Archive for March, 2009

Al-Waaqi’ah ( peristiwa kiamat )

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang….

Surah al-waaqiah atau dalam bahasa melayunya yang menyentuh perihal peristiwa kiamat, surah ini telah diturunkan di mekkah dan mengandungi sebanyak 96 ayat.

Apabila peristiwa ( kiamat ) telah terjadi, maka tiada seorang pun yang mendustakan kejadiannya, ketika itu ada orang yang rendah hina, kafir dan ada yang tinggi mulia, mukmin. apabila bergoncang bumi dengan sesungguh-sungguh goncangan. dan hancur gunung-gunung dengan sehancur-hancurnya, sehingga ia menjadi debu yang berterbangan dan ketika itu kamu ada tiga puak. (dan begitulah ayat seterusnya terjemahan ayat 1-7).

Apa yang nak dikaitkan pada ayat 7-12 ialah, didalam ayat-ayat ini, jelaslah bahawa manusia di kampung akhirat ada tiga jenis :

1. Golongan kanan : iaitu orang-orang yang bakal ditunjukkan buku amalannya dari sebelah kanan. mereka ialah orang-orang mukmin, baik umat yang dahulu atau umat sekarang.

2. Golongan kiri : iaitu orang-orang yang bakal ditunjukkan buku amalannya dari sebelah kiri, mereka ialah orang-orang kafir. bukti golongan kiri ini dapat dilihat dan dirujuk pada ayat 41 -48 dalam surah al-waaqi’ah ini.

3. Orang-orang muqarrabin : iaitu orang-orang yang terdahulu sekali beriman kepada Allah s.w.t seperti nabi-nabi terdahulu dan nabikita Muhammad s.a.w dan sahabat-sahabatnya yang mula-mula beriman kepadanya iaitu ketika orang-orang kafir mempermain-mainkan dan menganiayai baginda s.a.w. bukti keterangan pada ayat 10-26 dalam surah al-waaqi’ah, dan ini adalah pembahagian besar sahaja. Selain dari itu, ereka mempunyai darjat yang tinggi, rendah dan kelebihan yang lebih kurang, menurut amalan mereka masing-masing.

Pada keterangan ayat 57-73 pada surah ini, Allah berfirman : Kami telah menjadikan kamu, maka mengapakah kamu tidak membenarkan hari berbangkit, pada hal yang demikian itu mengulangi kejadian kamu? anak yang didalam rahim ibu, kamukah yang menjadikannya atau Kami, mengapa kamu tidak dapat melahirkan anak mengikut kehendakmu? kami tentukan kadar umur kamu, dapatkah kamu memanjangkannya? biji benih yang kamu tanam itu, kamukah menumbuhkannya atau Kami? jika Kami jadikan tanaman itu layu dan kerig sehingga tiada buahnya, dapatkah kamu mengadakan buahnya? air yang kamu minum, kamukah yang menurunkannya dari langit atau Kami? Jika kami jadikan air itu masin, dapatkah kamu menawarkannya? Api yang kamu hidupkan dengan kayu, kamu yang menjadikan kayunya atau Kami? semua itu tiada jawapannya melainkan mengakui Allah s.w.t. yag menjadikan semua itu. Tetapi meskipun begitu, ada juga orang yang ingkar akan adanya Allah s.w.t.

Keterangan ayat 77-79, menurut tafsir setengah ulama’, bahawa mushaf Al-quran tidak boleh disentuh, melaikan orang-orang yang berwuduk. Sebab itu, haram menyentuh al-quran  jika tiada wuduk. Adapun menyentuh al-quran bercampur tafsir, seperti al-quran karim ini, maka tidak haram kerana ia bukan al-quran, malah tafsir al-quran. Kata setengah ulama, bahawa yang dimaksudkan dengan kitabyang terjaga itu bukan (mushaf) al-quran ini, melainkan kitab-kitabLauh Mahfuz di alam ghaib.

Adapun al-quran ini, pada mula-mulanya di Lauh Mahfuz, maka diturunkan Allah  swt melalui Jibril a.s kepada nabi Muhammad s.a.w. Maka ketika al-quran ini di Lauh Mahfuz, tiada yang menyentuhnya melainkan orang-orang yang suci iaitu Malaikat, sedangkan manusia dan syaitan tidak dapat menyentuhnya. Jadi, mushaf tidaklah terlarang menyentuhnyadengan tiada berwuduk kerana ia bukan tujuan ayat tersebut. Disana ada lagi tafsir yang lain, iaitu : Tiada yang menyentuh ( menurut dan menerima kebenaran ) Al-quran, melainkan orang-orang yang menyucikan hatidan fikirannya dari pengaruh luar.

Maka orang-orang yang hendak mencari kebenaran , mestilah dia menghilangkan pengaruh adat kebiasaan, pengaruh orang-orang tua atau pengaruh fanatik  dan sebagainya. Kemudian ditimbangkan kebenarannya itu dengan neraca akal fikirannya yang suci, maka ketika itu dapatlah olehnya kebenaran itu.  Adapun orang yang terpengaruh oleh sesuatu, maka tidaklah dia menerima kebenaran itu, meskipun diterangkan kepadanya beberapa bukti yang nyata. (benarlah kata-kata Allah swt).

Inilah antara keterangan ayat-ayat yang dapat diambil dalam surah al-waaqi’ah di petik dari Tafsir Mahmud Yunus ( Al-quran Nul Karim  Rasm Uthmani ).

Melayu kini mudah lupa…:(

uih.. nih bukan dan bukan petikan ayat bekas perdana menteri kita, tapi saya begitu tertarik dengan perkataan ni untuk menisbahkan kepada zaman sekarang… petikan perkataan ini diaduk dan diolah untuk dikaitkan dengan keadaan kita org-org melayu zaman sekarang, oleh kerana kita nih org melayu dan terutamanya beragama islam, saya menyentuh akan perkataan itu… ceh2.. skema sudah ayat2 jiwangku ini…


Okey2 masuk ke tajuk asal, emm apa yang nak di mark kan disini bukan lah apa cuma nak jugak menyentuh bab 2085322150_4616c30c351ukhuwwah sesama kita melayu dan islam, emm apa yang telah diperhatikan, diselidik di.. di.. dan di… apa2 jer lah… yang berkaitan… ( emm merepek sikit ), em apa yang saya perhatikan kita terutamanya anak2 muda zaman sekarang sudah jauh dibawa arus duniawi yang makin mencabar dengan pelbagai onar… tidak lagi dan jarang sungguh menitik beratkan tentang hubungan sesama sendiri terutamanya dalam wores waros kata orang kelate yang bermaksud saudara terdekat… seperti sepupu, mak sedara, dan seumpamanya lagih…


Sekarang bila ditanya… emm nih saper??? dijawabnya : entah tak tahu la.. ( tengoklah sepupu sendiri pun  tidak kenal ) … susah2… ada juga bila ditanya bapak sedara ada lagi ker?? mak sedara ada lagi ker… baper org semuanya??? dorang2087775278_ce171169fe kata entah la… dorg pun tak pernah kenal… ahhhhhhhhhh susah la macam nih… mak ayah pun silap jugak sebab tak menitik beratkan perhubungan sesama keluarga sehinggakan anak2 tak kenal sesama ahli kuarga… itu juga silap mak dan ayah yang mengajar… maknanya bukan sahaja anak2 zaman sekarang yang silap, masalahnya juga berpunca dari keluarga juga…


2153037603_229c8344f5So, buat masa sekarang nih, apa yang diperhatikan, macam tuh laaa semuanya yang berkait rapat dengan perhubungan kekeluargaan dah makin hancur…. dan makin putus… tah2 lagi org bandar… yang memang telah ditelan dengan kemodenan… sehinggakan masing2 mementingkan hal masing2 sahaja…. dan sehinggakan tidak kenal sesama sendiri lagi…


Dalam kaitannya dengan hal ini, Allah berfirman:

Artinya: “Sesungguhnya orang-orang mu’min adalah bersaudara karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.” (Al Hujurat:10)

Juga di dalam sebuah hadits dari Ibnu Umar ra yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim, Rasulullah saw bersabda:

3283552595_cb6bb3d43aArtinya: “Orang muslim itu saudara bagi orang muslim lainnya. Dia tidak menzaliminya dan tidak pula membiarkannya dizalimi.”

Dari dalil naqli di atas, kita dapat menyimpulkan bahwa sesama muslim dan juga sesama mu’min adalah bersaudara, di mana tentunya kesadaran terhadap hal ini akan memberikan konsekuensi berikutnya.


Ya dari dalil2  ini kita mestilah mengutamakan ukhuwwah sesama kita terutamanya yang terdekat dengan kita….


Saper kate Ore Kelate tok panda???

mh_021PUTRAJAYA 12 Mac – Seramai 10,080 daripada 442,936 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 di seluruh negara berjaya memperoleh kelulusan 10 A atau lebih dalam mata pelajaran yang diambil. Sebanyak 1,676 calon atau 0.43 peratus pula berjaya mendapat gred 1A dalam semua mata pelajaran yang diambil dengan seorang calon berjaya mencatat 16 1A, 15 1A (dua orang) dan 14 1A (enam orang).

Mereka yang memperoleh 9 A pula seramai 5,863 calon, manakala 5,909 lagi mendapat 8 A. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom ketika mengumumkan keputusan peperiksaan itu hari ini berkata, daripada jumlah keseluruhan calon, seramai 347,443 atau 90.8 peratus calon mendapat sijil SPM. Selain itu, katanya, seramai 6,277 calon atau 1.6 peratus berjaya dengan cemerlang memperoleh gred A bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 5,060 (1.31 peratus) pada 2007.

Menurut beliau, pada keseluruhannya, pencapaian calon SPM terutama calon sekolah di bawah kementerian adalah membanggakan dan mengatasi pencapaian tahun sebelumnya. ‘‘Pencapaian mereka meningkat dari segi peratusan bilangan memperoleh sijil, mendapat semua A dan lulus semua mata pelajaran yang diduduki. ‘‘Pencapaian tersebut adalah stabil seperti mana pencapaian tahun-tahun sebelumnya,” kata beliau pada sidang akhbar pengumuman keputusan SPM 2008 di pejabatnya di sini. Dalam peperiksaan tersebut, seramai 388,079 atau 87.6 peratus adalah calon sekolah kementerian, manakala selebihnya adalah calon sekolah kerajaan negeri, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kementerian Pertahanan, sekolah swasta dan persendirian.

Mengenai prestasi mata pelajaran teras, Alimuddin berkata, Bahasa Melayu mencatatkan kenaikan kepada 25.4 peratus bagi calon yang mendapat gred A1 dan A2 berbanding tahun 2007 (23.7 peratus). Katanya, mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Moral, masing-masing mencatat peningkatan 2.8 peratus dan 3.8 peratus. Tambah beliau, subjek Matematik pula mencatatkan sebanyak 26.5 peratus pelajar mendapat gred 1A-2A dengan peningkatan 1.1 peratus, manakala Sains meningkat ketara iaitu 3.1 peratus apabila 6.9 peratus pelajar mendapat gred 1A-2A. Bagaimanapun, jelas beliau, prestasi pencapaian Bahasa Inggeris menurun sebanyak 1.6 peratus bagi calon yang mendapat gred 1A-2A, manakala Pendidikan Islam menurun 5.4 peratus.

Alimuddin seterusnya berkata, keputusan SPM 2008 turut menunjukkan jurang perbezaan pencapaian antara murid bandar dan luar bandar telah dapat dirapatkan. ‘‘Ini dapat dilihat daripada kenaikan prestasi mata pelajaran daripada 2007 ke 2008 yang lebih tinggi di luar bandar berbanding bandar. ‘‘Begitu juga penurunan peratus bilangan calon mendapat gred 9C (Gagal) lebih tinggi di kawasan luar bandar berbanding bandar,” katanya.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang berjaya.

Senarai pelajar cemerlang SPM  disertakan di bawah:

Nama Pelajar A1 A2 B3
Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal 19 1
Ezzatul-Akhma Muhamad 13
Nur Farah Aisyah Nazim 13 4
Nik Madihah Nik Shafii 12 1
Nurul Ain Othman 11 1
Nur Syafekar Zaini 9 3
Zur Ain Mohd Isa 8 6 2
Madihah Hj Mat Ali 8 4

dipetik dari :

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0313&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm