Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.
Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia. Menyentuh berkenaan pakaian wanita, Alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat. Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.
Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan mahramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.
Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung? Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki. Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan mahramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya. Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan.
Diatas, adalah sedikit sebanyak menyentuh perihal bertudung dan berfesyen, dan disudut ini pula ingin saya bangkitkan satu lagi perihal beretudung wanita, seringkali saya terfikir, adakah berniqab itu dapat menjaga perihal maruah wanita??? Atau berniqab dapat menjaga diri wanita dari melakukan sesuatu perkara yg tidak menyenangkan??? Dan juga sekaligus dapat menangkis dari fitnah-fitnah???
Dalam hal ni, jauh sama sekali saya menjatuhkan martabah seorang wanita yang berniqab, malah saya ingin mengingatkan akan peri pentingnya seorang wanita menjaga hak-haknya sebagai seorang wanita… ya… dan sebetulnya cuba kita lihat di Negara arab, berapa ramai wanita menutup mukanya dengan berniqab, ada yang memakai tudung sehingga ke paras lutut, menutup kesemua anggota badan sehinggakan tidak menampakkan sedikit kulit pun, tidak lupa juga di Malaysia atau dimana sekali pun, ada sahaja yang menutup muka nya dengan berniqab…
Disini, saya ikhlas memberi komen, terutamanya pelajar2 yang berada diluar Negara, yang amat menunjukkan perihal yang kurang menyenangkan dengan perwatakan dan sebagainya, disini saya ingin menampilkan beberapa komen oleh golongan syabab yang bukan mahram :
1. berniqab hanya tidak mahu mukanya dilihat orang.
2. berniqab hanya menjaga mukanya dari hangus terbakar dek matahari yang panas.
3. berniqab kerana menjaga air muka dan tidak mahu diganggu oleh mana-mana lelaki.
4. berniqab kerana ingin berfesyen.
5. berniqab tapi tidak pandai menjaga hak-hak dan batas-batas seorang wanita, cth : berbual semene dengan lelaki, melompat kesana kemari, mulut dan percakapan tidak terbatas, dan sebagainya.
6. berniqab tapi pakaian menjolok mata.
7. berniqab dan menjaga hak-hak kewanitaan dan menjauhi dari fitnah ( ini yg kita cari ).
Bagi saya, dan kami… baiklah mana2 wanita yang mempunyai perwatakan 1-6 itu, tinggalkan sahaja niqab anda, kerana anda golongan ketujuh terasa dan turut mendapat fitnah-fitnah yang tidak harus melekat kepadanya, setidaknya anda berubah dan berubah demi menjaga hak masing-masing… di akhir ini, saya ingin menceritakan kenapa tajuk ini dipilih Berniqab @ Menundukkan Pandangan? Ini kerana rasa hairan dan terfikirnya saya sebagai seorang mukmin, yang peka akan persekitaran, sekali saya melangkah ke university setibanya disana, saya terserempak dengan beberapa orang akhawat yg berniqab dan ada juga yang tidak berniqab, malah bagi saya, saya lebih respect akan yg tidak berniqab, kerana dapat menundukkan pandangannya dari melihat mana-mana lelaki yang terserempak dengannya, malah yg amat menghairankan saya, ada dikalangan yang berniqab ini, matanya hanya Allah sahaja yang tahu melilau entah kemana…. ( cerita ini hanya utk peringatan kepada golongan 1-6 tersebut ) semoga Allah merahmati kita semua… Ameen…
( Maaf kepada yang tersinggung, dan bukan ingin menjatuhkan mana-mana pihak ).
26 responses to “Berniqab @ Menundukkan Pandangan?”
Humairah
July 14th, 2009 at 23:53
Panjang sungguh intro cerita pasal realiti pemakaian skrg… 😀
Trtarik dgn point last, yg pakai niqab matanya melilau2.. Huhu, rasanya alasan yg paling tepat adlh sbb rasa selamat, rasa dirinya tak dilihat. Maka, boleh melakukan apa sahaja tanpa diketahui orang. Dan kalau muka kita dilihat orang, perasaan bahawa dirinya diperhatikan dan dia memerhatikan.. lg senang utk wujud.
Mungkin sy nk tambah satu lg point sbb utk pakai niqab, kat Mesir, pakai niqab sbb tak tahan dgn debu.. hehe (cop, w/pun ada niat camni, tp tak buat)
mak ju
July 15th, 2009 at 02:37
satu lagi…. cik humairah… tolong bagitau kawan2 cik…. ikhlaskan niat pakai liqob…. jgn pakai saje liqob… mate jeling menjulang,….. takut nanti kene penyakit mate juling…..
Humairah
July 15th, 2009 at 08:34
erk.. liqob itu apekah??
entahlah, kami sesame kami tak perasan pun sape yg mempunyai mata yg jeling menjulang etc.. muslimin perasan la kot.. tmbhn plak, saya sendiri bukannya pakai niqab pun.. dan tak bergaul sgt dgn niqabi, jmpa pun jarang2.. so tak perasan sgt perkara ini.
teratak
July 15th, 2009 at 05:01
owhh mcm tu pun ada erk…:|
mak ju
July 15th, 2009 at 02:33
artikel berjaya… sedap didengar…
tapi,…. satu perkara hok kure seney sikit… ga,ba….
ibarat kato…. demo wi penawar… sumbat skali nge racun… sekso boh
teratak
July 15th, 2009 at 04:51
bukan buh racun, tapi disini kita juga kena mnyentuh bab dan perihal yg jurang menyenangkan sbgai peringatan… supaya apa yg dikata disini tidak menjadi benar dan akan diubah seperingkat demi peringkat….
farhain
July 15th, 2009 at 03:27
assalamualaikum…tahniah…kupasan yg mnarik dan usaha yg baik…lg bez n cntik klu bley bg dalil2 ulama mazhab n kontemporari psal hukum pkai niqob…sbb zmn skrg org suke blame n kondem tp x bg kfhamn yg sbnar2nya…papepon..congrats..
teratak
July 15th, 2009 at 04:57
yer betul cik ain…. cik ain pun buleh postkan komen dalil2 tersebut disini… insyaallah tiada bayaran dikenakan.. dalam menyampaikan dakwah…
istilah kondem mengondem org bnyk sekli bila org buat kebaikan yer mmg tak dapat lagi lagi…. sama juga bilamana org yg merokok dan hendak berhenti dari merokok cukop kuat kondem di terima sdgkan nak buat perkara kebaiakan… disini saya bukan ingin kindem.. tapi ingin menyentuh perihal yg perlu diubah oleh setiap org yg berniqab.. tambh2 kita dibumi jordan ni… dan cukup peringatan ini ditujukan kepada pelajar baru…
ISTIQAMAH… amat pentingf dalam berniqab. bukan shja di jordan malah di malaysia sekali pun tidak salah kalau anda terus berniqab…. kerana apa yg saya lihat, majoriti akhawat yg berniqab hnya di tempat diorg belaja sahaja sedangkan bila pulang ke tanah air langsung buang tah kemana…. wallahualam… tujuan apa yg saya isukan ini bukan untuk kondenm mana2 pihak tapoi ingin menyampaikan suatu hasrat kepada golongan 1-6 dlm petikan berubah menjadi golongan ketujuh ikhlas dlm setiap apa yg dilakukakn demi kebaikan…
tihi..
July 15th, 2009 at 04:07
aku nok copy nih..hehehe
confused
July 15th, 2009 at 14:18
SubhanALLAH,
lg tutup lg byk fitnah rupanyer..
mcm maner ni?
farhain
July 20th, 2009 at 09:48
confused…bkn lg tutup lg byk ftnahnye..asal pmakain niqab utk memilihara dan menjaga kehormatan wanita..yg mndtgkn ftnah bkn niqab tp si berniqab..sume ble niat pkai tu x btol..nk glamor dll..wallahuallam..
Humairah
July 15th, 2009 at 15:17
Td x sempat nk respon yg nih.. istiqamah dgn niqab. Ramai yg buang niqab di Malaysia sbb zuruf. Keadaan di Malaysia tak sama dgn di Tanah Arab.
🙂 Antaranya, mentaliti dan penerimaan masyarakat Malaysia trhadap golongan wara’ ni tak sama dgn masyarakat Arab. Apatah berniqab, berjubah aje pun masyarakat dah takut nk dekat. Mcm2 ejekan.. hantu la aper la.. So ini kan mampu menjauhkn kita drpd mad3u.. terutama bg dai3e yg tak kuat sgt la.. nk cari jln senang sket. hehe..
🙂 Plus, berpakaian yg simple, mksd sy, dlm rangka menutup aurat tp tidaklah yg -istilah sesuai mungkin- berat, yakni purdah, jubah etc, akan lbh mudah ditiru dan turut digayakan mad3u. Bayangkan yg baru2 nk jinak dgn pakaian taqwa.. Klu takde yg bg contoh pakaian menutup aurat yg ringan, payah gak.. Bukan sesenang diorg nk terus berjubah berniqab etc.
🙂 Erk, dlm mensmash golongan ustazah ni, tertanya gak. Golongan ustaz plak tidak beristiqamah dgn kopiah apatah lg serban jauhkan pula jubah.. kenapakah? [bg yg berkenaan]
~sorry trpanjang komen ye tuan rumah~ 😀
budak sivix
July 16th, 2009 at 16:52
aku jupe wanita arab yg pakai niqob tapi die isap okok..ape kes lak nie????yg x tahan nye aku dgr dri kwn arab ade je pelacur(syarmothoh) yg berniqob…..pening2…
afifahazam
July 17th, 2009 at 12:44
salam
artikel yang menarik dan membina…perkara ini sering menjadi persoalan dan isu..tahniah!
gadis_berkelubung
July 19th, 2009 at 20:50
salam alaik… ya alhamdulillah terjumpa jugak pasal isu niqab @ furdhah nih ya… semua komen2 membangkitkan semangat… cuma komen dr budak sivix emm mcm mana tu??? taka faham la… ada ke org macam tu???
1st point merokok ke???
2nd point syamothoh tu apa maknanya???
farhain
July 20th, 2009 at 09:56
gadis berkelubung..situasi yg dkatakn bdk sivix tu merupkn situasi biase dtanah arab..dorg ni la merokok khlayak ramai tp dlm toilet dll..ape yg dpt sy smpulkn drpd stuasi ni dorg ni pkai niqob mgkin sbb da jd satu adat bg prmpuan arab(tp ikut family gak la)..so dorg ni tnpa mmhami tjuan asal pmakain niqab ni..wallahualam..
farhain
July 20th, 2009 at 09:59
salam..sori ye ust bani…sy plak yg dk bls comment2 org..bkn ape cuma rse tpanggil dan btggungjawab utk jelskn pkara sbnr@kekeliruan org…jgn mrah..doing dakwah rmai2..
teratak
July 20th, 2009 at 15:55
alhamdulillah dan tq ustazah ain… atas kesudian memberi komen diruangan komen nih.. ya betul saya mmg setuju apa yg ustazah aIN KATRAKAN,,,,….
ummul syabinar
March 12th, 2010 at 12:16
salam..artikel yg menarik ini terpilih untuk di publishkan di laman Nota dari istana. linknya http://ratusyabinar.blogspot.com/ . terima kasih atas artikel yang bagus ini sekaligus dapat memberikan manfaat kepada ana dan rakan2. syukran. moga diizinkan.
teratak
March 12th, 2010 at 12:21
insyaallah mudahan allah merahmati kita semua… link kan jer insyaallah mudahan bermanfaat kpd semua… wallahualam
teratak
March 31st, 2010 at 17:33
أَنَّ امْرَأَةً جَاءَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ جِئْتُ لِأَهَبَ لَكَ نَفْسِي فَنَظَرَ إِلَيْهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَعَّدَ النَّظَرَ إِلَيْهَا وَصَوَّبَهُ ثُمَّ طَأْطَأَ رَأْسَهُ…
“Bahwa seorang wanita datang kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lalu berkata, “Wahai Rasulullah, saya datang untuk menghibahkan diriku kepada Anda.” Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melihatnya, beliau menaikkan dan menurunkan pandangan kepadanya. Lalu beliau menundukkan kepalanya……” (HR. Bukhari, Muslim, dan lainnya)
myra ismail
April 1st, 2010 at 12:32
post y menarik.. ada kbnrnnya.. 🙂 tahniah.
Mugabe
April 3rd, 2010 at 12:25
Salam buat ko!! bagi aku la kan.. apa pun yang penting bergantung pada hati! kalau niat baik ok la!! ape pun pangkal pada hati… setiap org ada perseption @ pandangan! so apa yang penting ikut pndangan yang betul dan seiring dengan tuntutan syara’. Kita rasa dan yakin sesuatu tindakan itu baik dan mengikut kaedah islam.. so go On!! aku support korang.. my freind!!
teratak
April 3rd, 2010 at 12:54
salam kembali kepada empunya komen… saya tidak sekali-kali menentang akhawat dlm berniqab… ya betul apa yg saudara/ri ckp tu… betul semuanya pangkal dari hati… sempurnyanya niat dlm hati maka sempurnalah tindakan yang dilakukan… itu lah sy sebutkan diatas beberapa kaedah dan tingkah laku yg ptut…
support saudara/ri dalam soal ni menjadi satu tuntutan… malah saya juga support mereka yg mempunyai pendirian yg betul… tapi bagi mereka yg gedik.. itu lah yg saya tak support… saudara/ri jgn salah anggap dalam hal ni… tak der sapa nk marah… kalau pakai niqab tpi berkelakuan dgn niat yg baik… tpi.. yg berlaku lain…. segelintir…. bukan kesemua… tp sbb segelintir tu lah yg mnjadi semua… jgn kerana nila setitik habis susu sebelanga…
saya nk tahu saudara atau saudari yg komen nih???? KO yg ditujukan tuh menuntut kpd apa?? ada ke komen sy nih membawa benda2 yg salah disisi islam??? “salam buat ko” menarik ayat tu… seolah dalam keadaan marah akan sesuatu perkara….
wallahualam harap kepada mereka yg komen gunakan emel yg betul… supaya peerangan buleh diberikan jika ada sedikit kekhilafan…
kasturi
May 10th, 2011 at 14:32
Salam..terima kasih atas pengakua n jujur itu…izinkan ana copy k blog ana..dan share dgn sahbt akhowat yang lain…
http://google.com
February 14th, 2013 at 07:20
“Berniqab @ Menundukkan Pandangan? Dunia Ilmuan
Islam” was indeed a remarkable post and thus I actually ended up being really
pleased to discover the blog. Thanks for your time,Anthony