini arab kepada melayu…
saudara ikut mana satu? hakikatnya “qha” diselarikan dari ق…
manakala “kha” pula diselarikan dari خ…
so yang betul dan tepatnya ialah “kha” = خ….
so??kenapa perlu istiQharah tidak istikharah??
teratak
June 1st, 2008 at 12:37
hihi nampaknya makin tidak ada isu yg dikemukakan…. ok untuk makluman saudara pembaca.. saya sama sekali tidak meringkaskan mana2 perkatan tapi hnya memelayukan perkataan arab.. dan anda juga telah meminta bukti yg dunakan… dan saya juga telah memberi bukti tersebut kpd saudara… yer sememangnya kha = خ dan qha = ق. begitu juga apa yg anda kemukakan dulu ttg hadis yg berkaitan 90% keejahteraan adalah diamkecuali berzikir kepadaNya.. anda juga telah mengemukakan bhawa kelemahan dalam mengistilahkan sesuatu perkataan… wallahuaalam…
ayoh pem
June 2nd, 2008 at 19:27
mana buktinya? buktinya kerana ada orang lain guna istilah istiqharah dan anda pun turut menggunakannya juga lalu menjadikan ia sebagai bukti?….itu bukan bukti…n kita x boleh nak main ikut2 org jer…klu org lain turut tersilap macamana?kecuali klu istilah arab lain yg dimelayukan…klu istilah istikharah tu ianya merujuk kpd huruf خ tersebut lalu jadilah ia istikharah dan bukannya seperti yg sebelum ini…dan tajuk artikel anda sendiri turut bertenangan dengan isi dibawah…tajuk yg digunakan adalah istiqharah tapi setiap teks ayat dibawah tiada satu pun istilah istiqharah…kenapa macam tu? bukankah ia satu kesilapan?hehehe….
“begitu juga apa yg anda kemukakan dulu ttg hadis yg berkaitan 90% keejahteraan adalah diamkecuali diam” -betul ker saya kata macam tu??hihihi…saya rasa saya masih ingat lg apa yg saya katakan..:p
“anda juga telah mengemukakan bhawa kelemahan dalam mengistilahkan sesuatu perkataan” -apa ni? x paham…:)
teratak
June 2nd, 2008 at 23:24
No Komen… kelemahan dalam berbahasa dan mengeja ini perlu dirujuk dgn banyak rujukan sbnrnya.. hamba tahu ilmu hamba ini masih cetek untuk semua ini….
“anda juga telah mengemukakan bhawa kelemahan dalam mengistilahkan sesuatu perkataan” -apa ni? x paham… 🙂
beberapa bulan yg lepas anda telah mengemukakan ayat ini bila anda menghuraikan tang hadis 40 yg dibacakan berkaitan diam dan telah di syarahkan melalui hadis lain yg menyentuh kepada 90% dari kesejahteraan itu adalah diam kecuali bila berzikir kepadaNya… anda telah melihat isu kecuali itu di maktabah ram… tang hadis arbain… dan tidak lama selepas itu saya ada lagi mmbincangkan ttg hal ini di atas bas ketika pulang dari karisma.. sekali lg anda mengajukan pendapat sebegitu.. sehinggalah suatu hari anda telah menghuraikan balik akan maksud 90% dan kecuali yg membawa maksud bila hnya kita diam akan mendapat 90% kesejahteraan kecuali bila kita berzikir kita akan mendapat 100% kesejahteraan darinya… wallahuaalam… maaf jika tersalah akan ilmu yang cetek ini….. tutp kes… wassalam…
muzakir
April 1st, 2010 at 02:44
bagus artikel nya..salam untuk penulis
Sardinha
August 9th, 2010 at 15:14
thanks for post its very god.
Raulerson
October 23rd, 2010 at 12:17
This article has great value for me. Made a site a few weeks ago and need backlinks.
Mcnear
October 23rd, 2010 at 14:32
very inciteful,cheers
GraphicDown
November 3rd, 2010 at 23:41
very popular in action movies
findthailandhotels
February 27th, 2011 at 12:58
There are some attention-grabbing closing dates in this article however I don’t know if I see all of them heart to heart. Theres some validity however I will take maintain opinion till I look into it further. Good article , thanks and we want more!
mt2
December 12th, 2011 at 17:02
good very thanks ı love your blog because intelligent yet.
mamat
January 13th, 2012 at 03:32
bagi saya rasa ia tidak menjadi masalah jika tersalah eja di dalam bahasa melayu spt istikharah atau istiqharah dan ia tidak akan mengubah maksud kerana ia di dalam B.MELAYU bknnya B.ARAB. apabila terdapat khilaf ttg pengejaan di dlm b.melayu kita pasti akan merujuk kembali kpd kalimah yg asal dlm b.Arab. xperlu pening2 kepala jika tersalah maksud dsb. melainkan istikharah menjadi ustakharah tu mmg bermasalah. ttp skrg kita dh ada rujukan yg pakar spt DBP.maka rujuklah..